Pemantauan persiapan pengoperasian pembukaan sekolah oleh pegawai pemantau dari JPS; Pn. Azni @ Pn. Siti Aishah. Alhamdulillah... semua berjalan lancar. PPKI telah bersedia menerima murid yang akan bersekolah minggu depan. Minggu depan beliau akan datang lagi melihat perjalanan murid-murid pula. Sehingga berjumpa lagi.. Terima kasih banyak puan.
Tuesday, 28 September 2021
Monday, 27 September 2021
Mesyuarat Pengurusan PPKI Bil. 4
Mesyuarat Pengurusan PPKI Bil. 4 merangkap Penataran Pengurusan Pengoperasian Pembukaan Sekolah Murid Berkeperluan Khas (MBK) diadakan hari ini. Turut hadir : Guru Besar, PK HEM dan PK Petang. Sebagaimana diarah murid PPKI akan memulakan persekolahan pada minggu depan. Minggu ini guru2 dan PPM akan berkemas, susun dan siapkan semuanya.. Semoga dipermudahkan segala urusan..
Friday, 20 August 2021
Tahniah Nur Qaisara Arissa : Naib Johan Anugerah e-Nilam Pendidikan Khas Peringkat Negeri Selangor 2021
Anugerah e-Nilam Pendidikan Khas Peringkat Negeri Selangor 2021 telah dilaksanakan pada 16 Ogos 2021 hingga 20 Ogos 2021 secara dalam talian bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK) di Sekolah Pendidikan Khas (SPK) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang mengamalkan tabiat membaca bahan-bahan bacaan di Pusat Sumber sekolah, bahan bacaan melalui internet dan lain-lain sumber yang bersesuaian. Anugerah e-Nilam tersebut tetap dilaksanakan walaupun negara dilanda Pandemik Covid-19 dengan mematuhi Standard Operasi Prosedur (SOP).
Salah seorang MBK daripada Program Pendidikan Inklusif (PPI) iaitu inklusif penuh adik Nur Qaisara Arissa Binti Ahmad Kamal dari kelas 6 Bestari telah menyertai pertandingan tersebut. Pengumuman pemenang telah diumumkan secara Youtube Live semasa Majlis Penutup e-Nilam dan alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada adik Nur Qaisara kerana telah mencapai kejayaan Naib Johan bagi kategori Masalah Pembelajaran Sekolah Rendah (Perempuan) mewakili daerah Sepang. Semoga adik Nur Qaisara terus cemerlang!
Di sini dilampirkan buku program dan gambar-gambar semasa Majlis Perasmian Penutupan & Pengumuman Pemenang melalui Youtube Live sebagai tatapan :
Adalah diharapkan agar Anugerah e-Nilam Pendidikan Khas Peringkat Negeri Selangor 2021 dapat melahirkan Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang cintakan ilmu pengetahuan melalui tabiat membaca dan dapat melahirkan masyarakat yang berdaya saing seterusnya mampu menjadi pemangkin sebuah negara maju.
Sekali lagi tahniah dan syabas buat Nur Qaisara Arissa binti Ahmad Kamal!
