Sesi persekolahan bersemuka akan bermula bagi murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) pada 4 Oktober 2021. Setelah beberapa bulan murid-murid menjalani pembelajaran atas talian kini mereka akan kembali semula ke sekolah. Bagi tujuan tersebut guru-guru serta pembantu murid bertungkus lumus membersih dan menceriakan kawasan sekitar kelas pendidikan khas.
Gambar-gambar sepanjang program keceriaan:
Guru-guru dan pembantu menyiapkan garisan (tape) untuk tujuan penjarakan sosial murid ketika beratur sebelum masuk ke kelas.
Turut dibantu oleh pekerja pembersihan sekolah bagi tujuan sanitasi sekitar kelas PPKI.
Malam ini diadakan penataran dan taklimat pengoperasian pembukaan sekolah kepada ibu bapa murid-murid PPKI. Alhamdulillah.. majlis berjalan dengan baik dan lancar. Terima kasih buat YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar Mohammad Suffian & Naib YDP PIBG; Pn. Normawati dapat sama-sama hadir dalam google meet ini. Selamat bersekolah semula buat anak-anak MBK semua. Semoga bertemu lagi secara bersemuka pada 4 Oktober 2021 nanti...
Pemantauan persiapan pengoperasian pembukaan sekolah oleh pegawai pemantau dari JPS; Pn. Azni @ Pn. Siti Aishah. Alhamdulillah... semua berjalan lancar. PPKI telah bersedia menerima murid yang akan bersekolah minggu depan. Minggu depan beliau akan datang lagi melihat perjalanan murid-murid pula. Sehingga berjumpa lagi.. Terima kasih banyak puan.
Mesyuarat Pengurusan PPKI Bil. 4 merangkap Penataran Pengurusan Pengoperasian Pembukaan Sekolah Murid Berkeperluan Khas (MBK) diadakan hari ini. Turut hadir : Guru Besar, PK HEM dan PK Petang. Sebagaimana diarah murid PPKI akan memulakan persekolahan pada minggu depan. Minggu ini guru2 dan PPM akan berkemas, susun dan siapkan semuanya.. Semoga dipermudahkan segala urusan..
Anugerah e-Nilam Pendidikan Khas Peringkat Negeri Selangor 2021 telah dilaksanakan pada 16 Ogos 2021 hingga 20 Ogos 2021 secara dalam talian bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK) di Sekolah Pendidikan Khas (SPK) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang mengamalkan tabiat membaca bahan-bahan bacaan di Pusat Sumber sekolah, bahan bacaan melalui internet dan lain-lain sumber yang bersesuaian. Anugerah e-Nilam tersebut tetap dilaksanakan walaupun negara dilanda Pandemik Covid-19 dengan mematuhi Standard Operasi Prosedur (SOP).
Salah seorang MBK daripada Program Pendidikan Inklusif (PPI) iaitu inklusif penuh adik Nur Qaisara Arissa Binti Ahmad Kamal dari kelas 6 Bestari telah menyertai pertandingan tersebut. Pengumuman pemenang telah diumumkan secara Youtube Live semasa Majlis Penutup e-Nilam dan alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada adik Nur Qaisara kerana telah mencapai kejayaan Naib Johan bagi kategori Masalah Pembelajaran Sekolah Rendah (Perempuan) mewakili daerah Sepang. Semoga adik Nur Qaisara terus cemerlang!
Di sini dilampirkan buku program dan gambar-gambar semasa Majlis Perasmian Penutupan & Pengumuman Pemenang melalui Youtube Live sebagai tatapan :
Klik sini untuk paparan lengkap buku program Majlis Perasmian Penutupan & Pengumuman Pemenang Anugerah e-Nilam Pendidikan Khas Peringkat Negeri Selangor 2021.
Bacaan doa
Ucapan Pengerusi Pengelola (Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Selangor),
Pn. Rozlina Binti Abdul Gahni
Ucapan Perasmian Penutupan (Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor),
Puan Hajah Anismah Binti M.Noh
Tahniah adik Nur Qaisara Arissa Binti Ahmad Kamal dari kelas 6 Bestari,
murid PPI (Inklusif Penuh).
Adalah diharapkan agar Anugerah e-Nilam Pendidikan Khas Peringkat Negeri Selangor 2021 dapat melahirkan Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang cintakan ilmu pengetahuan melalui tabiat membaca dan dapat melahirkan masyarakat yang berdaya saing seterusnya mampu menjadi pemangkin sebuah negara maju.
