Thursday, 15 May 2014

Aktiviti Terapi Renang Kali Kedua 2014

KHAMIS, 15 Mei - Murid-murid PPKI seramai 14 orang telah mengikuti aktiviti terapi renang kali kedua pada tahun ini. Turut serta dalam aktiviti ini ialah guru-guru PPKI seramai 7 orang dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) seramai 4 orang. Terapi renang ini dijalankan di kolam renang Kompleks Kejiranan Putrajaya Presint 11.

Antara objektif aktiviti terapi renang dijalankan adalah bagi :

a)  Memenuhi kehendak kurikulum murid yang memerlukan terapi cara kerja
b)  Meningkatkan kemahiran individu dan psikomotor (motor kasar dan motor halus) murid pendidikan khas.
c)  Memupuk semangat keyakinan diri selepas menjalani terapi renang

Sedutan gambar-gambar sepanjang terapi renang pada tersebut...

Sebelum bertolak dari sekolah...
Aktiviti senaman sebelum memulakan terapi renang
Bersedia secara berbaris sebelum masuk ke kolam
Aktiviti keyakinan diri dalam kumpulan
Panduan guru asas cara berenang
Gelagat guru dan murid di kolam
Aktiviti terjun menjunam
Antara murid yang boleh berenang dengan sendiri
Diharap pada masa akan datang lebih ramai lagi murid dapat menyertai aktiviti yang berfaedah seperti ini.

Friday, 9 May 2014

Perkhemahan Mini Pasukan Pengakap PPKI SKTPP 2014

Perkhemahan Mini PPKI telah diadakan seperti butiran berikut:

a)         Hari                 : Rabu

b)         Tarikh             : 30 April 2014

c)         Tempat           : Padang Sekolah SKTPP

d)         Sasaran         : 30 murid PPKI dan 9 orang guru PPKI

Matlamat Utama
Aktiviti perkhemahan ini adalah bertujuan untuk melahirkan generasi pelajar yang berwawasan, mempunyai imej kendiri positif, berakhlak mulia serta berfikiran matang sehingga mampu menangani masalah dan pancaroba hidup seterusnya. Melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah dihasratkan agar para peserta memupuk kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsip-prinsip berorganisasi ke arah mencapai matlamat diri dan organisasi, mencintai keindahan dan keceriaan alam sekitar, membina sahsiah yang berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya juang yang tinggi mengikut kemampuan murid.

Objektif Aktiviti Perkhemahan
i.          Meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap murid.

ii.         Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri.

iii.      Melatih murid-murid untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.

iv.       Memberikan ruang kepada murid dan guru-guru untuk melakukan aktiviti bersama dalam pengisian masa yang terluang.

v.     Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

vi.        Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan guru-guru dan murid.

PERJALANAN AKTIVITI

7.30 – 8.00     pagi
  
  Pengesahan Kehadiran,    
  Pembahagian Kumpulan

8.00 – 9.00     pagi
  Senamrobik

9.00 – 10.00   pagi
  Treasure Hunt
10.00 – 10.30 pagi

   Rehat
10.30 – 11.30 pagi
   Belajar Memasang
   Khemah

11.30 – 1.00 t/hari
   Aktiviti Memasak /
   Ikatan Pertolongan Cemas

1.00 – 2.00 petang
   Permainan Dalaman /   
   Penutup
















Di akhir aktiviti program ini, kesemua murid PPKI dilihat begitu gembira dan seronok dengan pelbagai acara yang telah dilaksanakan oleh guru dan juga PPM. Semua murid begitu bersemangat hingga ke akhir program. Kegembiraan setiap murid juga telah berganda apabila di akhir acara, setiap kumpulan murid telah dianugerahkan hadiah berupa hamper. Syabas dan tahniah diucapkan! Semoga aktiviti sebegini dapat diteruskan lagi di masa hadapan.

Berikut adalah gambar-gambar yang telah dirakam sepanjang aktiviti berlangsung:

Aktiviti regangan sebelum Senamrobik dimulakan.
Murid-murid sedang bersenam aerobik mengikut bimbingan guru. 
Aktiviti Treasure Hunt 
Bekerjasama menyelesaikan puzzle.

Semangat berpasukan.

