Saturday, 12 October 2019

Jelajah Ilmu PPKI SK Taman Putra Perdana ke Johor Bahru & Singapura



Tarikh aktiviti  : 9 - 11 Oktober 2019
Hari                  : Rabu hingga Jumaat
Tempoh Masa : 3 Hari

Matlamat         : Meningkatkan kemahiran                                   sosial murid dengan                                             berhadapan bersama
                            masyarakat dan dunia luar.

Objektif           : 
1. Memperoleh pengalaman baru ketika murid berhadapan dengan komuniti dan masyarakat luar.
                           
2. Murid mendapat pendedahan ilmu baru dari segi pembelajaran di luar bilik darjah.
                           
3. Memupuk semangat perpaduan melalui penglibatan semua murid pelbagai kaum, bahasa dan agama.
                           
4. Mengamal sikap berdikari dengan menyertai lawatan bersama rakan-rakan dan guru.

Kekuatan program :   
1. Sokongan pentadbir untuk kelulusan penggunaan kewangan
2. Kerjasama AJK Pelaksana.
3. Sokongan kewangan dari ibu bapa / penjaga.
4. Sumbangan kewangan dari pihak PIBG.

Kelemahan program :  
1. Tidak dapat melibatkan semua murid kerana tiada kebenaran ibu bapa dan disebabkan kekangan kewangan ibu bapa. 

Keberhasilan aktiviti :  
1. Murid yang menyertai program lebih berpengetahuan tentang pelbagai tempat menarik di Johor Bahru & Singapura.
2. Murid lebih yakin untuk bercerita tentang sekitar tempat-tempat yang dilawat di Johor Bahru & Singapura.
3. Murid memupuk semangat bermasyarakat apabila berhadapan dengan dunia luar.



Tarikh
Masa / Program

9 Okt 2019
6.00 pagi

Berkumpul di Sekolah / Sarapan
6.30 pagi

Bergerak ke Johor Bahru
11.00 pagi

Melawat SK Taman Tun Aminah
1.00 petang

Makan tengah hari / Solat
2.00 petang

Aktiviti Kemahiran Menggunakan Wang

7.00 petang

Daftar masuk hotel
8.00 malam

Aktiviti Pengurusan Diri
&
Makan
10 Okt
2019
6.00 pagi

Urus diri / Solat
7.00 pagi

Sarapan pagi
8.00 pagi

Bergerak ke Singapura
10.00 pagi – 6.00 petang

Aktiviti Kemahiran Manipulatif di USS

Makan
 tengah hari / solat

7.00 petang

Aktiviti Pengurusan Diri
&
Makan
11 Okt
2019
6.00 pagi

Urus diri / Solat
7.00 pagi

Sarapan pagi
8.00 pagi

Daftar keluar
bilik penginapan
9.00 pagi – 12.00 tengah hari

Aktiviti Kemahiran Bersosial di Tempat Awam

1.00 petang

Makan tengah hari / solat

2.00 petang

Bertolak pulang ke sekolah













Gambar-gambar sekitar program dijalankan: 





















































Thursday, 3 October 2019

Kem Bestari Solat Siri 2

Tarikh : 3 Oktober 2019
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat: Kelas PPKI

Solat Penjana Keutuhan Akhlak...

Kem Bestari Solat merupakan salah satu aktiviti dalam program j-QAF (Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain) yang dijalankan untuk murid-murid beragama islam tahun 1 hingga tahun 6. Kem ini adalah salah  satu aktiviti kokurikulum dan mesti dijalankan 2 kali setahun.

Sehubungan dengan itu, Panitia Agama Islam sentiasa mengajak warga PPKI SKTPP agar dapat memberi komitmen sepenuhnya sebagai satu tanda kita menyayangi anak-anak didik kita. Pendedahan dan penerapan melalui teori dan amali adalah saluran paling sesuai mengajak anak-anak murid melaksanakan solat dengan sempurna dalam kehidupan seharian.

