Thursday, 16 August 2018

Hari Kesedaran Kasih Sayang Autism & Sindrom Down Daerah Sepang 2018

Tarikh  : 16 Ogos 2018 (Khamis)
Masa     : 8.00 pagi - 12.30 Tengah Hari
Tempat : PPKI SK Taman Putra Perdana

Objektif :
- Menghargai insan istimewa terutama kanak-kanak yang menghidap Autisme dan Sindrom Down.
- Memupuk kesedaran tentang masalah Autisme dalam kalangan warga sekolah.
- Meningkatkan aktiviti khidmat sosial ahli Pandu Puteri Tunas SKTPP dalam menjayakan program bersama murid Pendidikan Khas.
- Menggalakkan percambahan ilmu murid-murid melalui kerjasama Pusat Sumber Sekolah (Ujana Ilmu) serta memupuk minat membaca dalam kalangan murid Pendidikan Khas SKTPP.
- Memupuk rasa kasih sayang dan saling menghargai antara guru dan murid aliran perdana serta aliran pendidikan khas.

Persiapan sebelum majlis










Atur Cara Program:

7.30 pagi : Pendaftaran / Murid berkumpul di khemah
7.50 pagi : Bacaan doa / Nyanyian lagi Negaraku & Lagu Negeri Selangor
8.00 pagi : Ucapan alu-aluan oleh Pengacara Majlid
8.05 pagi : Ucapan YDP PIBG SKTPP
8.15 pagi : Ucapan Perasmian oleh Pegawai PPD
8.50 pagi : Majlis Pelancaran - Sayangi Autisme bersama ibu bapa & murid PPKI
9.00 pagi : Taklimat ringkas aktiviti stesen oleh urusetia
9.10 pagi : Aktiviti Stesen
10.00 pagi : REHAT
10.30 pagi ; Aktiviti Stesen
11.30 pagi : Penyampaian Sijil & sesi bergambar





Pendaftaran




Ucapan YDP PIBG SKTPP Tn. Hj. Khairul Azhar bin Mohammad Suffian


Ucapan Penolong Pegawai Pemulihan dan Pendidikan Khas PPD Sepang






Stesen Blow It Down



Stesen Sepit-Sepit sayang





Stesen Origami



Stesen Puzzle Warna






Stesen Bola Terapung






Stesen Bilang dan Teka



Stesen Racing Ball





Stesen Sidai Perkataan



Stesen Cop - cop






Stesen Musang Berjanggut










Gelagat di sepanjang aktiviti dijalankan

























Majlis penyerahan Sijil Penyertaan kepada peserta dan guru yang terlibat.












Terima kasih kepada ahli Unit Beruniform Pandu Puteri kerana berkerjasama sepanjang aktiviti ini dijalankan.









Saturday, 11 August 2018

Ceramah & Mesyuarat Permuafakatan Ibu Bapa Murid PPKI Kali Ke-2 Tahun 2018

Tarikh    : 11 Ogos 2018 ( Sabtu )
Tempat  : Terminal Muafakat SKTPP
Masa      : 7.30 pagi - 12.30 tengah hari

Unit Pendidikan Khas SKTPP mengadakan Mesyuarat Permuafakatan Ibu Bapa Murid PPKI kali ke-2 bagi tahun ini. Di samping majlis permuafakatan turut dianjurkan sebuah ceramah kepada semua guru serta ibu bapa murid PPKI tentang pendedahan dan kesedaran dalam mendepani anak-anak istimewa yang dikendalikan oleh penceramah berwibawa; Cikgu Saiful Bin Anuar. Tajuk ceramah yang diberikan oleh Cikgu Saiful "Mendepani Anak-Anak Istimewa : Tuhan Menguji Kita" yang cukup sinonim dengan kehidupan guru dan ibu bapa murid PPKI SKTPP.

Sesi ceramah yang berlangsung hampir 2 jam dari 8.30 - 10.30 pagi itu cukup bermakna dengan disulami suasana penuh emosi sehingga menyentuh perasan para hadirin. Cikgu Saiful memberikan banyak input serta pendedahan yang lengkap dan jelas kepada semua hadirin sebagai ilmu  bagi mendepani murid-murid pendidikan khas.

Fotografi sepanjang sesi ceramah :-

Buku program

Sesi pendaftaran




Penceramah Cikgu Saiful Anuar



Sebahagian hadirin ceramah dan mesyuarat







Guru - guru PPKI



Penyampaian cenderamatakepada penceramah

Selepas tamat program ceramah, majlis disambung semula dengan Mesyuarat Permuafakatan Ibu Bapa bagi kali ke-2 tahun 2018. Objektif utama mesyuarat ini bagi membincangkan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun ini bermula Januari hingga sekarang. Di samping itu, program permuafakatan ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pentadbir, guru-guru PPKI dan ibu bapa.

