Wednesday, 29 March 2017

Lawatan Sambil Belajar ke SK Presint 9(2) Putrajaya

29 Mac, Rabu - Bagi menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman yang lebih luas, sekolah mengadakan lawatan sambil belajar ke Program Pendidikan Khas Integrasi SK Presint 9 (2) Putrajaya. Di sekolah ini pelbagai kemudahan dan fasiliti disediakan bagi kegunaan murid-murid berkeperluan khas yang sangat bermanfaat kepada mereka.
Para guru dan murid-murid PPKI SK Taman Putra Perdana mendapat satu input yang baru dalam menyediakan konsep dan suasana pembelajaran yang kondusif.

Selepas tamat lawatan, murid-murid di bawa ke tasik Putrajaya untuk menaiki kapal "Cruise Putrajaya". Dengan kapal ini kami dibawa mengelilingi dan menikmati keindahan di sekitar Putrajaya.













Aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar. Murid-murid sangat teruja dan begitu gembira sepanjang program lawatan ini.





Sunday, 12 March 2017

Majlis Tadarrus Al Quran Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Daerah Sepang


11 Mac 2017 bersamaan 13 Jamadil Akhir 1438 Hijrah - Majlis Tadarus Al Quran  telah diadakan di SK Kota Warisan

Objektif :
ü  Mencungkil bakat murid-murid Berkeperluan Khas dalam aktiviti hafazan, tilawah, bercerita kisah nabi, azan, nasyid dan khat jawi.
ü  Memberi peluang kepada murid-murid Berkeperluan Khas untuk menampilkan kecemerlangan potensi individu di peringkat tertinggi aktiviti kokurikulum.
ü  Meningkatkan hubungan silaturahim antara warga Pendidikan Khas.
ü  Menerapkan budaya kesenian Islam dalam diri murid-murid Berkeperluan Khas.
Tentaif Majlis:
               7.30 pagi :            Pendaftaran Hakim, guru pengiring, dan peserta
               8.30 pagi :            Pertandingan dimulakan
               12.30 tengah hari : Majis Perasmian Penutup
      ü  Ketibaan tetamu jemputan
          ü  Ketibaan Perasmi
          ü  Nyanyian Lagu Negaraku
          ü  Ucapan Pengerusi Majlis
          ü  Bacaan Doa
          ü  Ucapan Aluan Pengerusi Jawantankuasa Pelaksana
          ü  Ucapan Perasmian Penutup
                                            (Tuan Haji Khairi B Bidin – Pegawai Pendidikan Daerah. PPD Sepang)
          ü  Ulasan dan pengumuman pemenang oleh Jemaah Hakim
          ü  Penyampaian Sijil dan Hadiah
          ü  Asmaul Husna
          ü  Bersurai

Berikut adalah gambar peserta yang mengambil bahagian:

Peserta Khat Adik Irfan dan Aliya Marissa



Peserta Hafazan lelaki Adik Mohammad Aziman Hazim

Peserta Hafazan Perempuan Adik Adriana Bt Ria

Peserta Azan Adik Mohammad Amir


Adik Irfan Menyandang Naib Johan Tulisan Khat MTQSSD

Peserta Bergambar bersama Guru Besar Puan Rohaidah Mohd Ali

Guru Besar Menerima Sijil Penyertaan MTQSSD

Friday, 10 March 2017

Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas MSSD Sepang 2017

Pada 7 hingga 10 Mac 2017 telah berlangsung Kejohanan Sukan Balapan & Padang Pendidikan Khas MSSD Sepang 2017 di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya.

Alhamdulillah atlit-atlit Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SKTPP telah berjaya merangkul;
3 Emas
1 Perak
2 Gangsa

Antara acara yang telah dimenangi adalah seperti di bawah;

Pingat Emas
1. Lompat Jauh Lelaki (Rendah)
  • Muhammad Hafiz Bin Suhaimi

2. 200 Meter lelaki (Rendah)
  • Muhammad Hafiz Bin Suhaimi

3. 4 X 100 Meter lelaki (Rendah)
  • Muhammad Hafiz Bin Suhaimi
  • Muhammad Aiman Bin Norisyan
  • Nik Muhammad Aqif Bin Nik Zakaria
  • Muhammad Amirul Hakim Bin Azmi
Pingat Perak
1. 100 Meter lelaki (Rendah)
  • Muhammad Hafiz Bin Suhaimi
Pingat Gangsa
1. Lompat Jauh perempuan (Rendah)
  • Nur Aliya Marissa Bt Shamsul Anuar
2. Lontar Peluru lelaki (Rendah)
  • Muhammad Aiman Bin Norisyan
Atlit-atlit PPKI yang bersemangat waja ini telah dibimbing oleh Puan Noor Hayati Bt Yusof, Puan Nurhayati Bt Mohamed Nor, Encik Srimahathevan A/L Vadivelu dan Encik Dzarfan Bin Kamar Bahrin.

