Saturday, 11 May 2024

Gotong Royong Madani 2024

 Bertarikh 11 Mei 2024 (Sabtu), telah berlangsungnya gotong royong madani peringkat SK Taman Putra Perdana. PPKI juga turut membentuk sebuah pakatan untuk berbincang perjalanan serta perancangan aktiviti pada hari tersebut.

Gotong royong ini turut melibatkan ibu bapa. Alhamdulillah, kehadiran ibu bapa sangat memberangsangkan. Bukan sahaja kehadiran ibu bapa yang ramai, malah ibu bapa yang hadir turut menyumbang serba sedikit keperluan bahan untuk bergotong royong seperti cat dan berus.

Aktiviti dimulai seawal 8 pagi dengan bacaan doa untuk kelancaran aktiviti serta taklimat ringkas di tapak perhimpunan. Seterusnya, ibu bapa menikmati sedikit jamuan ringab sebelum melakukan aktiviti. Jutaan terima kasih juga diucapkan untuk ibu bapa ynag membawa makanan secara "potluck".

Ibu bapa dibahagian kepada beberapa kumpulan bagi kelancaran proses mengecat. Menggunakan tema warna ungu, setiap kelas dibekalkan dengan 2 tona warna ungu. Fokus utama adalah untuk mengecat bahagian dalam dinding kelas yang telah diconteng oleh murid murid. selain itu, proses mengecat juga dilakukan pada pintu dan grill kelas.

Alhamdulillah, sekitar 12 tengah hari, selesai kerja mengecat keseluruhan  kelas. Timbul suasana yang sangat ceria dan berbeza bagi murid murid untuk menjalani pdpc.Jutaan terima kasih atas sumbangan kewangan, tenaga serta makanan buat semua ibu bapa serta guru. Semoga kerjasama yang terjalin bertambah erat di masa hadapan.









Friday, 27 October 2023

Kem Bestari Solat PPKI

 

Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.  

 

Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dengan melibatkan semua murid muslim PPKI. Semua guru serta PPM muslim terlibat sebagai fasilitator bagi Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023.

 

Kem Bestari Solat PPKI kali ini menumpukan serta menekankan aspek perlakuan solat iaitu:

·        Berdiri betul

·        Takbiratulihram

·        Kiam

·        Rukuk

·        Iktidal

·        Sujud

·        Duduk di antara dua sujud

·        Duduk tahiyat awal

·        Duduk tahiyat akhir serta

·        Salam

 

Adalah diharapkan dengan pelaksanaan Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 kali ini dapat memberi kefahaman kepada semua murid yang terlibat agar mengaplikasikan perlakuan solat yang betul dalam pelaksanaan solat fardu yang dilaksanakan lima kali sehari semalam.   

 

Berikut adalah merupakan foto – foto sepanjang Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 dilaksanakan.  














Disediakan oleh, 

Zairuddin bin Mohamad Kelsom 

Penyelaras Kem Bestari Solat PPKI 

Sesi 2023 










Friday, 20 October 2023

Hari Jalinan Mesra Pendidikan Khas 2023

 


"Terima kasih cikgu, saya seronok tengok perkembangan anak saya sekarang, dia suka datang sekolah'. Itulah antara luahan ibu bapa yang hadir pada Hari Jalinan Mesra Pendidikan Khas. 

Alhamdulillah, meriah PPKI hari ini dengan kehadiran ibu bapa untuk berjumpa guru kelas dan menandatangani laporan PBD dan RPI anak-anak mereka. Ibu bapa juga turut mengambil peluang untuk berbincang mengenai perkembangan pembelajaran anak-anak mereka. Program seperti ini juga merupakan medium untuk guru dan ibu bapa bertemu secara empat mata untuk berbincang mengenai permasalahan yang ada dan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk kebaikan bersama.

Terima kasih atas segala kerjasama, sokongan dan sumbangan yang diberikan untuk pembangunan dan kemajuan anak-anak PPKI. Semoga Allah membalas dengan kebaikan atas segala jasa bakti yang diberikan buat anak-anak istimewa ini.











DUDUK BERSILA SAMBIL BERIADAH,
NYAMAN SUNGGUH DI TEPI SAWAH,
ANAK ISTIMEWA ANUGERAH TERINDAH,
JALINAN MESRA MENYATU UKHWAH.

Disediakan oleh: Cikgu Yatt

Saturday, 14 October 2023

Perkhemahan Unit Beruniform ( Pengakap ) 2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bertarikh 14.10.2023 bersamaan hari Sabtu, telah berlangsungnya Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap PPKI bagi sesi 2023. Walaupun perkhemahan hanya berlangsung selama sehari, namun, pelbagai aktiviti dan program bermanfaat telah dirangka untuk sepanjang hari.

