Friday, 1 April 2016

Program Sambutan Sempena ' World Autisme Awareness Day' Daerah Sepang 2016.

Jumaat, 1 April 2016 - Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Taman Putra Perdana telah menyertai program sambutan 'World Autisme Awareness Day' di bawah anjuran Unit Pendidikan Khas dan Pemulihan, Pejabat Pendidikan Daerah Sepang yang bertempat di Dewan Orang Ramai Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi. Program ini telah bermula pada pukul 7.30 pagi sehingga pukul 12.30 tengah hari.

Program ini bertemakan 'April Adalah Hari Kesedaran Autisme'. Objektif program ini diadakan adalah :

1.  Memberikan pendedahan dan advokasi kepada masyarakat.
2. Memperkasakan ibu bapa kanak-kanak autisme dengan ilmu mendidik anak-anak mereka.
3. Memberi peluang kepada kanak-kanak autisme untuk mempertingkatkan penguasaan kemahiran bahasa, mengira serta memupuk keyakinan diri.
4. Memupuk kemahiran belajar dengan melibatkan persekitaran luar bilik darjah atau alam sekitar.
5. Menjalinkan kerjasama pintar PDK dengan institusi pendidikan, pihak NGO, aktivis OKU dan PBT.

Tentatif program

7.30pg -8.30pg    - Pendaftaran dan makan pagi
9.00pg -10.30pg  - Semua acara dimulakan serentak. Taklimat dijalankan di setiap stesen.
                               Stesen 1 - Puzzle
                               Stesen 2 - Pentas Bakat
                               Stesen 3 - Sodoku / Teka Silang kata
                               Stesen 4 - Sukaneka
10.30pg -11.15pg - Upacara Perasmian & Gimik Autisme
11.15pg -12.00tgh- Penyampaian hadiah & Saguhati
12.30tgh               - Bersurai

Antara gambar dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program sambutan :


Risalah autisme

Acara dimulai dengan aktiviti senamrobik di bawah pimpinan Cikgu Noor Hayati Bt Yusof.

Kelihatan murid begitu bersemangat dan seronok sekali melakukan aktiviti permainan puzzle ini.

Aktiviti pentas bakat yang disertai oleh Rhoma Irawan dan Eanailfarrio.

Irfan sedang menyiapkan aktiviti teka silang kata.

Aktiviti sukaneka permainan kerusi beracun telah dimenangi tempat keempat oleh adik Qing Lok dan tempat kedua oleh adik Aiman Faiz.

Majlis perasmian dan bergambar kenang-kenangan.

Tuesday, 29 March 2016

Aktiviti Lapangan : Memanah

Selasa, 29 Mac - Unit Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Taman Putra Perdana telah menganjurkan aktiviti lapangan memanah bertempat di Padang SK Taman Putra Perdana. Aktiviti memanah ini telah dikelolakan oleh 'Al-Musadiddun Achery' yang terdiri daripada Encik Azharul Amani b. Abdul Aziz, En. Zulhilmi b. Jumari, En. Tashkeel Soleh dan Encik Amran b. A.Hamid yang melibatkan seramai 36 orang murid, 10 orang guru dan 2 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM). Aktiviti memanah ini merupakan salah satu aktiviti pembelajaran di luar bilik darjah yang mampu merangsang dan meningkatkan tahap penumpuan serta menyerlahkan keupayaan dan kebolehan murid. Aktiviti memanah ini juga secara tidak langsung dapat menambahkan pengetahuan serta memberi  pengalaman baru yang menyeronokkan kepada murid-murid PPKI. Murid-murid berpeluang merasai sendiri pengalaman untuk mengenali, memegang peralatan memanah serta memanah dengan cara yang betul.

Semasa aktiviti ini dijalankan, murid-murid telah dibahagikan kepada tiga kumpulan kecil. Ini adalah untuk memudahkan pengurusan murid serta setiap kumpulan berpeluang untuk mengumpul seberapa banyak mata bagi memastikan kumpulan masing-masing memenangi hadiah yang telah disediakan. Murid-murid kelihatan begitu tekun dan bersungguh-sungguh bagi mengumpul mata atau markah untuk kumpulan masing-masing. Pihak tenaga pengajar 'Al-Musadiddun Archery' juga turut menyediakan hadiah bagi kumpulan yang dapat memanah dengan tepat dari jarak yang dekat. Tempat pertama dimenangi oleh kumpulan 1 yang diketuai oleh adik Muhammad Hafiz, tempat kedua dimenangi oleh kumpulan 3 yang diketuai oleh adik Muhammad Aqif dan tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan 2 yang diketuai oleh adik Muhammad Iskandar Zulkarnain. Tahniah diucapkan kepada ketiga-tiga kumpulan yang menunjukkan semangat kerjasama berpasukan yang sangat baik.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga khususnya diucapkan kepada tenaga pengajar dari 'Al-Musadiddun Achery', guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) yang turut serta dalam melaksanakan aktiviti lapangan memanah ini dengan jayanya.

