Tuesday, 10 January 2023

Aktiviti Psikomotor Boling di Bangi Gateway

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada 2 November 2022 yang lalu bersamaan hari Rabu, murid-murid PPKI SKTPP telah berpeluang untuk mengikuti Terapi Boling di Ampang Superbowl, Bangi Gateway. Seramai 80 orang peserta termasuk murid, guru, ppm dan ibu bapa mengikuti aktiviti hari ini.



Dua buah bas telah digunakan sebagai pengangkutan utama untuk membawa murid, guru, ppm dan ibu bapa yang turut serta dalam aktiviti kali ini. Alhamdulillah kedua-dua buah bas selesa, cantik dan selamat untuk murid-murid PPKI kami.

BAS A
 




BAS B




Murid telah dibahagikan kepada 6 kumpulan bersama dengan guru dan ppm sebagai pembimbing bagi setiap kumpulan. 


Perkara pertama yang dilakukan sebelum bermain ialah murid perlu menukar kasut sekolah kepada kasut boling yang telah disediakan oleh Ampang Superbowl.


Sebelum terapi psikomotor ini dimulakan, Cikgu Dzarfan telah membimbing murid melakukan aktiviti memanaskan badan. 


Murid-murid dapat mencapai objektif dengan kesemua murid turut serta bermain boling. Ada diantara murid ppki yang baru pertama kali bermain boling tetapi semangat ingin mencuba membuatkan mereka tidak berputus asa walaupun bola masuk ke dalam longkang. Gelagat-gelagat murid kami ini sangat mencuit hati.





Cikgu Yatt telah menunjukkan kepada murid-murid cara balingan bola boling yang betul supaya dapat ditujukan kepada pin di bahagian hujung lane.






Setelah tamat permainan, murid dibawa ke Gateway Food Junction untuk makan tengahari. Jamuan ini telah diuruskan oleh Cikgu Fauziaton. Makanan tengahari ini ialah nasi ayam, air sirap dan sebekas jeli. Semua murid, guru dan ppm turut serta menjamu selera. Makanan tersebut sedap dan mengenyangkan kami. 







Sebuah video kenang-kenangan yang sempat dicipta oleh pemilik tempat makan kami menjamu selera.


Setelah menjamu selera, semua murid berkumpul untuk menaiki bas dan pulang ke sekolah. Kami tiba di sekolah pada pukul 2.15 petang. Walaupun, letih tetapi semua murid berasa seronok dan puas. Insya allah aktiviti psikomotor ini akan diteruskan dan dijadikan aktivti tahunan PPKI SKTPP. Sekalung penghargaan buat semua guru, ppm dan ibu bapa yang bekerjasama menjayakan aktiviti ini demi kemenjadian murid-murid PPKI kita. Tahniah untuk Ustaz Zairuddin selaku Penyelaras aktiviti ini. Semoga aktiviti ini dapat menjadi memori indah dalam ingatan murid-murid PPKI terutama murid berumur 12 tahun yang akan meninggalkan SKTPP ini pada Tahun 2023. 

PPKI SKTPP terbaik dan semoga terus maju di masa hadapan.

Sekian, terima kasih. 





No comments:

Post a Comment

Gotong Royong Madani 2024

  Bertarikh 11 Mei 2024 (Sabtu), telah berlangsungnya gotong royong madani peringkat SK Taman Putra Perdana. PPKI juga turut membentuk sebua...