Wednesday, 28 February 2018

Agoonoree Pendidikan Khas Daerah Sepang 2018


Program perkhemahan adalah penting untuk murid-murid Pendidikan Khas. Program seperti ini harus dijalankan dengan konsep yang lebih terbuka dan mencabar kebolehan pelajar di samping dapat menambahkan pengetahuan pelajar dan mendedahkan mereka kepada persekitaran baru yang belum pernah mereka kenali sebelum ini. Oleh itu, tercetuslah satu program yang diberikan nama:

Tajuk     : Agoonoree Pendidikan Khas 2018 Daerah Sepang
Tarikh    : 28 Februari - 1 Mac 2018
Tempat : Seri Dusun, Lot 961, Jalan Hj. Marmo, Kg. Giching, 43900 Sepang, Selangor.


Matlamat Program :
1.  Menanam semangat kecekalan hati, keyakinan diri, berdisiplin sambil membina kecergasan fizikal dan mental dalam menghadapi cabaran untuk  melahirkan generasi wawasan.
2.   Memupuk  kesedaran cintakan alam sekitar dan membiasakan diri dalam segala aktiviti yang mencabar.
3. Melatih dan membimbing semangat setia kawan dan bekerja dalam berkumpulan ”team work” demi membentuk masyarakat yang harmoni pada masa akan datang.
4. Untuk mengukuhkan dasar tegas keperibadian dan individual ”culture” dalam rangka membentuk asas penghidupan di samping memupuk sikap hormat-menghormati dan bertanggungjawab. 

Objektif Program 
1.      Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan. 
2.   Melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain.
3.  Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara teratur dan berdisiplin.
4.   Mendedahkan para peserta dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.
5.  Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan-latihan lasak dan mencabar.
6.  Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing-masing.

Antara gambar-gambar aktiviti yang telah dirancang sepanjang program berjalan:

Sesi ketibaan:
- Pendaftaran murid dan guru.
- Istiadat menaikkan bendera / Akela
- Taklimat KEM / keselamatan dan pembahagian kumpulan dan khemah.
- Aktiviti memasang khemah.




















Aktiviti 1:
   - Persetiaan Pengakap
   - Cogan Kata & Lencana Pengakap

Aktiviti 2:
- Ikhtiar Hidup (Sandwich) 
- Masak nasi & goreng telur

Aktiviti 3:
- Kembara Muda (Flora Dan Fauna)

Aktiviti 4:
 - Malam Kesenian dan Kebudayaan
 - Cabutan Bertuah. 

     
    
 Aktiviti 5:  
       - Halangan Komando

     Aktiviti 6:
       -  Seni Kain Anduh

     Aktiviti 7:
       - Permainan KIM

Majlis Penutup

1. Nyanyian lagu Negaraku
2. Nyanyian Lagu Negeri Selangor
3. Nyanyian Lagu Pengakap Malaysia
4. Bacaan doa
5. Lafaz Persetiaan Pengakap oleh adik Muhammad Hafiz Bin Suhaimi
6. Ucapan Aluan- Tn. Hj Dr. Alias Bin Abd Ghani (Pengerusi Majlis Tempatan Pengakap Sepang
7. Ucapan Perasmian Penutup - En. Zulhaimi Bin Md. Nasir (Penolong PPD Hal Ehwal Murid).



8. Sesi penyampaian hadiah kepada pemenang. Sekolah kita telah mendapat tempat:

     Pertama (Kumpulan) : Pertandingan Malam Kebudayaan (SR)
     Ketiga (Individu)        : Passport Terbaik (SR) - Perempuan
                                         - Munirah Wafiah Bt Zamri
     Ke-Empat (Individu)  : Passport Terbaik (SR) - Lelaki
                                         - Muhammad Hafiz Bin Suhaimi

















































































































































Semoga dengan terlaksananya program ini, ianya dapat memberi ruang kepada  para pelajar  pendidikan khas untuk merasai dan mengalami sendiri pengalaman berkhemah bersama rakan-rakan sebaya sambil mempelajari sesuatu yang baru dan mengaplikasikan apa yang diajar oleh guru-guru di sekolah dalam keadaan yang sebenar. 

Sesi bergambar kenang-kenangan :


   

Saturday, 6 January 2018

Mesyuarat Permuafakatan Ibu Bapa Murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) 2018

Mesyuarat Permuafakatan Ibu Bapa Murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) 2018 telah diadakan pada 6/1/2017 (Sabtu) di Dewan Perdana SKTPP.

