Saturday, 11 August 2018

Ceramah & Mesyuarat Permuafakatan Ibu Bapa Murid PPKI Kali Ke-2 Tahun 2018

Tarikh    : 11 Ogos 2018 ( Sabtu )
Tempat  : Terminal Muafakat SKTPP
Masa      : 7.30 pagi - 12.30 tengah hari

Unit Pendidikan Khas SKTPP mengadakan Mesyuarat Permuafakatan Ibu Bapa Murid PPKI kali ke-2 bagi tahun ini. Di samping majlis permuafakatan turut dianjurkan sebuah ceramah kepada semua guru serta ibu bapa murid PPKI tentang pendedahan dan kesedaran dalam mendepani anak-anak istimewa yang dikendalikan oleh penceramah berwibawa; Cikgu Saiful Bin Anuar. Tajuk ceramah yang diberikan oleh Cikgu Saiful "Mendepani Anak-Anak Istimewa : Tuhan Menguji Kita" yang cukup sinonim dengan kehidupan guru dan ibu bapa murid PPKI SKTPP.

Sesi ceramah yang berlangsung hampir 2 jam dari 8.30 - 10.30 pagi itu cukup bermakna dengan disulami suasana penuh emosi sehingga menyentuh perasan para hadirin. Cikgu Saiful memberikan banyak input serta pendedahan yang lengkap dan jelas kepada semua hadirin sebagai ilmu  bagi mendepani murid-murid pendidikan khas.

Fotografi sepanjang sesi ceramah :-

Buku program

Sesi pendaftaran




Penceramah Cikgu Saiful Anuar



Sebahagian hadirin ceramah dan mesyuarat







Guru - guru PPKI



Penyampaian cenderamatakepada penceramah

Selepas tamat program ceramah, majlis disambung semula dengan Mesyuarat Permuafakatan Ibu Bapa bagi kali ke-2 tahun 2018. Objektif utama mesyuarat ini bagi membincangkan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun ini bermula Januari hingga sekarang. Di samping itu, program permuafakatan ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pentadbir, guru-guru PPKI dan ibu bapa.

Fotografi sepanjang mesyuarat permuafakatan :-


Ucapan PK Pendidikan Khas (Pn. Norhamizah )
Laporan Penyelaras Kurikulum PPKI ( En. Muhammad Dzarfan )

Laporan Penyelaras Kokurikulum PPKI ( Pn. Noor Hayati )







 Laporan Penyelaras HEM PPKI ( Pn. Roslina ) 

Turut hadir NYDP PIBG dan Guru Besar

Tayangan Slide Persembahan

Majlis tamat pada pukul 12.30 tengah hari.

No comments:

Post a Comment

Gotong Royong Madani 2024

  Bertarikh 11 Mei 2024 (Sabtu), telah berlangsungnya gotong royong madani peringkat SK Taman Putra Perdana. PPKI juga turut membentuk sebua...