Friday 27 October 2017

Program Keyakinan Diri di Air

        Pada 26 Oktober 2017, satu program keyakinan di air telah dijalankan di Kolam Renang Kompleks Kejiranan Presint 11 Putrajaya. Seramai 45 orang murid, 11 orang guru dan 4 pembantu pengurusan murid serta 5 orang ibu bapa telah mengikuti program ini. Aktiviti ini bertujuan untuk memenuhi aktiviti terapi di bilik darjah bagi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Taman Putra Perdana yang telah dirancang di samping dapat meningkatkan kemahiran individu dan psikomotor kasar dan halus murid-murid khas. 


                   Objektif


                1. Membolehkan murid-murid memperolehi pengetahuan dan pengalaman di luar                      bilik darjah.
2.Menyemai sifat berani mencuba dan meningkatkan keyakinan dalam kalangan
   murid Pendidikan Khas.
3.Membolehkan murid menjalani sesi terapi yang dapat meningkatkan
  perkembangan kemahiran motor kasar, motor halus dan perkembangan kecerdasan
  fizikal mengikut keutamaan.
4.Memberi pendedahan kepada murid-murid untuk melibatkan diri dengan aktiviti
   luar.


Pelaksanaan Program

7.30 pagi - 8.00 pagi
- Murid berkumpul di sekolah
- Taklimat mengenai keselamatan untuk sepanjang program dan keselamatan 
  di kolam renang
- Sarapan pagi

8.30 pagi
-Bertolak ke kolam renang Kompleks Kejiranan Presint 11

9.00 pagi
-Tiba di Kompleks Kejiranan Presint 11
- Penerangan keselamatan
- Aktiviti Program Keyakinan Diri di Air

11.30 pagi
- Pengurusan murid
- Makan tengah hari
- Bertolak pulang ke sekolah


Gambar sepanjang aktiviti

















No comments:

Post a Comment

Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...