Seawal 730 pagi, murid hadir untuk pendaftaran. Murid bersarapan sebelum memulakan aktiviti. Dimulai dengan aktiviti senamaerobik dan sukaneka.

 







Aktiviti diteruskan dengan Kawad 10 langkah. Aktiviti ini membantu menambahbaik koordinasi tangan dan kaki.  Sebahagian besar murid khas menghadapi masalah koordinasi.



Sebelum meneruskan aktiviti Halangan Komando, sekitar jam 10 pagi, murid berehat dan menikmati minuman ringan. Sepanjang aktiviti ini, murid melalui beberapa checkpoint 
seperti lompat dalam tayar, menyusur lopak, meniti titi dan lain lain. murid kelihatan sangat gembira melakukan segala aktiviti









murid berhenti rehat untuk mandi, solat dan makan tengah hari sekitar jam 1 tengah hari. Dalam keletihan beraktiviti, murid masih bertenaga dan tidak sabar melakukan aktiviti seterusnya.




Seusai solat dan makan tengah hari, murid terus dikumpulkan mengikut kumpulan untuk aktiviti seterusnya. Berikut antara gambar aktiviti permainan yang dijalankan.










Pada akhir aktiviti, penyampaian hadiah dan  cenderahati disampaikan oleh para pentadbir. Tahniah diucapkan kepada semua murid yang menyertai perkhemahan.
Moga pada tahun mendatang, aktiviti yang lebih menarik dapat dirangka




Thursday, 5 October 2023

Majlis Perpisahan PPM

 Assalamualaikum dan salam sejahtera




Bertarikh 5 Oktober 2023, adalah hari terakhir Pembantu Pengurusan Murid (PPM), Puan Aida Asikin binti Shaarin di PPKI SKTPP. Pertukaran Puan Aida ke Melaka telah diluluskan  dan ditempatkan di SK Simpang Ampat, Alor Gajah.


Selain Puan Aida, majlis perpisahan ini juga merupakan majlis perpisahan anak beliau, Aishah Ivan Firnas yang juga adalah anak istimewa di PPKI SKTPP.

Dalam sesi perpisahan ini, sebuah video rangkuman kisah kenangan sepanjang beliau berkhidmat di sini telah ditayangkan. Berikut adalah pautan video yang ditayangkan.




Walaupun seluruh warga PPKI bersedih dengan perpisahan ini, Namun ini adalah keputusan yang terbaik buat Puan Aida dan anaknya memandangkan beliau telah membeli rumah di daerah tersebut. Didoakan semoga dipermudahkan segala urusan beliau sekeluarga .










Thursday, 7 September 2023

Majlis Selingkar Budi, Setaut Kasih.

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani.

Bersyukur kita kepada Ilahi, pada hari yang tenang penuh ceria ini, kita dapat menjalankan majlis ringkas sempena perpisahan dan perpindahan Cikgu Muhammad Dzarfan Bin Kamar Bahrin atau lebih dikenali mesra dengan panggilan Cikgu Zek.


Beliau mula berkhidmat di sekolah ini bermula pada tahun 2016 sehinggalah tahun ini 2023. Banyak kenangan yang terpahat di setiap hati sanubari kita masing-masing. Tidak kiralah sama ada yang dah lama bersama beliau mahupun yang baru mengenali beliau. Sesungguhnya banyak cerita suka dan duka telah kita cipta sepanjang kita bersama dengan beliau. Setiap memori itu pasti meninggalkan kenangan yang sangat mendalam di lubuk jiwa masing-masing.

Akhir kata, dengarlah serangkap pantun daripada kami,

Nona manis nama timangan,

Kecil molek senyuman menawan,

Jasa baktimu sentiasa dikenang,

Budi baikmu kekal diingatan.


Berikut dikongsikan atur cara majlis, AJK perlaksana, gambar-gambar dan video sepanjang majlis berlangsung : 

Atur Cara Majlis

AJK Perlaksana

Persembahan wakil murid

Video Kenangan

Ucapan Pengerusi Majlis

Bacaan doa oleh Ustaz Zairuddin

Ucapan Guru Besar

Acara memotong kek dan pulut kuning

Cenderahati daripada guru/PPM

Cenderahati daripada murid

Jamuan

Gotong Royong Madani 2024

  Bertarikh 11 Mei 2024 (Sabtu), telah berlangsungnya gotong royong madani peringkat SK Taman Putra Perdana. PPKI juga turut membentuk sebua...