Fotografi sepanjang mesyuarat permuafakatan :-


Ucapan PK Pendidikan Khas (Pn. Norhamizah )
Laporan Penyelaras Kurikulum PPKI ( En. Muhammad Dzarfan )

Laporan Penyelaras Kokurikulum PPKI ( Pn. Noor Hayati )







 Laporan Penyelaras HEM PPKI ( Pn. Roslina ) 

Turut hadir NYDP PIBG dan Guru Besar

Tayangan Slide Persembahan

Majlis tamat pada pukul 12.30 tengah hari.

Friday, 3 August 2018

Kem Bestari Solat Siri 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 3 Ogos 2018 bersamaan hari Jumaat, telah diadakan Kem Bestari Solat siri ke-2 bertempat di kelas PPKI. Program berlangsung sepanjang hari melibatkan beberapa fasa aktiviti.

Murid dipecahkan kepada enam kumpulan yang mana setiap kumpulan mempunyai pelbagai tahap umur. Seramai 2 orang guru dilantik menjadi fasilitator bagi memastikan kelancaran aktiviti.





Sebelum bermulanya aktiviti, murid diberikan penerangan secara berkumpulan tentang tatacara untuk berwudhuk melalui tayangan video oleh Ustaz Mahadir dan cikgu Roslina.



Selesai sesi penerangan secara kumpulan besar, murid kemudiannya mengikuti aktiviti dalam kumpulan melalui latihan secara bertulis dengan bimbingan guru fasilitator. Fasi turut bersoal jawab dengan murid sebagai pengukuhan.



Sebaik murid selesai rehat, aktiviti bersambung dengan amali mengambil wudhuk. 




Selesai amali berwudhuk, aktiviti diteruskan dengan amali solat. Penerangan diberikan melalui video terlebih dahulu sebelum  amali solat Isyak dijalankan.








Program berakhir pada jam 1150 pagi. Semoga aktiviti kali ini mampu memberi impak dan pemahaman yang lebih kepada murid Islam untuk menjalani ibadat solat.

Saturday, 21 July 2018

Tahniah Hafiz Atas Kejayaan Mewakili Negeri Selangor ke Kejohanan Kriket MSSM 2018

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Hafiz bin Suhaimi; murid Tahun 6 PPKI SKTPP yang telah terpilih mewakili Negeri Selangor ke Kejohanan Kriket MSSM yang akan diadakan di Kelantan pada 5 - 10 Ogos 2018. Semoga Hafiz dan 4 lagi rakan SKTPPnya bersama 10 orang lagi pemain dari daerah lain dapat membawa pulang piala kemenangan yang diidam-idamkan seterusnya mengulangi kejayaan tahun lepas. Buat Hafiz dan rakan-rakan; selamat berjuang.
   Didoakan agar Hafiz akan terus berjaya di bidang sukan ini pada masa depan seperti menjuarai Kejohanan Paralimpik dan seumpamanya. Tahniah juga buat coach Junaidi dan Izwan yang telah membimbing dan mengasah Hafiz hingga ke peringkat ini. Congrats & good luck!
*Lagi laporan yang sama dalam blog SKTPP di sini.

Hafiz yang segak


5 wira kriket SKTPP

Bersama idola kriket SKTPP tahun lepas - Muhammad Ashraf bin Azmi yang kini telah berada di Tingkatan 1 SMK Putra Perdana

Bersama PK PPKI; Pn. Norhamizah & Guru PJ PPKI; En. Srimahathevan

Hafiz bersama Guru Besar dan coach Izwan

Friday, 20 July 2018

Hari Jalinan Mesra PPKI 1/2018

20 Julai, Jumaat - SK Taman Putra Perdana mengadakan Hari Jalinan Mesra kali ke-1 bagi tahun 2018. Kelas PPKI juga tidak ketinggalan untuk turut serta mengadakan perjumpaan bersama ibu bapa dan penjaga murid melalui Program Hari Jalinan Mesra. Ibu bapa dan penjaga murid hadir hari ini untuk berjumpa dengan guru kelas anak masing-masing dan mendapatkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun 2018. Ramai ibu bapa yang komited hadir berjumpa guru dan mendapatkan maklumat laporan pencapaian anak mereka.









Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi tamat tepat jam 12.10 tengah hari dan semua murid pulang bersama ibu bapa serta penjaga mereka.

Gotong Royong Madani 2024

  Bertarikh 11 Mei 2024 (Sabtu), telah berlangsungnya gotong royong madani peringkat SK Taman Putra Perdana. PPKI juga turut membentuk sebua...