Wednesday 5 August 2015

Lawatan Sambil Belajar ke Melaka

Rabu, 5 Ogos - PPKI SK Taman Putra Perdana telah menganjurkan program lawatan sambil belajar ke Melaka pada hari ini. Aktiviti lawatan yang pertama kali diadakan jauh daripada Negeri Selangor ini adalah program yang julung-julung kali dianjurkan oleh Unit Pendidikan Khas SKTPP. Program lawatan ini disertai oleh seramai 44 orang termasuk guru, murid, pembantu pengurusan murid dan ibu bapa.

Atur cara program lawatan:

   8.00 pagi - Menaiki bas dan bergerak ke Melaka.
 10.00 pagi - Tiba di Zoo Melaka.
                     Murid-murid menaiki tram untuk melihat haiwan di zoo.
                     Menonton persembahan burung kakak tua.
12.00 t/hari - Bergerak makan di Mini Malaysia.
   1.30  ptg  - Melawat taman burung Melaka.
                     Semua guru dan murid-murid dapat bergambar serta berpeluang memberi makan kepada burung (burung nuri dan burung kakak tua)
   3.00  ptg  - Sampai di taman lebah.
                     Semua murid dapat melihat dan merasa madu asli dari sarang lebah.
   4.00  ptg  - Bergerak ke Bandar Hilir.
   4.30  ptg  - Menaiki bot (Cruise) untuk mengelilingi sekitar Bandar Bersejarah Melaka.
                     Sepanjang sungai terdapat banyak bangunan yang dicat berkonsep Sejarah Malaysia.
   5.30  ptg  - Sampai di Menara Taming Sari.
                     Menaiki Taming Sari dan melihat sekitar Bandar Melaka dari puncak yang tinggi.
   6.30  ptg  -Hentian terakhir di Kompleks Bandar Hilir untuk membeli-belah.
   7.00  ptg  - Bergerak balik ke sekolah.
   9.30 mlm  - Selamat sampai di sekolah dan murid-murid pulang dengan hati yang gembira.

Nostalgia sepanjang aktiviti lawatan:

Ketua rombongan; Pn Yati memberi taklimat sebelum bergerak ke Melaka
Tiba di kaunter tiket Zoo Melaka
Bergambar sebelum masuk ke Zoo
Di stesen tram
Tram untuk mengelilingi zoo
Antara haiwan di zoo

Aktiviti memberi makanan kepada gajah
Berhenti makan di Mini Malaysia
Guru cuba berjinak-jinak dengan burung kakak tua



Sebelum menaiki cruise bersama ibu bapa dan guru
Semasa di bot cruise
Bangunan sekeliling sungai
Dalam Menara Taming Sari

Murid dapat meneropong objek yang jauh dari puncak Menara Taming Sari

1 comment:

  1. PAKEJ PENGINAPAN DAN LAWATAN PALING MURAH KE MELAKA BAGI PELAJAR/STUDENT SEKOLAH/KOLEJ/UNIVERSITI 2016 – 2017

    Kami menyediakan pakej lawatan pelajar ke Melaka dengan pakej lawatan yang sangat menarik.

    Pakej untuk penginapan bagi seorang pelajar;

    Hari Biasa (Ahad – Khamis);
    - Sekolah Rendah : RM25.00
    - Sekolah Menengah: RM25.00
    - Institut Pengajian Tinggi (IPT): RM35.00

    Hujung Minggu (Jumaat & Sabtu), Cuti Umum & Cuti Sekolah;
    - Sekolah Rendah: RM35.00
    - Sekolah Menengah: RM35.00
    - Institut Pengajian Tinggi : RM45.00

    Pakej Sarapan (packing) juga disediakan pada kadar RM 5.00 bagi setiap pelajar.

    Harga boleh dirunding.

    Penginapan asrama dan apartment akan disediakan INDAH Kembara Apartment & Hostel, Klebang Melaka akan kami sediakan.

    Sila lawati http://www.indahkembara.com/

    Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi kami:

    INDAH Kembara Apartment & Hostel Melaka;
    (diuruskan oleh World Heritage Management)
    No. 46, Jalan LJ 1, Taman Limbongan Jaya,
    75250 Limbongan, Melaka

    HOTLINE:
    Ms Hana 013-2987378

    anda juga bole menghantar mesej melalui SMS , WhatsApp

    Email:
    sales@worldheritage.com.my
    melakatour@gmail.com

    Laman web kami:
    http://www.indahkembara.com
    http://www.homestaymelaka.com.my
    http://homestaymelaka.worldheritage.com.my
    http://www.worldheritage.com.my
    http://www.hotelmelaka.com.my

    ReplyDelete

Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...