Monday 18 July 2016

Taklimat PASR Bersama Ibu Bapa

Isnin, 18 Julai 2016 (9.00 pagi-10.00 pagi) - Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) telah mengadakan satu taklimat berkaitan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) kepada  pentadbir dan ibubapa murid-murid yang terlibat. Taklimat yang diadakan ini adalah bertujuan untuk memaklumkan serta memberi sedikit pendedahan dan maklumat kepada ibu bapa murid yang terlibat berkenaan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) yang sedang berlangsung pada 4 Julai 2016 - 2 September 2016 bagi ProKhas 1 dan 5 September 2016 - 7 Oktober 2016 bagi ProKhas 2. Melalui taklimat yang disampaikan ini juga, ibubapa diberi pendedahan bagaimana sesuatu pentaksiran itu dijalankan ke atas murid yang terlibat serta sistem pemarkahan yang dibuat dalam Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) ini. Calon yang layak menduduki PASR seramai 4 orang murid  iaitu Muhammad Alif Hakimi Bin Mazlan, Thereen Kumar A/L Kumar Ravi, Nurvindhran A/L Muralitharan dan Nur Athirah Safiya Binti AidilHad. Manakala guru yang terlibat sebagai pentaksir adalah En. Srimahathevan A/L Vadivelu (Pentaksir Kemahiran Hidup), Pn. Rafidah Binti Salleh (Setiusaha PASR dan Pentaksir Bahasa Melayu) serta Pn. Nurul Iman Binti Illyas (Pentaksir Matematik). 

Taklimat yang dipengerusikan oleh Puan Norhamizah Binti Hamzah yang juga merupakan Penolong Kanan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) ini telah dihadiri oleh Puan Rohaidah Binti Mohd Ali (Guru Besar SK Taman Putra Perdana), Puan Azizah Binti Mokhlas (Penolong Kanan 1 SK Taman Putra Perdana), Puan Rosmah Binti Jamat (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Taman Putra Perdana). Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada ibubapa yang hadir iaitu En. Aidilhad Bin Md. Natar, En. Ahmad Hafizuddin Bin Mohamed, En. Ravi Kumar, Puan Suguna Muralitharan dan Puan Mazita Binti Mamat.

Semoga kerjasama yang erat di antara pentadbir, guru dan ibubapa dapat memberikan impak yang positif ke atas kejayaan murid-murid kita dengan lebih cemerlang lagi pada masa hadapan.
Sekian, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat di dalam taklimat PASR ini.










Ibubapa juga dibawa untuk melawat tapak semaian bagi projek tanaman bayam yang sedang diusahakan

No comments:

Post a Comment

Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...