Objektif program antaranya:

1. Membincangkan tentang aktiviti yang akan dijalankan pada tahun 2018.
2. Membincangkan isu-isu atau masalah berkaitan murid-murid PPKI.
3. Mengeratkan lagi hubungansilaturrahim antara pentadbir, guru-guru PPKI, PIBG dan ibu bapa.
4. Mewujudkan kerjasaa antara guru-guru PPKI dan ibu bapa dalam melaksanakanprogram PPKI.

Atur cara program:

8.00 pagi 

*Pendaftran ibu bapa dan sarapan pagi
*Ucapan aluan Pengerusi Majlis
*Bacaan doa
*Ucapan GPK PPKI
*Ucapan Guru Besar
*Ucapan YDP PIBG
*Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
*Perkara-perkara berbangkit
*Pembentangan laporan kewangan 2017
*Tayangan video aktiviti PPKI sepanjang 2017
*Laporan Penolong Kanan Pendidikan Khas

*Laporan Unit Kurikulum, Kokurikulum & Hal Ehwal Murid
*Perbincangan kutipan yuran 2018
*Pemilihan AJK Permuafakatan Ibu Bapa PPKI 2018
*Hal-hal lain

12.00 tengah hari

*Majlis bersurai


Pendaftaran

Ucapan Pengerusi Majlis dan
juga selaku SU Kokurikulum

Barisan guru dan ibu bapa

Ucapan GPK Pendidikan Khas

Ucapa Guru Besar
Ucapan Bendahari
Ucapan SU HEM

Barisan Guru Kelas Tahun 2018


Kehadiran dan sambutan ibu bapa sangat memberangsangkan berbanding tahun lepas. Kerjasama ibu bapa amat penting bagi memastikan kecemerlangan pendidikan anak-anak kerana perjumpaan ini merupakan medan perbincangan dan kerjasama antara guru, ibu bapa dalam memastikan anak-anak istimewa terus cemerlang, gemilang dan terbilang di masa hadapan.







Sunday, 19 November 2017

Hari Jalinan Mesra 2/2017

17 Nov, Jumaat - Hari Jalinan Mesra kali ke-2 bagi tahun 2017 diadakan bertempat di kelas PPKI.
Program bermula dari jam 8.00 pagi hingga 11.30 tengah hari.

Ibu bapa telah sampai awal untuk melihatkan pencapaian murid PPKI dan sekaligus bertemu dengan guru untuk mendapat reaksi perkembangan anak mereka sepanjang tahun ini.

Berikut rakaman gambar-gambar sepanjang Hari Jalinan Mesra kali ke-2 ini.






















Friday, 27 October 2017

Program Keyakinan Diri di Air

        Pada 26 Oktober 2017, satu program keyakinan di air telah dijalankan di Kolam Renang Kompleks Kejiranan Presint 11 Putrajaya. Seramai 45 orang murid, 11 orang guru dan 4 pembantu pengurusan murid serta 5 orang ibu bapa telah mengikuti program ini. Aktiviti ini bertujuan untuk memenuhi aktiviti terapi di bilik darjah bagi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Taman Putra Perdana yang telah dirancang di samping dapat meningkatkan kemahiran individu dan psikomotor kasar dan halus murid-murid khas. 


                   Objektif


                1. Membolehkan murid-murid memperolehi pengetahuan dan pengalaman di luar                      bilik darjah.
2.Menyemai sifat berani mencuba dan meningkatkan keyakinan dalam kalangan
   murid Pendidikan Khas.
3.Membolehkan murid menjalani sesi terapi yang dapat meningkatkan
  perkembangan kemahiran motor kasar, motor halus dan perkembangan kecerdasan
  fizikal mengikut keutamaan.
4.Memberi pendedahan kepada murid-murid untuk melibatkan diri dengan aktiviti
   luar.


Pelaksanaan Program

7.30 pagi - 8.00 pagi
- Murid berkumpul di sekolah
- Taklimat mengenai keselamatan untuk sepanjang program dan keselamatan 
  di kolam renang
- Sarapan pagi

8.30 pagi
-Bertolak ke kolam renang Kompleks Kejiranan Presint 11

9.00 pagi
-Tiba di Kompleks Kejiranan Presint 11
- Penerangan keselamatan
- Aktiviti Program Keyakinan Diri di Air

11.30 pagi
- Pengurusan murid
- Makan tengah hari
- Bertolak pulang ke sekolah


Gambar sepanjang aktiviti

















Gotong Royong Madani 2024

  Bertarikh 11 Mei 2024 (Sabtu), telah berlangsungnya gotong royong madani peringkat SK Taman Putra Perdana. PPKI juga turut membentuk sebua...