Thursday, 4 August 2022

Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas MSSD Sepang 2022

Alhamdulillah, setelah 2 tahun Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas MSSD Sepang sepi dek kerana pandemik Covid-19, tahun ni kejohanan ini kembali diadakan dengan meriah. Kejohanan ini telah diadakan pada:

Tarikh: 1 Ogos 2022 - 4 Ogos 2022

Tempat: Stadium MPS, Bandar Baru Salak Tinggi

Berikut ialah pencapaian murid PPKI SKTPP;

PENCAPAIAN:

1. Johan Lontar Peluru Perempuan

  • Nur Alesya Ammara Hana Binti Mohd Redzuan

2. Naib Johan Lontar Peluru Lelaki

  • Kamarul Rayyan Fikry Bin Kamarul Badlishah

3. Tempat Ketiga Lompat Jauh Lelaki

  • ·       Mohammad Fareez Bin Mohammad Faiz

4. Tempat Ketiga 4x100 Meter Perempuan

  • ·       Nur Alesya Ammara Hana Binti Mohd Redzuan
  • ·       Norhana Julia Bt Abdullah
  • ·       Nur Auni Qaseh Binti Mohd Asri
  • ·       Nur Alya Nisaa Binti Ahmad Shahril Ridhwan

Pungutan Pingat: 1 Emas, 1 Perak, 2 Gangsa

Kedudukan Keseluruhan: No. 3

· Nur Alesya Ammara Hana Binti Mohd Redzuan terpilih mewakili daerah Sepang ke Kejohanan Olahraga PPKI peringkat negeri Selangor (9 - 11 Ogos 2022) dalam acara lontar peluru dan 4x100 meter.

Peserta-peserta PPKI SKTPP:

  1. Kamarul Rayyan Fikry Bin Kamarul Badlishah
  2. Ammar Yusuf Hamdan Bin Abdul Muizz
  3. Muhammad Umair Zahin Bin Ismail
  4. Izzul Hadi Bin Mohd Hafizuddin
  5. Muhammad Najmuddin Bin Mohd Nizam
  6. Mohammad Fareez Bin Mohammad Faiz
  7. Nur Alesya Ammara Hana Binti Mohd Redzuan
  8. Norhana Julia Bt Abdullah
  9. Nur Auni Qaseh Binti Mohd Asri
  10. Nur Alya Nisaa Binti Ahmad Shahril Ridhwan
Pengurus pasukan: Cikgu Noor Hayati Binti Yusof
Guru Pengiring: Cikgu Nurul Iman Binti Illyas

Jommm kita tengok gambar-gambar di sepanjang kejohanan olahraga ini diadakan.

Pakai nombor peserta sebelum mula acara

Team PPKI SKTPP bersedia memberikan saingan

Tunggu giliran acara

Gooo.. Auni Qaseh!


selfie sebelum acara bermula

Tempat ke-3 acara 4x100 meter perempuan

Tempat ke-3 lompat jauh

Tempat ke-3 acara 4x100 meter perempuan



Johan lontar peluru


Terima kasih GB dan PK Kokurikulum sudi menyantuni anak-anak PPKI

Gaya lontaran Najmuddin

Gaya lontaran Kamarul Rayyan

Menang atau kalah kita tetap makan McD!







Syabas dan tahniah buat anak-anak PPKI SKTPP yang menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan tidak cepat mengalah dalam acara yang disertai. Semoga pengalaman yang dikutip dalam kejohanan tahun ini dapat dijadikan panduan dalam memburu kejuaraan pada tahun depan.

Disediakan oleh:
Cikgu Yatt

Friday, 1 July 2022

Program Kem Bestari Solat PPKI 2022

Solat merupakan Rukun Islam yang kedua. Sehubungan dengan itu, Panitia Pendidikan Islam SK Taman Putra Perdana telah mengadakan Program Kem Bestari Solat bertujuan memberi pendedahan seterusnya diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Antara objektif Program Kem Bestari Solat adalah:

1.    Murid dapat mengetahui dalil dan hukum menunaikan solat fardhu.

2.    Murid dapat mengetahui nama-nama solat fardhu berserta bilangan rakaatnya.

3.    Murid dapat berwuduk dengan sempurna.

4.    Memberi pendedahan kepada murid tentang perlakuan solat yang betul berdasarkan rukun dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Program Kem Bestari Solat telah dilaksanakan pada:

Hari

Jumaat

Tarikh

01 Julai 2022

Masa

08:30 pagi – 11:20 pagi

Lokasi

Dewan Putra Perdana dan Kelas Squash

Berikut adalah foto-foto sepanjang program dilaksanakan:

Murid Pendidikan Khas mendengar ceramah bersama murid aliran perdana 

Amali wuduk lelaki 

Amali wuduk perempuan 

Fasilitator membetulkan kedudukan tangan peserta sewaktu membaca Surah Al-Fatihah 

Fasilitator membetulkan perlakuan 'Rukuk' peserta 


Fasilitator membetulkan perlakuan sujud peserta 

Fasilitator membetulkan perlakuan duduk di antara dua sujud peserta 

Perlakuan duduk tahiyat akhir peserta sambil diperhatikan oleh fasilitator 


Memberi salam 

Bacaan doa 

Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. dan bersurai 

Diharapkan Program Kem Bestari Solat ini dapat memberi manfaat seterusnya mencapai objektif yang telah dinyatakan.

Disediakan oleh:

Zairuddin bin Mohamad Kelsom 

Sunday, 24 April 2022

Mesyuarat Pemuafakatan Ibubapa dan Guru Program Pendidikan Khas (PPKI) SK Taman Putra Perdana

Mesyuarat Pemuafakatan Ibubapa dan Guru Program Pendidikan Khas (PPKI) SK Taman Putra Perdana sesi 2022/2023 telah diadakan pada 


Ahli jawatankuasa Pemuafakatan sesi 2022/2023

Pengerusi : Encik Kamarul Badlisyah bin Kamarulzaman
Naib Pengerusi : Puan Carolina Jolonius 
Setiausaha : Puan Fauziaton binti Ali Mohamed 
Bendahari : Encik Muhammad Afiq bin Azli


Buku Program
https://anyflip.com/tomzj/vnzl/


Ahli jawatankuasa:
  1. Puan Intan Sahida binti Isa
  2. Puan Rahimah binti Ismail
  3. Encik Firdaus bin Azizan
  4. Puan Syazwani binti Abd Khalid
  5. Puan Siti Faezah binti Ahmad  
  6. Juru Audit : Puan Che Nurul Zaida binti Che Mat

Gambar sepanjang mesyuarat diadakan
 









Thursday, 31 March 2022

Majlis Send Off Ustazah Maizan

Selesai majlis perpisahan Ustazah Maizan binti Abdullah di sekolah, pihak pentadbir SKTPP bersama YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar bin Mohammad Suffian ke SKTPP2 menjayakan gimik send-off Ustazah Maizan merangkap Kunjung Hormat GB Zanudin Sanuan sambil mengeratkan ikatan silaturrahim antara kedua-dua sekolah. 

Semoga Ustazah Maizan sentiasa gembira & terus cemerlang..
#kenangkamidalamdoamu











Gotong Royong Madani 2024

  Bertarikh 11 Mei 2024 (Sabtu), telah berlangsungnya gotong royong madani peringkat SK Taman Putra Perdana. PPKI juga turut membentuk sebua...