Monday, 16 August 2021
Taklimat Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-64 dan Hari Malaysia Ke-58 2021
Satu taklimat ringkas berkaitan Sambutan Bulan Kebangsaan yang ke-64 dan Hari Malaysia yang ke-58 telah diadakan pada pada waktu malam secara maya bersama ibu bapa murid, guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Taman Putra Perdana seperti di bawah :
|
Tarikh |
16.8.2021 |
|
Hari |
Isnin |
|
Masa |
8:30 malam |
|
Medium |
Google Meet |
|
Kehadiran |
Ibu bapa (29 orang), Guru (9 orang) dan Pembantu
Pengurusan Murid (3 orang) |
Taklimat ini bertujuan memberikan pendedahan kepada ibu bapa tentang aktiviti-aktiviti
yang akan dijalankan bermula pada hari Selasa 17.8.2021 sehingga Jumaat
20.8.2021 sempena sambutan tersebut. Di sini dikongsikan jadual
aktiviti dan gambar-gambar sepanjang taklimat :
Ucapan Aluan Penolong Kanan Pendidikan Khas, Pn. Norhamizah Binti Hamzah
Hari Selasa 17.8.2021 (Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-64 Dan Hari Malaysia Ke-58 Peringkat Sekolah) secara Youtube live
|
Kelas |
Masa |
Aktiviti |
|
Tahap 1 & Tahap 2 |
8.30 pagi |
Semua guru
dan murid masuk ke dalam
link Youtube |
|
9:00 pagi
|
Ucapan
aluan pengerusi majlis Bacaan Doa Ucapan
Yang Dipertua PIBG Ucapan
Guru Besar Gimik Nyanyian Lagu Tema ''Malaysia Prihatin'' Hebahan
Aktiviti Bulan Kebangsaan & Hari Malaysia Ucapan
penutup daripada pengerusi majlis |
|
|
10:00 pagi |
Bersurai |
Hari Rabu 18.8.2021
|
Kelas |
Aktiviti |
Guru penyelaras |
Hadiah Pemenang |
|
Tahap 1 (Archery,
Bowling, Cricket & Petanque) |
Pertandingan
mewarna poster kemerdekaan |
Nurhayati
Binti Mohamed Nor |
Tempat : 1, 2, 3
(ikut kelas)
|
|
Tahap 2
(Squash & Soccer) |
Pertandingan
kuiz kemerdekaan |
Srimahathevan
a/l Vadivelu |
Tempat :
1, 2, 3 (ikut kelas) |
Hari Khamis 19.8.2021
|
Kelas |
Aktiviti |
Guru penyelaras |
Hadiah Pemenang |
|
Tahap 1 (Archery,
Bowling, Cricket & Petanque) & Tahap 2
(Squash & Soccer) |
Bento
Merdeka
|
Rafidah
Binti Salleh
Maizan Binti Abdullah |
Tempat : 1, 2, 3
& Saguhati (ikut kelas)
Tempat : 1, 2, 3
(ikut kelas) |
Hari Jumaat 20.8.2021 (Majlis Penutup bagi PPKI) secara
Google Meet pukul 10:00 pagi
|
Kelas |
Aktiviti |
Guru penyelaras |
|
Tahap 1 & Tahap 2 |
Majlis
Penutup : 1. Ucapan Guru Besar / Penolong Kanan Pendidikan Khas 2. Nyanyian bersama 2 buah lagu Kemerdekaan 3.
Persembahan murid 4. Pengumuman nama pemenang 5. Fotografi |
Pn. Noor
Hayati Binti Yusof Pn.
Norhamizah Binti Hamzah
|
Cikgu Nurhayati menerangkan lebih lanjut berkaitan Pertandingan Mewarna
Poster Kemerdekaan bagi Tahap 1 melibatkan kelas Archery, Bowling, Cricket dan
Petanque
Penerangan daripada cikgu Srimahathevan berkaitan Pertandingan Kuiz
Kemerdekaan bagi Tahap 2 melibatkan kelas Squash dan Soccer
Giliran cikgu Rafidah menerangkan berkaitan Pertandingan Bento Merdeka
bagi Tahap 1 dan 2 melibatkan semua kelas
Gambar kenang-kenangan taklimat secara online (Google Meet)
Klik sini untuk paparan lengkap buku program Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-64 dan Hari Malaysia Ke-58 PPKI / 2021
Diharap melalui aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan ini dapat melahirkan murid-murid yang berdaya saing dan kreatif dalam melaksanakan tugasan dan memupuk semangat patriotisme dalam diri murid-murid pendidikan khas.
Saturday, 24 April 2021
Mesyuarat JPPKS dan Inklusif 2021
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, bertarikh 24 April 2021 yang lalu, telah berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Program Pendidikan Khas Sekolah ( JPPKS ) dan Inklusif Sekolah bagi sesi persekolahan 2021. Mesyuarat ini berlangsung secara dalam talian menerusi aplikasi "Google Meet" memandangkan negara masih dalam situasi pandemik Covid - 19. Biarpun begitu, sambutan daripada ibu bapa yang terlibat amat baik. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat walaupun mesyuarat berlangsung pada hari cuti.
Disertakan pautan untuk buku program;
https://online.fliphtml5.com/ikmpb/hkfa/#p=1
Mesyuarat dimulakan seawal 9.00 pagi dengan ucapan pengerusi majlis, Penolong Kanan PPKI, YDP PIBG , Guru Besar SKTPP, serta Pegawai daripada PPD Daerah Sepang. Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan hasil penilaian guru- guru PPKI terhadap 9 orang murid (8 orang murid tahun 1, seorang murid tahun 2). Hasil perbincangan, kesemua murid adalah layak untuk ditempatkan di Program Pendidikan Khas. Namun, seorang murid tahun 1, Syed Muhammad Furqan telah mendapat kelulusan untuk bertukar ke SKTPP2.