Lampiran gambar sepanjang aktiviti memanah berlangsung

Semua murid berkumpul di dewan sekolah
Semua murid dan guru mendengar taklimat yang disampaikan oleh Encik Amran
Semua murid berkumpul di padang sekolah
Murid- murid diajar cara memegang busur dengan betul
Encik Amani menunjukkan cara memanah dengan betul
Pertandingan memanah dari jarak dekat 
Pemenang tempat pertama (Kumpulan 1)
Pemenang tempat kedua (Kumpulan 3)
Pemenang tempat ketiga (Kumpulan 2)

Wednesday, 3 February 2016

Kejohanan Merentas Desa 2016 (PPKI)

Kejohanan Merentas Desa 2016 telah diadakan pada 03 Februari 2016 setelah menjalani sesi latihan untuk kejohanan ini pada hari Selasa 02 Februari 2016 semalamnya. Kejohanan ini bermula pada jam 2.00 petang hingga 4.00 petang. Ia merupakan acara tahunan berdasarkan kalendar tahunan aktiviti sukan sekolah. Aktiviti ini disertai oleh semua murid Tahap 2 yang terdiri daripada murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 serta turut melibatkan 10 orang murid PPKI. Murid yang terlibat ialah;

1.       Syameel Mukhriz B. Muhammad Rusli
2.       Muhammad Afiq Bin Affandy
3.       Munirah Wafiah Bt. Zamri
4.       Muhammad Hafiz B. Suhaimi
5.       Nik Muhammad Aqif B. Nik Zakaria
6.       Theeren Kumar  Nair A/L Ravi Kumar
7.       Nur Aliya Marissa Bt Shamsul Anuar
8.       Muhammad Alif Hakimi B. Mazlan
9.       Muhammad Aiman B. Norisyan
10.   Nur Athirah Safiya Binti Aidilhad

KEDUDUKAN
              Johan :  Muhammad Aiman B. Norisyan
     Naib Johan :  Syameel Mukhriz B. Muhammad Rusli
            Ketiga : Muhammad Alif Hakimi B. Mazlan


Lampiran aktiviti:

Acara memanaskan badan



Acara permulaan / pelepasan


Sepanjang acara



Penyampaian hadiah

Wednesday, 27 January 2016

Kursus Asas Terapi Multisensori Pendidikan Khas (PPKI) 2016

Sabtu, 23 Jan - Unit Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Taman Putra Perdana telah berjaya menganjurkan Kursus Asas Terapi Multisensori Pendidikan Khas dengan anjuran bersama Pejabat Pendidikan Daerah Sepang. Program terapi multisensori ini dijalankan oleh juruterapi cara kerja yang dijemput khas iaitu Pn. Nazahiyah binti Abdullah daripada Pusat Kiwanis. Para peserta yang menghadiri kursus terdiri daripada kalangan guru-guru pendidikan khas Daerah Sepang, pembantu murid dan ibubapa murid PPKI SK Taman Putra Perdana yang merangkumi seramai 58 orang.

Objektif program terapi seperti ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada ibubapa dan guru tentang asas terapi yang diperlukan oleh Murid Bekeperluan Khas (MBK) contohnya:

a) Meningkatkan tumpuan terhadap tugasan
b) Meningkatkan kesedaran kendiri
c) Memperbaiki interaksi sosial dan komunikasi
d) Meningkatkan manipulasi dan eksplorasi terhadap rangsangan
e) Meningkatkan moraliti
f) Meningkatkan daya mengadaptasi dalam pelbagai persekitaran

Aturcara Aktiviti:

  8.00                 pagi      -  Pendaftaran dan sarapan pagi
  8.30                 pagi      -  Ucapan Guru Besar
  8.45                 pagi      -  Ucapan Penolong Kanan PPKI
  9.00                 pagi      -  Ceramah Teori Kursus daripada penceramah
                                                (Pn. Nazahiyah binti Abdullah)
10.30                pagi      -  Sesi amali dan praktikal
12.45 tengah hari     -  Sesi soal jawab
1.00    tengah hari     -  Jamuan makan dan bersurai


















Program tamat pada pukul 1.45 petang.

Saturday, 9 January 2016

Perjumpaan Ibu Bapa Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) 2016

SABTU 9/1/2016 - Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) telah mengadakan satu perjumpaan bersama ibu bapa murid-murid PPKI untuk membincangkan isu-isu dan masalah berkaitan murid-murid PPKI serta  merancang  aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2016. Perjumpaan ini juga bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim dan kerjasama antara pentadbir, guru-guru PPKI, PIBG dan ibu bapa dalam melaksanakan program PPKI. Program ini turut dihadiri Puan Rohaidah Mohd Ali iaitu Guru Besar SKTPP, YM Tg Norsyawaluddin B. Tg Mamat selaku NYDP PIBG SKTPP. Turut hadir bersama ialah Puan Zalifah Bt Reduan selaku Pegawai Unit Pendidikan Khas dan Pemulihan Khas PPD Sepang yang telah memberi penerangan berkaitan Pendidikan Khas dan maklumat-maklumat terkini kepada guru-guru dan juga ibu bapa.


Berikut adalah aktiviti sepanjang program ini:-

Ibu bapa dibawa melawat ke kelas PPKI selepas selesai sesi pendaftaran dan sarapan pagi dan seterusnya bergerak ke bilik mesyuarat untuk sesi mesyuarat dan perbincangan lanjut.











Cenderahati buat Pn. Zalifah. Thank you.

Gotong Royong Madani 2024

  Bertarikh 11 Mei 2024 (Sabtu), telah berlangsungnya gotong royong madani peringkat SK Taman Putra Perdana. PPKI juga turut membentuk sebua...