Objektif Kem Bestari Solat:

1. Mengetahui perkara wajib dan sunat dalam wuduk.

2. Dapat berwuduk dengan tertib dan sempurna.

3. Murid mengetahui pergerakan dalam solat secara tertib.

4. Murid dapat mengetahui syarat dan wajib sah solat.

Gambar-gambar sekitar Kem Bestari Solat berlangsung:










Thursday, 26 September 2019

Terapi Mandi Herba Dan Pengurusan Diri

Tarikh: 26 September 2019
Hari : Khamis
Masa: 8.00 pagi - 11.30 tengah hari
Tempat: Kelas PPKI SK Taman Putra Perdana

Terapi mandi herba ini diharapkan dapat membuka minda murid berkeperluan khas dalam mempertingkatkan kemahiran murid dalam pengurusan diri, bagi pelbagai aspek terutamanya di luar lingkungan sekolah khasnya dan keluarga amnya. Ia juga diharapkan dapat membentuk tingkah laku positif dan meningkatkan keupayaan berfikir secara rasional murid-murid. Ini ada perkaitan dalam matapelajaran pengurusan diri di bawah tajuk Adab dan Tatasusila. Aktiviti pengurusan diri ini dapat memberi galakan kepada murid-murid supaya berkeupayaan melakukan aktiviti-aktiviti pengurusan diri dan dapat mengurangkan kebergantungan kepada orang lain dalam mengurus diri.

Objektif utama program ini:

 1. Membentuk tingkahlaku positif murid berkeperluan khas.

2. Mempertingkatkan keyakinan diri murid.

3. Memberikan peluang kepada semua murid melakukan aktiviti pengurusan diri dengan baik.

4. Menyediakan peluang ke arah pengurusan diri dan mengurangkan kebergantungan kepada individu lain.

Di bawah ini disertakan gambar-gambar sepanjang aktiviti dijalankan:














Thursday, 29 August 2019

Terapi Lokomotor, Bukan Lokomotor dan Kemahiran Sosial Di Tempat Awam Di Homestay Dorani, Kuala Selangor

Pada 29 Ogos 2019, PPKI SKTPP telah menjalankan lawatan ilmiah di beberapa tempat yang menarik di sekitar daerah Kuala Selangor bagi aktiviti terapi lokomotor dan bukan lokomotor serta kemahiran sosial di tempat awam. Aktiviti ini turut disertai oleh para waris dan ibu bapa. Antara tempat yang dilawati ialah Kilang Nata de Coco, Kilang Memproses Minyak Kelapa Dara (Moh Food Enterprise) dan Homestay Dorani yang terletak di Sungai Besar, Kuala Selangor.

Di Kilang Nata de Coco, kami disambut mesra oleh staf kilang dan dibawa untuk menyaksikan proses nata de coco dihasilkan melalui proses penapaian air kelapa. Kami juga diberi peluang untuk merasa nata de coco mentah yang belum diproses untuk dipasarkan. 





Kemudian kami melawat pula kilang memproses minyak kelapa dara. Di sana kami ditunjukkan cara-cara memproses kelapa iaitu dari proses memarut, menyangai dan dimasukkan ke dalam mesin khas untuk menghasilkan minyak kelapa dara. Kami juga diberi peluang untuk merasa minyak yang baru sahaja dihasilkan. Kami dimaklumkan bahawa terdapat pelbagai khasiat dengan menggunakan minyak kelapa dara untuk kegunaan luaran dan dalaman.

Selepas itu, kami melawat pula kilang memproses pelbagai jenis kerepek. Terdapat pelbagai jenis kerepek tradisional yang dijual dan kami sekali lagi bertuah kerana diberi peluang untuk merasa kerepek yang dihasilkan. Kami sempat memilih dan membeli kerepek yang dijual. Kami juga makan tengah hari di situ.





Selesai sahaja makan tengah hari dan sesi fotografi, kami bertolak ke Homestay Haji Dorani. Di sana kami melakukan pelbagai aktiviti yang menarik seperti mencanting batik, bermain layang-layang, makan nasi ambeng dan juga menangkap ikan keli di sawah. Murid-murid, guru dan ibu bapa sangat teruja dengan aktiviti di perkampungan sawah yang belum pernah dilakukan sebelum ini.






Setelah penat berseronok kami pun bersiap sedia untuk pulang ke sekolah. Kami sangat seronok dan berharap aktiviti dan terapi yang dijalankan dapat memberi manfaat kepada murid-murid dan memberi pengalaman baharu kepada semua. 

Gotong Royong Madani 2024

  Bertarikh 11 Mei 2024 (Sabtu), telah berlangsungnya gotong royong madani peringkat SK Taman Putra Perdana. PPKI juga turut membentuk sebua...