Friday 23 October 2020

Saya Sentuh dan Saya Belajar!

Yeaayyyy.. hari ini kita belajar subjek Kemahiran Manipulatif (KM) pula! Ehhh..apa itu Kemahiran Manipulatif ye?? Baca info ni dulu ya..

Apa itu Kemahiran Manipulatif?

  • Kemahiran manipulatif ialah kemahiran motor yang melibatkan objek.
  • Menggalakkan kanak-kanak untuk menggerakkan dan mengendalikan objek mengikut kelajuan dan kawalan badan yang sesuai.
  • Kemahiran manipulatif amat penting dalam aktiviti fizikal yang memerlukan kanak-kanak menggunakan tangan dan koordinasi badan untuk melaksanakan aktiviti atau tugasan

 Kemahiran Motor Kasar

  • Melibatkan pergerakan otot besar,membantu kanak-kanak membina koordinasi dan kawalan otot besar yang baik pada bahagian lengan,kaki dan keseluruhan badan.
  • Contoh aktiviti :menangkap dan menendang bola, melompat di atas trampoline dan merangkak ke dalam gelung.

Kemahiran Motor Halus

  • Melibatkan kemahiran yang menggunakan otot kecil di jari.
  • Membolehkan seseorang melakukan aktiviti berfungsi seperti menulis, menggenggam objek kecil, menggunting dan membutang baju.
  • Aktiviti melibatkan motor halus juga membantu dalam meningkatkan daya tumpuan kanak-kanak sewakti aktiviti dijalankan.
  • Contoh aktiviti : meramas doh, menguli tepung dan memasukkan manik ke dalam benang.
Dah faham kannnn.. Ok jom kita tengok video murid-murid PPKI buat aktiviti Kemahiran Manipulatif tajuk Pengamatan (mengenalpasti permukaan / bahan dengan deria sentuh) yang diajar oleh Cikgu Norfauziaton dan Ustazah Norhamizah. 








Seronok kan tengok macam-macam gelagat anak-anak istimewa ini belajar! Terima kasih ibu bapa yang sangat kreatif dan sentiasa berusaha buat yang terbaik untuk anak-anak istimewa ini. Jasa baik ibu bapa amat dihargai!

#STOPCOVID-19
#DUDUKRUMAH
#KITABELUMMENANG
#KITAJAGAKITA

No comments:

Post a Comment

Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...