Khamis, 26 Feb 2015 - Aktiviti Lapangan - Terapi Berkuda telah diadakan bertempat di padang sekolah. Aktiviti ini bertujuan untuk memenuhi aktiviti terapi di samping meningkatkan kemahiran individu, psikomotor kasar dan halus.
Sebelum terapi berkuda dijalankan, murid - murid melakukan regangan bagi memanaskan badan. Penerangan tentang aspek keselamatan sebelum dan semasa menunggang kuda juga diberikan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
2 ekor kuda digunakan secara bergilir-gilir membawa murid mengeliling kawasan padang sekolah. Sepanjang aktiviti berlangsung, murid kelihatan sangat seronok dan teruja.
disediakan oleh : Pn Nurul Iman binti Illyas
Thursday, 26 February 2015
Thursday, 12 February 2015
Aktiviti Pengurusan Diri (Kerja Lapangan Terapi Air)
Khamis, 12 Feb - Murid-murid PPKI kelas Compaq dan Apple hari ini dibimbing bagi aktiviti pengurusan diri. Seramai 12 orang murid dari 2 kelas ini terlibat dalam latihan terapi lapangan air sebagai salah satu aktiviti luar bilik darjah kepada mereka. Sepanjang aktiviti berjalan, murid-murid begitu teruja dan seronok dalam kolam renang. Para Pembantu Pengurusan Murid (PPM) turut serta dan membantu mengurus murid semasa aktiviti dijalankan.
Sebelum aktiviti dijalankan:
Tuesday, 27 January 2015
Kejohanan Boling Tenpin MSSD 2015
23, Jan - Kejohanan Boling Tenpin MSSD telah diadakan di Kompleks Sukan Airport, Nilai pada hari Jumaat yang lepas. Seramai 10 orang murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dari SKTPP telah menyertai acara tahunan ini. Daripada jumlah ini, 2 orang murid perempuan telah berjaya memenangi tempat ketiga dan keempat (Balqis Dayana dan Choo Bao Xuan) masing-masing. Tahniah kepada murid yang berjaya.
![]() |
| Pemenang Keempat - Choo Bao Xuan |
![]() |
| Pemenang Ketiga - Balqis Dayana |
![]() |
| Sebahagian peserta boling tenpin dari Daerah Sepang |
Friday, 7 November 2014
Sumbangan jus Memoreen Plus Al Aqwa
Sempena program perkhemahan dan Jamuan Akhir Tahun PPKI minggu hadapan, Syarikat Al Aqwa telah bermurah hati menderma jus kesihatan yang boleh merangsang sel dan minda kepada semua murid dan guru serta PPM PPKI. Syarikat tersebut juga telah menyumbang kewangan bagi mengadakan jamuan tersebut. Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pengurus Al Aqwa; Pn. Norlina Mohamed atas sumbangan yang sangat bermakna tersebut. Semoga murah rezeki syarikat pada masa depan...
Terima kasih Al Aqwa - jasamu dikenang
Tumpuan fokus cerdas minda
Thursday, 6 November 2014
Program Terapi Floor Time
Pada Rabu, 5 November
- Murid-murid PPKI telah mengikuti terapi Floor Time di Berjaya
Times Square anjuran Unit Pendidikan Khas SK Taman Putra Perdana.
Aktiviti ini disertai oleh murid PPKI seramai 22 orang dan 6 orang guru
beserta 2 orang pembantu pengurusan murid. Terapi Floor Time ini merupakan satu
usaha bagi merangsang perkembangan emosional, membina sikap positif serta
akhlak yang baik, meningkatkan kecerdasan dan memupuk sikap berdikari dalam
diri setiap murid.
Antara aksi dan gelagat murid bersama guru pada hari tersebut….
Semua
murid dan guru tiba di sekolah dengan selamat pada jam 4.00 petang. Terima kasih diucapkan kepada semua murid dan ibu bapa. Jumpa lagi dalam sesi terapi yang akan datang..
Tuesday, 14 October 2014
Sambutan Hari Kanak-Kanak
14 Oktober, Selasa - Pada hari ini, sekolah telah menyambut Hari Kanak-Kanak bagi tahun ini. Dalam aktiviti ini murid-murid PPKI juga telah membuat persembahan acara "Mini Senamrobik". Acara berjalan dengan lancar dan murid-murid berasa begitu teruja melalui persembahan ini.
Sedutan ragam murid dan guru sebelum serta semasa aktiviti:
Sedutan ragam murid dan guru sebelum serta semasa aktiviti:
Setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru dan pembantu pengurusan murid bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Gotong Royong Madani 2024
Bertarikh 11 Mei 2024 (Sabtu), telah berlangsungnya gotong royong madani peringkat SK Taman Putra Perdana. PPKI juga turut membentuk sebua...
-
Bertarikh 11 Mei 2024 (Sabtu), telah berlangsungnya gotong royong madani peringkat SK Taman Putra Perdana. PPKI juga turut membentuk sebua...
-
Pengajaran & Pembelajaran dari Rumah (PdPR) Penularan Covid-19 telah mengubah pelbagai perkara dalam kehidupan kita termasuk sesi pembe...
-
PROJEK KECERIAAN MEMBINA TAPAK REFLEKSOLOGI Khamis, 18 Julai 2013 - satu projek membina tapak refleksologi telah dilaksanakan oleh guru...


















































