Friday 1 April 2016

Program Sambutan Sempena ' World Autisme Awareness Day' Daerah Sepang 2016.

Jumaat, 1 April 2016 - Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Taman Putra Perdana telah menyertai program sambutan 'World Autisme Awareness Day' di bawah anjuran Unit Pendidikan Khas dan Pemulihan, Pejabat Pendidikan Daerah Sepang yang bertempat di Dewan Orang Ramai Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi. Program ini telah bermula pada pukul 7.30 pagi sehingga pukul 12.30 tengah hari.

Program ini bertemakan 'April Adalah Hari Kesedaran Autisme'. Objektif program ini diadakan adalah :

1.  Memberikan pendedahan dan advokasi kepada masyarakat.
2. Memperkasakan ibu bapa kanak-kanak autisme dengan ilmu mendidik anak-anak mereka.
3. Memberi peluang kepada kanak-kanak autisme untuk mempertingkatkan penguasaan kemahiran bahasa, mengira serta memupuk keyakinan diri.
4. Memupuk kemahiran belajar dengan melibatkan persekitaran luar bilik darjah atau alam sekitar.
5. Menjalinkan kerjasama pintar PDK dengan institusi pendidikan, pihak NGO, aktivis OKU dan PBT.

Tentatif program

7.30pg -8.30pg    - Pendaftaran dan makan pagi
9.00pg -10.30pg  - Semua acara dimulakan serentak. Taklimat dijalankan di setiap stesen.
                               Stesen 1 - Puzzle
                               Stesen 2 - Pentas Bakat
                               Stesen 3 - Sodoku / Teka Silang kata
                               Stesen 4 - Sukaneka
10.30pg -11.15pg - Upacara Perasmian & Gimik Autisme
11.15pg -12.00tgh- Penyampaian hadiah & Saguhati
12.30tgh               - Bersurai

Antara gambar dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program sambutan :


Risalah autisme

Acara dimulai dengan aktiviti senamrobik di bawah pimpinan Cikgu Noor Hayati Bt Yusof.

Kelihatan murid begitu bersemangat dan seronok sekali melakukan aktiviti permainan puzzle ini.

Aktiviti pentas bakat yang disertai oleh Rhoma Irawan dan Eanailfarrio.

Irfan sedang menyiapkan aktiviti teka silang kata.

Aktiviti sukaneka permainan kerusi beracun telah dimenangi tempat keempat oleh adik Qing Lok dan tempat kedua oleh adik Aiman Faiz.

Majlis perasmian dan bergambar kenang-kenangan.

No comments:

Post a Comment

Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...