Thursday, 26 February 2015

Aktiviti Lapangan - Terapi Berkuda

Khamis, 26 Feb 2015  -  Aktiviti Lapangan - Terapi Berkuda telah diadakan bertempat di padang sekolah. Aktiviti ini bertujuan untuk memenuhi aktiviti terapi di samping meningkatkan kemahiran individu, psikomotor kasar dan halus. 

Sebelum terapi berkuda dijalankan, murid - murid melakukan regangan bagi memanaskan badan. Penerangan tentang aspek keselamatan sebelum dan semasa menunggang kuda juga diberikan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

2 ekor kuda digunakan secara bergilir-gilir membawa murid mengeliling kawasan padang sekolah. Sepanjang aktiviti berlangsung, murid kelihatan sangat seronok dan teruja. 





disediakan oleh : Pn Nurul Iman binti Illyas

No comments:

Post a Comment

Ceramah & Mesyuarat Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru PPKI Kali Pertama Sesi 2023/2024

Tarikh    : 25 Mac 2023 ( Sabtu ) Tempat  : Terminal Muafakat SKTPP Masa      : 8.00 pagi - 12.30 tengah hari Objektif : 1. Membincangkan te...