Wednesday 27 September 2017

Hari Pendidikan Khas 2017

27 Sept, Rabu - Bagi julung kali Unit Pendidikan Khas SK Taman Putra Perdana mengadakan Hari Pendidikan Khas pada hari ini. Sambutan Hari Pendidikan Khas ini bertemakan "Sehari Bersama Seabad Terasa". Ia bagi menggalakkan penglibatan semua pihak di sekolah iaitu para guru dan murid-murid di aliran perdana supaya mengenali lebih dekat ilmu berkaitan pendidikan khas. Di samping itu, YDP PIBG Tuan Haji Khairul Azhar B. Mohammad Suffian turut sertai program ini bersama pentadbir sekolah.





                                    Ucapan Perasmi oleh YDP PIBG                       Ucapan Guru Besar





Penerangan program oleh GPK PPKI



Penglibatan murid-murid aliran perdana


Program yang dijalankan mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua pihak. Pada tahun hadapan aktiviti ini diharap dapat dijalankan lagi dengan lebih baik.



No comments:

Post a Comment

Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...