Khamis, 23 MEI - Murid-murid PPKI hari ini telah berpeluang mendapat asas latihan permainan softol sewaktu aktiviti Pendidikan Jasmani. Aktiviti yang berjalan selama sejam itu bermula jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi memuatkan latihan asas yang dikendalikan oleh En Hazim dan dibantu oleh En Srimahathevan. Seramai 20 orang murid terlibat dalam latihan asas ini dan turut dibimbing oleh pembantu murid.
Antara aktiviti yang dilaksanakan:
a) Aktiviti regangan dan pemanasan badan.
b) Pengenalan alatan sofbol dan peraturan permainan.
c) Demo latihan asas mengikut teknik yang sesuai kepada murid.
d) Latihan "Pitching" dan memukul bola.
|
Latihan pemanasan menggunakan alatan sofbol |
|
Aktiviti belajar cara membaling dan menangkap bola |
|
Praktis "Pitching" mengikut pasangan |
|
Panduan demo latihan daripada En Hazim |
|
Murid mempraktikkan tunjuk ajar guru |
|
Murid menunggu giliran untuk melakukan pukulan. |
No comments:
Post a Comment