Saturday, 2 November 2019

Majlis Hari Graduasi Tahun 6 PPKI Tahun 2019

2 November 2019 (Sabtu), murid-murid Tahun 6 SKTPP dan tidak terkecuali murid Tahun 6 PPKI diraikan dalam Majlis Hari Graduasi dan Jamuan Perpisahan "Lambaian Kasih, Tautan Rindu" Tahun Enam Kali Ke-10.  

Antara objektif program adalah untuk meraikan murid-murid yang bakal meninggalkan sekolah rendah dan memberikan satu pengalaman dan kenangan terindah buat murid-murid Tahun 6.

Paparan gambar sepanjang majlis berlangsung:


Mohammad Amin Bin Roslan

Nur Amalia Aisyah Bt Hasni

Irfan Bin Ahmad Ridzuan

Adrianna Bt Ria 

Bergambar kenang-kenangan bersama guru kelas 6 Aquatics (Pn. Roslina Bt Jafar)



Bergambar kenang-kenangan bersama barisan pentadbir SKTPP dan guru PPKI

Gambar Kenangan beramai-ramai
Gambar Kenangan bersama keluarga Adrianna

Gambar Kenangan bersama keluarga - Nur Amalia Aisyah Bt Hasni

Gambar Kenangan bersama keluarga - Irfan Bin Ahmad Ridzuan

Gambar Kenangan bersama keluarga - Muhammad Aziman Hazim Bin Azmeey

Gambar Kenangan bersama keluarga - Putri Nurdini Damia

Disediakan oleh;
Roslina Binti Jafar

Thursday, 31 October 2019

Aktiviti Keyakinan Diri Di Air

Tarikh: 31 Oktober 2019
Hari : Khamis
Masa : 7.30 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat : Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya.

Terapi renang merupakan aktiviti  terapi terakhir yang dijalankan  bagi sesi persekolahan tahun 2019. Semua murid mula berkumpul seawal jam 7.30 pagi di Dataran PPKI sebelum bergerak menaiki bas ke Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya.  Seramai 62 orang murid, 12 orang guru dan 4 orang PPM serta beberapa orang ibu bapa terlibat mengikuti program terapi renang ini.

Rombongan murid tiba seawal jam 8.30 pagi di Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya. Setelah bersarapan, semua murid bersedia untuk menjalani terapi dengan penuh semangat. Terapi yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk menyemai sikap berani dan menerapkan keyakinan diri dalam kalangan murid-murid PPKI SKTPP. Aktiviti terapi keyakinan diri di air ini dipimpin oleh jurulatih bertauliah daripada Akademi Aquaputra. Murid-murid telah dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut kumpulan guru bimbingan masing-masing.

Jurulatih renang dari Akademi Aquaputra mula mengumpulkan murid dan membuat aktiviti memanaskan badan sebelum turun dan membuat aktiviti seterusnya di dalam kolam.



Murid-murid membuat aktiviti memanaskan badan


Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut
 guru dan jurulatih kumpulan masing-masing

Murid membuat aktiviti secara berkumpulan

Murid membuat aktiviti keyakinan diri di air di bawah bimbingan jurulatih Akademi Aquaputra

Aktiviti berkumpulan murid-murid bersama guru bimbingan 

Setelah hampir sejam setengah, semua murid bersiap sedia untuk pulang. Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada jurulatih yang terlibat dari Akademi Aquaputra. Semoga segala ilmu pengetahuan dan teknik pembelajaran di air dapat digunakan dengan sebaik mungkin oleh murid-murid PPKI dalam meningkatkan keyakinan diri mereka.

Semua murid dan guru bergambar di luar Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya 
sebelum bertolak pulang ke sekolah.

Friday, 25 October 2019

Agoonoree Pengakap Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2019

Alhamdulillah, 4 siri perkhemahan Agoonoree pengakap telah berjaya diharungi oleh murid-murid istimewa ini sepanjang tahun 2019. Siri terakhir ialah Agoonoree Pengakap Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan yang berlangsung selama 4 hari 3 malam (21- 24 Oktober 2019) bertempat di Kem Ulu Pari, Gadong, Rembau, Negeri Sembilan memberi pengalaman manis yang sangat bermakna.

Istimewanya perkhemahan kali ini ialah, ia menghimpunkan murid-murid bekeperluan khas pelbagai kategori dari seluruh Malaysia. Pelbagai gelagat yang mencuit hati dan pelbagai karenah dapat dilihat sepanjang perkhemahan ini.

