Wednesday, 19 September 2018

Terapi Sosial : Wayang dan Boling

Bertarikh 19 September 2018 ( Rabu ), telah berlangsungnya terapi sosial wayang dan boling di D'Pulze Cyberjaya. Terapi sosial bertujuan untuk memberi meningkatkan keyakinan diri serta kemahiran bersosial dalam alam sebenar kepada murid pendidikan khas






Seawal 9pagi, rombongan telah bersiap sedia untuk bertolak ke D'Pulze.Terapi dimulai dengan aktiviti bermain boling di Pusat boling U-Bowl. sebelum bermain, murid melakukan senaman memanaskan badan diketuai oleh Muhammad Hafiz bin Suhaimi.


Murid kemudiannya dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut lorong. setiap murid berpeluang untuk memenangi hadiah kategori jatuhan pin terbanyak dan kategori kumpulan yang mengumpul mata terbanyak.








Murid kelihatan sangat gembira di samping bersosial di kalangan mereka.


Seterusnya, sekitar jam 11.15pagi, murid meneruskan terapi dengan aktiviti menonton wayang. Pada kali ini, filem yang dipilih ialah filem lakonan Rowan Atkinson, iaitu, Johnny English Strikes Again. Murid kelihatan sangat teruja dan begitu menghayati filem yang ditayangkan sabil menikmati popcorn dan minuman.





Seusai tayangan, rombongan bertolak balik ke sekolah dan tiba di sekolah sekitar jam 2ptg.
Alhamdulillah, objektif program untuk meningkatkan kemahiran bersosial di kalangan murid khas tercapai.





No comments:

Post a Comment

Gotong Royong Madani 2024

  Bertarikh 11 Mei 2024 (Sabtu), telah berlangsungnya gotong royong madani peringkat SK Taman Putra Perdana. PPKI juga turut membentuk sebua...