Seterusnya, pembentangan oleh Pn Norhamizah binti Hamzah, PK PPKI mengenai program inklusif yang telah dijalankan. Beberapa kekangan yang dihadapi sepanjang pandemik ni turut dibincangkan. Mesyuarat ini telah membuahkan pelbagai cadangan untuk penambahbaikan.
Kerjasama yang baik daripada ibu bapa dan pelbagai agensi sepanjang mesyuarat ini amatlah membanggakan. Moga kerjasama ini berterusan demi kebaikan anak-anak istimewa SKTPP
Thursday, 25 March 2021
Mesyuarat Permuafakatan PPKI Bil. 1/2021
Tarikh : 25 Mac 2021 (Khamis)
Masa : 7.45 Malam
Tempat : Kediaman masing-masing (Google meet)
Objektif :
1. Membincangkan tentang aktiviti yang akan dijalankan pada tahun 2021.
2. Membincangkan isu-isu atau masalah berkaitan murid-murid PPKI.
3. Mewujudkan kerjasama baik antara guru-guru PPKI dan ibu bapa dalam melaksanakan program PPKI.
4. Mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pentadbir, guru-guru PPKI, PIBG dan ibu bapa.
Atur Cara Majlis :
7.45 Malam
- Link mesyuarat diberikan kepada ibubapa, guru dan PPM.
- Pendaftaran ahli mesyuarat.
- ucapan aluan Pengerusi Majlis.
- Bacaan doa
- Ucapan PK Pendidikan Khas
- Ucapan Guru Besar
- Ucapan YDP PIBG
- Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
- Perkara-perkara berbangkit
- Pembentangan penyata kewangan 2020
- Perbincangan kutipan bayaran tambahan 2021
- Pembubaran AJK permuafakatan PPKI 2020
- Pemilihan AJK permuafakatan PPKI 2021
- Taklimat Penolong Kanan Pendidikan Khas, unit Kurikulum, Hal Ehwal Murid & Kokurikulum
- Hal-hal lain
- Bersurai
Gambar sepanjang mesyuarat berlangsung :
Keputusan pemilihan AJK Permuafakatan Ibu Bapa & Guru PPKI 2021 :
Pengerusi : En. Kamarul Badlishah Bin Kamarulzaman
Naib Pengerusi : Pn. Ummi Kalthom Binti Zainudin
Setiausaha : En. Muhammad Dzarfan Bin Kamar Bahrin
Naib Setiausaha : Cik. Maizan Binti Abdullah
Bendahari : Pn. Nurul Iman Bin Ilyas
AJK : 1. Pn. Norhaida Akmal Binti Salleh
2. En. Mohd Faizal Bin Mustafa
3. Pn. Intan Sahida Binti Isa
4. Pn. Carolina Jolonius
Juruaudit : Pn. Norfauziaton Binti Ali Mohamed (Guru)
Pn. Roselin Binti Abdul Rashid
Mesyuarat tamat pada pukul 11.00 malam. Ucapan terima kasih di atas kehadiran ibu bapa yang menggalakkan di dalam mesyuarat kali ini.
Gotong Royong Madani 2024
Bertarikh 11 Mei 2024 (Sabtu), telah berlangsungnya gotong royong madani peringkat SK Taman Putra Perdana. PPKI juga turut membentuk sebua...
-
Bertarikh 11 Mei 2024 (Sabtu), telah berlangsungnya gotong royong madani peringkat SK Taman Putra Perdana. PPKI juga turut membentuk sebua...
-
PROJEK KECERIAAN MEMBINA TAPAK REFLEKSOLOGI Khamis, 18 Julai 2013 - satu projek membina tapak refleksologi telah dilaksanakan oleh guru...
-
Program Minggu Matematik PPKI telah diadakan pada 20 September hingga 1 Oktober 2021 iaitu selama 2 minggu bagi setiap hari Rabu. Program in...






















