Pengalaman tidur di dalam khemah yang basah kerana hujan lebat pasti akan menjadi kenangan manis buat mereka. Semangat mereka yang sangat kental dan tidak mudah putus asa untuk menyiapkan tugasan yang diberikan sepanjang perkhemahan telah melayakkan mereka memperolehi Lencana Emas Agoonoree! Syabas & Tahniah diucapkan kepada:
  1. Munirah Wafiah Bt Zamri
  2. Putri Nurdini Damia Bt Muhammad
  3. Ameera Aqilah Bt Azri Amir
  4. Nurqistina Damia Bt Abdullah
Jom kita tengok coretan Agoonoree Rembau 2019...















Semoga perkhemahan ini memberi pengalaman berharga buat anak-anak istimewa ini untuk belajar mengurus diri dengan baik dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka!
#BuatHabisBaik
Salam Pengakap!
Cikgu Yatt Yusof

Tuesday, 22 October 2019

Aktiviti Kemahiran Sosial Di Tempat Awam : Terapi Membeli-belah Di Tesco Extra Bukit Puchong

Tarikh   : 22 Oktober 2019
Hari       : Selasa
Masa     : 7:30 pagi - 1:00 petang
Tempat : Tesco Extra Bukit Puchong, 1, Jalan BP7, Bandar Bukit Puchong, 47120, Puchong, Selangor.

Aktiviti kemahiran sosial di tempat awam diadakan bertujuan membina dan meningkatkan kemahiran sosial murid dalam kehidupan seharian dan untuk meningkatkan tingkah laku positif kepada murid.

Objektif aktiviti ini adalah :

  1. Memberi peluang kepada murid mencuba untuk berdikari dan belajar untuk membeli-belah di tempat awam dengan tatacara yang betul.
  2. Melatih murid-murid lebih berdisiplin dan mengikut arahan serta peraturan yang ditetapkan.
  3. Membolehkan murid lebih berkeyakinan pada diri sendiri untuk menghadapi dunia luar apabila tamat persekolahan kelak.

Pengisian Aktiviti :

Selasa (22 Oktober 2019)
Masa
Agenda
7:30 pagi



 - Mula berkumpul di perkarangan sekolah
 - Pendaftaran dan mengambil kehadiran murid
 - Sarapan pagi (RMT)
 - Pengagihan murid kepada guru pengiring dan 
   Pembantu Pengurusan Murid (PPM)
8:30 pagi
 - Bertolak ke Tesco Extra Bukit Puchong
9:00 pagi
 - Dijangka tiba di Tesco Extra Bukit Puchong
9:30 pagi
 - Guru penyelaras memberikan taklimat ringkas tentang 
    syarat-syarat dan peraturan-peraturan sepanjang 
    aktiviti.

 - Pengagihan kumpulan aktiviti
10:00 pagi
 - Permainan 'Tressure Hunt'
11:00 pagi
 - Terapi membeli-belah
12:00 tengah hari
 - Makan tengah hari di Tesco
12:40 tengah hari
 - Bertolak ke Tesco Extra Bukit Puchong
1:00 petang
 - Tiba di SK Taman Putra Perdana

Aktiviti Kemahiran Sosial di Tempat Awam : Terapi Membeli-Belah Pendidikan Khas merupakan salah satu aktiviti yang banyak memberikan manfaat kepada semua murid. Selain daripada memberikan kelainan dalam corak pengajaran dan pembelajaran, melalui program sebegini murid dapat membina keyakinan diri sama seperti kanak-kanak normal yang lain. Ribuan terima kasih kepada pihak Tesco Extra Bukit Puchong kerana memberikan kebenaran kepada pihak kami menjalankan aktiviti ini.

Antara gambar-gambar sepanjang aktiviti berjalan :


Pendaftaran dan mengambil kehadiran murid.

Sarapan pagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah

Tiba di Tesco Extra Bukit Puchong

    

Permainan 'Treasure Hunt' mengikut kumpulan yang ditetapkan.

                                                                                     
Terapi Membeli-Belah

                             
                         
Makan tengah hari di 'Burger King' Tesco Extra Bukit Puchong.



                    Bergambar kenang-kenangan dengan pihak Tesco Extra Bukit Puchong.

Gotong Royong Madani 2024

  Bertarikh 11 Mei 2024 (Sabtu), telah berlangsungnya gotong royong madani peringkat SK Taman Putra Perdana. PPKI juga turut membentuk sebua...