Monday, 25 March 2019

Program Kemahiran Lokomotor Aktiviti Lapangan (Memanah)

Tarikh   : 21 Mac 2019
Hari      : Khamis
Masa    : 8.30 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Padang SKTPP


Program kemahiran Lokomotor Aktiviti Lapangan (Memanah) ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada murid berkaitan aktiviti pembelajaran terapi fizikal di samping menimba pengetahuan dan pengalaman baru yang menggembirakan. Aktiviti ini juga merupakan salah satu kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah.

Objektif program ini adalah:

  • Mewujudkan suasana riang dan mesra dalam kalangan murid-murid bermasalah pembelajaran serta guru-guru di samping membentuk kestabilan diri.
  • Memberi pengetahuan kepada setiap murid cara berinteraksi dan menghormati orang luar
  • Memberi peuang kepada para guru dan murid mendapat pendedahan asas dalam kemahiran memanah
  • Membantu murid dari segi penguasaan kemahiran lokomotor (motor halus dan kasar)


Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) SK Taman Putra Perdana mengucapkan ribuan terima kasih kepada tenaga pengajar  iaitu  Encik Muhammad Firdaus Bin Idris selaku Pegawai Teknik Memanah Daerah Sepang  dan Jurulatih Sukan MSSM Selangor dari SAM Bandar Baru Salak Tinggi. Ribuan terima kasih juga kepada  fasilitator-fasilitator yang turut serta menyumbang ilmu dan membimbing murid-murid dan guru-guru berkaitan memanah.

Aktiviti-aktiviti sepanjang program:











Wednesday, 20 March 2019

Taklimat Pendidikan Inklusif

Tarikh: 12 Mac 2019
Hari: Selasa
Masa: 12.30 tengah hari
Tempat: Terminal Muafakat


Satu taklimat berkaitan Pendidikan Inklusif telah dilaksanakan untuk memberi pendedahan dengan lebih jelas dan mendalam kepada guru-guru aliran perdana dan juga ibu bapa murid Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) yang layak diinklusifkan . Jumlah murid yang diinklusifkan adalah seramai 21 orang iaitu 3 orang inklusif  penuh dan 18 orang inklusif  separa. Antara mata pelajaran yang terlibat adalah Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.








Sunday, 17 March 2019

Kem Bestari Solat Siri 1


Tarikh : 15 Mac 2019
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat: Kelas PPKI


Solat Penjana Keutuhan Akhlak...

Kem Bestari Solat merupakan salah satu aktiviti dalam program j-QAF( jawi, Al-quran,Arab dan Fardhu Ain) yang di jalankan untuk murid-murid beragama islam tahun 1 hingga tahun 6 . Kem ini adalah merupakan salah  satu aktiviti Ko-Kurikulum yang dijalankan 2 kali setahun.

Bagi pelaksanaan Kem Bestari Solat Siri 1, Panitia Agama Islam  mengajak warga PPKI SKTPP agar dapat memberi komitmen sepenuhnya sebagai satu tanda kita menyayangi anak-anak didik kita. Pendedahan dan penerapan melalui teori dan amali adalah saluran paling sesuai mengajak anak-anak murid melaksanakan solat dengan sempurna dalam kehidupan seharian.

Objektif Kem Bestari solat:

1. Mengetahui perkara wajib dan sunat dalam wuduk.

2. Dapat berwuduk dengan tertib dan sempurna.

3. Murid mengetahui pergerakan dalam solat secara tertib.

4. Murid dapat mengetahui syarat dan wajib sah solat.


Gambar-gambar sekitar Kem Bestari solat berlangsung:









 

Friday, 18 January 2019

Bengkel Pemantapan Pembelajaran dan Pemudahcaraan Program Pendidikan Khas Integrasi PLC

Tarikh   :  18 Januari 2019 (Jumaat)
Masa     :  2.00 petang - 5.00 petang
Tempat  :  Bilik Makmal Komputer 2, SK Taman Putra Perdana

Nama Penceramah:

En. Muhammad Azizi Bin Jazmi
Pn. Nik Zatul-Iffah Binti Nik Mohd Nabil
Pn. Azlini Bt Lamri

Objektif Bengkel:

  • Berkongsi ilmu pengetahuan dalam RPT & RPH KSSRPK.
  • Memberi lebih maklumat dan pencerahan cara penggunaan sistem RPH (SpeedRPH).
  • Memudahkan dan membantu guru dalam merancang RPH yang lebih lengkap selaras dengan transformasi pendidikan.
Gambar-gambar sepanjang bengkel dijalankan:














Bengkel tamat pada pukul 5.00 petang dengan jamuan makan.

Saturday, 12 January 2019

Mesyuarat Permuafakatan Ibu Bapa Dan Guru PPKI SKTPP 2019

Tarikh     : 12 Januari 2019 (Sabtu)
Tempat  : Dewan Perdana SKTPP
Masa      : 8.30 Pagi — 12.00 Tengah hari


Objektif
¨ Membincangkan tentang aktiviti yang akan dijalankan pada tahun 2019
¨ Membincangkan isu-isu atau masalah berkaitan murid-murid PPKI.
¨ Mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pentadbir, guru-guru PPKI, PIBG dan ibu bapa.
¨  Mewujudkan kerjasama baik antara guru-guru PPKI dan ibu bapa dalam melaksanakan program PPKI


Atur cara
 8.30 pagi. - 12.30 tengah hari

¨ Pendaftaran ibu bapa dan sarapan pagi
¨ Ucapan aluan Pengerusi Majlis
¨ Bacaan doa
¨ Ucapan GPK PPKI
¨ Ucapan YDP PIBG
¨ Ucapan Guru Besar SKTPP
¨ Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
¨ Pembentangan penyata kewangan 2018
¨ Pemilihan AJK Permuafakatan Ibu Bapa PPKI 2019
¨ Sesi suai kenal guru-guru & PPM PPKI
¨ Laporan unit Kurikulum, HEM & Kokurikulum
¨ Hal-hal lain
¨ Bersurai


 Pendaftaran ibu bapa dan sarapan pagi










                                                     
Ucapan aluan Pengerusi Majlis




Ucapan GPK Pendidikan  Khas



Ucapan YDP PIBG




Ucapan Guru Besar SKTPP


 

Pembentangan penyata kewangan 2018






Suasana sepanjang mesyuarat





Alhamdulillah majlis berjalan lancar dalam
suasana kekeluargaan dan penuh harmoni.
Semoga silaturrahim ini memberikan impak
yang positif dalam menjaga kebajikan anak-
anak Pendidikan Khas kita.

Gotong Royong Madani 2024

  Bertarikh 11 Mei 2024 (Sabtu), telah berlangsungnya gotong royong madani peringkat SK Taman Putra Perdana. PPKI juga turut membentuk sebua...