Bersungguh-sungguh meniup tepung.
Belajar ikatan kain anduh untuk pertolongan cemas.
Disediakan oleh,
Pn. Salasiah binti Abdul Razak
Pn. Rozaitul Ikhma binti Ab Razak 
Pn. Noor Bahiriah binti Baharum

Friday, 25 April 2014

Perkhemahan Mini PPKI

Makluman untuk Ibu Bapa / Penjaga,

Pasukan Pengakap Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sek. Keb. Taman Putra Perdana akan menjalankan satu program “Perkhemahan Mini” pada ketetapan yang berikut:

Tarikh / Masa    : 30 April 2014 (7.30 pagi – 2.00 petang)
Tempat               : Padang Sekolah

Ibu Bapa / Penjaga amat dialu-alukan jika ingin memberi sebarang sumbangan bagi menjayakan aktiviti yang akan dijalankan.

* Sebarang pertanyaan sila hubungi:
   En. Srimahathevan (012-3570415) atau Pn. Roslina (012-2766205)

Wednesday, 16 April 2014

PPM PPKI baharu - Pn. Noor Bahiriyah

Selamat Datang diucapkan kepada PPM PPKI baharu - Pn. Noor Bahiriyah yang menggantikan Pn. Siti Rohayu. Semoga dapat bersama-sama guru dan PPM di sini mendidik anak-anak PPKI dan seterusnya membangunkan pendidikan anak-anak istimewa ini...
Pn. Noor bertudung biru

Friday, 4 April 2014

Kak Ayu Bertukar

Hari ini hari terakhir buat Pembantu Pengurusan Murid (PPM) PPKI; Pn. Siti Rohayu binti Shaari yang akan bertukar ke SK Amar Penghulu, Jelebu, Negeri Sembilan. Selamat Berpisah buat Kak Ayu. Semoga berbahagia di sekolah baharu, jangan lupakan kami di sini... (sila ikuti laporan lanjut dalam blog sekolah di sini)
 Kak Ayu menerima ole-ole kenangan daripada Guru Besar dan Penyelaras PPKI; Pn. Roslina serta semua guru PPKI

Tuesday, 11 February 2014

KEJOHANAN BOLING TENPIN MSSD SEPANG 2014

SELASA, 11 FEB - Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) peringkat Daerah Sepang telah menyertai kejohanan boling tenpin di Kompleks Sukan Airport, Nilai. Kejohanan tahunan ini dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sepang dan Unit Pendidikan Khas dipelawa untuk menyertai bersama dalam acara boling tenpin. Acara ini disertai seramai 12 orang murid PPKI Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana (SKTPP) dan guru pembimbing seramai 4 orang. Murid PPKI SKTPP bagi kategori lelaki telah memenangi tempat Kedua dan tempat Keempat manakala murid perempuan mendapat tempat Keempat dan Kelima. Tahniah!

Sebahagian murid yang menyertai kejohanan
Posing murid sebelum memulakan permainan

Azhar menerima Sijil Penyertaan
Aliah membuat balingan 
Pemenang kategori murid perempuan

Murid dan guru yang mengikuti kejohanan

Acara penyampaian hadiah tamat pada pukul 12.45 tengah hari dan guru bersama murid bergerak ke sekolah selepas makan tengah hari.

Saturday, 25 January 2014

PERJUMPAAN IBU BAPA DAN PENJAGA TAHUN 2014

SABTU, 25 JAN - Unit PPKI Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah mengadakan aktiviti perjumpaan tahunan bersama ibu bapa dan penjaga murid di bilik mesyuarat
. Perjumpaan ini telah dipengerusikan oleh Guru Besar iaitu En Sukimin Bin Juki dan hadir bersama ialah YDP PIBG Tuan Haji Khairul Azhar Sufian. Selain itu, semua guru PPKI turut terlibat dalam perjumpaan tahunan ini dan wakil ibu bapa seramai 10 orang.Tujuan utama perjumpaan ini diadakan bagi membincangkan hala tuju program yang akan dijalankan pada tahun 2014 dan sekaligus mendapat respon terhadap aktiviti yang dianjurkan. Melalui perjumpaan ini juga Unit PPKI SKTPP dapat merapatkan hubungan baik bersama ibu bapa dan penjaga murid dan sekaligus mendapatkan kerjasama yang tinggi dengan aktiviti yang akan dijalankan.

Antara gambar yang diambil sepanjang sesi perbincangan...


Bahagian pendaftaran

Ucapan daripada Penyelaras PPKI
Kata-kata aluan daripada Guru Besar
Ibu bapa beri pandangan
Sebahagian ibu bapa yang hadir
Perjumpaan berakhir pada pukul 11.15 pagi

Gotong Royong Madani 2024

  Bertarikh 11 Mei 2024 (Sabtu), telah berlangsungnya gotong royong madani peringkat SK Taman Putra Perdana. PPKI juga turut membentuk sebua...