Monday 16 August 2021

Taklimat Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-64 dan Hari Malaysia Ke-58 2021

Satu taklimat ringkas berkaitan Sambutan Bulan Kebangsaan yang ke-64 dan Hari Malaysia yang ke-58 telah diadakan pada pada waktu malam secara maya bersama ibu bapa murid, guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Taman Putra Perdana seperti di bawah :


Tarikh  

16.8.2021

Hari 

Isnin

Masa 

8:30 malam

Medium

Google Meet

Kehadiran

Ibu bapa (29 orang), Guru (9 orang) dan Pembantu Pengurusan Murid (3 orang)

Taklimat ini bertujuan memberikan pendedahan kepada ibu bapa tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan bermula pada hari Selasa 17.8.2021 sehingga Jumaat 20.8.2021 sempena sambutan tersebut. Di sini dikongsikan jadual aktiviti dan gambar-gambar sepanjang taklimat :

Ucapan Aluan Penolong Kanan Pendidikan Khas, Pn. Norhamizah Binti Hamzah

Penyelaras aktiviti cikgu Norfauziaton membacakan atur cara aktiviti yang akan dijalankan.

Hari Selasa 17.8.2021 (Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-64 Dan Hari Malaysia Ke-58 Peringkat Sekolah) secara Youtube live

Kelas

Masa

Aktiviti

Tahap 1

&

Tahap 2

8.30 pagi

Semua guru dan murid masuk ke dalam link Youtube

9:00 pagi

 

Ucapan aluan pengerusi majlis

Bacaan Doa

Ucapan Yang Dipertua PIBG

Ucapan Guru Besar

Gimik

Nyanyian Lagu Tema ''Malaysia Prihatin''

Hebahan Aktiviti Bulan Kebangsaan & Hari Malaysia

Ucapan penutup daripada pengerusi majlis

10:00 pagi

Bersurai

Hari Rabu 18.8.2021

Kelas

Aktiviti

Guru penyelaras

Hadiah Pemenang

Tahap 1

(Archery, Bowling, Cricket & Petanque)

Pertandingan mewarna poster kemerdekaan

Nurhayati Binti Mohamed Nor

Tempat :

1, 2, 3 (ikut kelas)

 

Tahap 2 (Squash & Soccer)

Pertandingan kuiz kemerdekaan

Srimahathevan a/l Vadivelu

Tempat :

1, 2, 3 (ikut kelas)

Hari Khamis 19.8.2021

Kelas

Aktiviti

Guru penyelaras

Hadiah Pemenang

Tahap 1

(Archery, Bowling, Cricket & Petanque)

&

Tahap 2 (Squash & Soccer)

Bento Merdeka

 

Rafidah Binti Salleh

 

 

 

 

Maizan Binti Abdullah

Tempat :

1, 2, 3 & Saguhati (ikut kelas)

 

 

Tempat :

1, 2, 3 (ikut kelas)

Hari Jumaat 20.8.2021 (Majlis Penutup bagi PPKI) secara Google Meet pukul 10:00 pagi

Kelas

Aktiviti

Guru penyelaras

 Tahap 1 

 & 

Tahap 2

Majlis Penutup :

1. Ucapan Guru Besar / Penolong Kanan Pendidikan Khas

2. Nyanyian bersama 2 buah lagu Kemerdekaan

3. Persembahan murid

4. Pengumuman nama pemenang

5. Fotografi

Pn. Noor Hayati Binti Yusof

Pn. Norhamizah Binti Hamzah

 



Cikgu Nurhayati menerangkan lebih lanjut berkaitan Pertandingan Mewarna Poster Kemerdekaan bagi Tahap 1 melibatkan kelas Archery, Bowling, Cricket dan Petanque



Penerangan daripada cikgu Srimahathevan berkaitan Pertandingan Kuiz Kemerdekaan bagi Tahap 2 melibatkan kelas Squash dan Soccer


Giliran cikgu Rafidah menerangkan berkaitan Pertandingan Bento Merdeka bagi Tahap 1 dan 2 melibatkan semua kelas



Gambar kenang-kenangan taklimat secara online (Google Meet)


Klik sini untuk paparan lengkap buku program Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-64 dan Hari Malaysia Ke-58 PPKI / 2021

Diharap melalui aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan ini dapat melahirkan murid-murid yang berdaya saing dan kreatif dalam melaksanakan tugasan dan memupuk semangat patriotisme dalam diri murid-murid pendidikan khas. 

No comments:

Post a Comment

Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...