Sekali lagi tahniah dan syabas buat Nur Qaisara Arissa binti Ahmad Kamal!
Satu taklimat ringkas berkaitan Sambutan Bulan Kebangsaan
yang ke-64 dan Hari Malaysia yang ke-58 telah diadakan pada pada waktu malam
secara maya bersama ibu bapa murid, guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid
(PPM) Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Taman Putra Perdana seperti
di bawah :
Tarikh
16.8.2021
Hari
Isnin
Masa
8:30 malam
Medium
Google Meet
Kehadiran
Ibu bapa (29 orang), Guru (9 orang) dan Pembantu
Pengurusan Murid (3 orang)
Taklimat ini bertujuan memberikan pendedahan kepada ibu bapa tentang aktiviti-aktiviti
yang akan dijalankan bermula pada hari Selasa 17.8.2021 sehingga Jumaat
20.8.2021 sempena sambutan tersebut. Di sini dikongsikan jadual
aktiviti dan gambar-gambar sepanjang taklimat :
Ucapan Aluan Penolong Kanan Pendidikan Khas, Pn. Norhamizah
Binti Hamzah
Penyelaras aktiviti cikgu Norfauziaton membacakan atur cara aktiviti
yang akan dijalankan.
Hari Selasa 17.8.2021 (Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-64 Dan Hari Malaysia Ke-58 Peringkat Sekolah) secara Youtube live
Kelas
Masa
Aktiviti
Tahap 1
&
Tahap 2
8.30 pagi
Semua guru
dan murid masuk ke dalam
link Youtube
9:00 pagi
Ucapan
aluan pengerusimajlis
Bacaan Doa
Ucapan
Yang Dipertua PIBG
Ucapan
GuruBesar
Gimik
Nyanyian
Lagu Tema ''Malaysia Prihatin''
Hebahan
Aktiviti Bulan Kebangsaan & Hari Malaysia
Ucapan
penutup daripada pengerusi majlis
10:00 pagi
Bersurai
Hari Rabu 18.8.2021
Kelas
Aktiviti
Guru penyelaras
Hadiah Pemenang
Tahap 1
(Archery,
Bowling, Cricket & Petanque)
Pertandingan
mewarna poster kemerdekaan
Nurhayati
Binti Mohamed Nor
Tempat :
1, 2, 3
(ikut kelas)
Tahap 2
(Squash & Soccer)
Pertandingan
kuiz kemerdekaan
Srimahathevan
a/l Vadivelu
Tempat :
1, 2, 3
(ikut kelas)
Hari Khamis 19.8.2021
Kelas
Aktiviti
Guru penyelaras
Hadiah Pemenang
Tahap 1
(Archery,
Bowling, Cricket & Petanque)
&
Tahap 2
(Squash & Soccer)
Bento
Merdeka
Rafidah
Binti Salleh
Maizan
Binti Abdullah
Tempat :
1, 2, 3
& Saguhati (ikut kelas)
Tempat :
1, 2, 3
(ikut kelas)
Hari Jumaat 20.8.2021 (Majlis Penutup bagi PPKI) secara
Google Meet pukul 10:00 pagi
Kelas
Aktiviti
Guru penyelaras
Tahap 1
&
Tahap 2
Majlis
Penutup :
1. Ucapan Guru Besar / Penolong Kanan
Pendidikan Khas
2. Nyanyian bersama 2 buah lagu Kemerdekaan
3.
Persembahan murid
4. Pengumuman nama pemenang
5. Fotografi
Pn. Noor
Hayati Binti Yusof
Pn.
Norhamizah Binti Hamzah
Cikgu Nurhayati menerangkan lebih lanjut berkaitan Pertandingan Mewarna
Poster Kemerdekaan bagi Tahap 1 melibatkan kelas Archery, Bowling, Cricket dan
Petanque
Penerangan daripada cikgu Srimahathevan berkaitan Pertandingan Kuiz
Kemerdekaan bagi Tahap 2 melibatkan kelas Squash dan Soccer
Giliran cikgu Rafidah menerangkan berkaitan Pertandingan Bento Merdeka
bagi Tahap 1 dan 2 melibatkan semua kelas
Gambar kenang-kenangan taklimat secara online (Google Meet)
Klik sini untuk paparan lengkap buku program Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-64 dan Hari Malaysia Ke-58 PPKI / 2021
Diharap melalui aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan ini dapat melahirkan murid-murid yang berdaya saing dan kreatif dalam melaksanakan tugasan dan memupuk semangat patriotisme dalam diri murid-murid pendidikan khas.