Program Minggu Matematik PPKI telah diadakan pada 20 September hingga 1 Oktober 2021 iaitu selama 2 minggu bagi setiap hari Rabu. Program ini diadakan bagi membuka
ruang kepada semua murid untuk memahami dan menghayati matapelajaran Matematik
terutamanya dalam menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dengan bertemakan ''Math Is Fun''. Program ini telah berjalan serentak dengan program Minggu Matematik di aliran perdana.
Nama-nama guru penyelaras dan poster-poster tentang acara dan pertandingan bagi Program Minggu Matematik PPKI adalah seperti di bawah :

Berikut merupakan aktiviti program berserta gambar dan hasil kerja murid:
Tarikh : 22.9.2021 (Rabu)
Medium : Google Meet
Sasaran : Semua murid
Murid diberikan tempoh
masa selama 5 hari menyiapkan projek dan tarikh akhir serahan projek ialah pada
27.9.2021(Isnin).
|
Kelas
|
Aktiviti
|
Nama Guru Penyelaras
|
1 Bowling & 1 Archery
|
Tayangan Visual Projek Jari Tangan Nombor
|
Pn. Nurul Iman Binti Illyas
|
2 Cricket & 3 Petanque
|
Tayangan Visual Projek Buku Skrap (Dompet Saya)
|
En. Srimahathevan a/l Vadivelu
|
4 Squash & 5 Soccer
|
Tayangan Visual Projek Buku Skrap (Botol Sifir)
|
Pn. Norfauziaton Binti Ali Mohamed
|
Projek Jari Tangan Nombor bagi Tahun 1:
Projek Buku Skrap (Dompet Saya) bagi Tahun 2 & Tahun3:
Projek Buku Skrap (Botol Sifir) bagi Tahun 4 & Tahun 5:
Berikut merupakan aktiviti program berserta gambar:
Tarikh : 29.9.2021 (Rabu)
Medium : Online & Offline
Sasaran : Semua murid
Pengumuman nama pemenang melalui group ‘Whatsapp’ PPKI.
|
Kelas
|
Aktiviti
|
Nama Guru Penyelaras
|
1 Bowling & 1 Archery
|
Uji Minda (Projek Jari Tangan Nombor)
|
Pn. Nurul
Iman Binti Illyas
|
2 Cricket & 3 Petanque
|
Uji Minda (Projek Dompet Saya)
|
En.
Srimahathevan a/l Vadivelu
|
4 Squash & 5 Soccer
|
Uji Minda (Projek Botol Sifir)
|
Pn. Norfauziaton Binti Ali Mohamed
|
Senarai nama pemenang bagi pertandingan yang telah dijalankan :
Sesi penyampaian hadiah telah diadakan secara bersemuka pada hari Khamis 21 Oktober 2021. Murid-murid kelihatan seronok dan gembira dengan hadiah yang telah dimenangi oleh mereka. Tahniah kepada semua pemenang dan bagi yang tidak bernasib baik jangan mudah putus asa. Usaha lagi di masa akan datang.
Di sini, disertakan video ringkas berkaitan laporan di atas untuk tatapan semua.
Diharap PdPR berasaskan projek dan kuiz ini memberikan ilmu yang berguna kepada murid-murid berkeperluan khas dalam mempelajari matapelajaran matematik dengan seronok dan sekaligus dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka. Semoga program sebegini akan diteruskan lagi pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.