Tahniah dan syabas diucapkan!






Wednesday, 15 February 2017

Sukaneka dan Kejohanan Sukan Kali ke-14, 2017

Jumaat, 3 Mac 2017 Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SKTPP telah menjalani Sukaneka bersempena Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke-14.  Terdapat 5 station bagi aktiviti sukaneka iaitu;
1. Junjung pundi kacang
2. Berjalan atas titi
3. Lompat dalam tayar
4. Merangkak bawah halangan
5. Cari gula-gula dalam tepung

Murid PPKI dibahagikan kepada 3 kumpulan

Gambar semasa aktiviti berlansung.



Gambar semasa sukaneka


Penyampaian hadiah sukaneka 


Sabtu, 4 Mac 2017, SK Taman Putra Perdana telah mengadakan kejohanan Sukan Kali ke 14 bertempat di padang sekolah.  Murid PPKI juga terlibat secara tidak lansung.

Antaranya acara perbarisan dengan bertemakan Superhero.  Semua murid PPKI menggayakan pakaian superhero masing-masing.  Terdapat pelbagai pakaian superhero yang digayakan oleh murid PPKI. Kelihatan ibu bapa PPKI lebih teruja bagi memastikan anak masing-masing mempunyai pakaian superhero pada hari tersebut .


Perbarisan diketua oleh Muhammad Hafiz yang memegang bendera, diikuti oleh Aliya Marissa yang memegang papan sepanduk dan Aiman Faiz sebagai maskot PPKI dengan menggayakan pakaian superhero Ninja Turtle.


Selain itu, murid PPKI juga terlibat dengan acara lari 50m kategori lelaki dan perempuan dan acara lari kategori Autisme & Sindrom down
Acara lari kategori Autisme dan Down Sindrom

Penyampaian Hadiah oleh Puan Rohaidah

Penyampaian Hadiah oleh Puan Guru Besar bagi acara lari 50m lelaki 






Jutaan terima kasih diatas pelbagai sumbangan dan kerjasama yang sangat awesome daripada ibu bapa PPKI bagi menjayakan kejohanan sukan tahunan pada tahun ini.

Gambar semasa aktiviti berlansung.




Saturday, 7 January 2017

Perjumpaan Ibu Bapa Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) 2017

Perjumpaan Ibu Bapa Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) 2017 telah diadakan pada 7 Januari 2017 (Sabtu) di Bilik Mesyuarat SKTPP.  

Objektif program antaranya;

1. Membincangkan tentang aktiviti yang akan dijalankan pada tahun 2017.
2. Membincangkan isu-isu atau masalah berkaitan murid-murid PPKI.
3. Mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pentadbir, guru-guru PPKI,Pembantu             Pengurusan Murid (PPM), PIBG dan ibu bapa.
4. Mewujudkan kerjasama antara guru-guru PPKI dan ibu bapa dalam melaksanakan               program PPKI.


Aturcara Program

8.30 pagi            - Pendaftaran ibu bapa dan sarapan pagi
9.00 pagi            - Ucapan aluan Pengerusi Majlis
                         - Bacaan doa
                         - Ucapan GPK PPKI
                         - Ucapan YDP PIBG
                         - Ucapan Guru Besar SKTPP
                         - Tayangan video aktiviti PPKI sepanjang 2016
                         - Pengesahan minit mesyuarat lalu
                         - Pembentangan penyata kewangan 2016
                         - Pemilihan AJK Pemuafakatan Ibu Bapa PPKI 2017
                         - Sesi suai kenal guru-guru dan PPM PPKI
                         - Laporan dari unit Kurikulum, HEM dan Kokurikulum

                         - Hal-hal lain
12 tgh hari         -  Bersurai



Buku Program



Pendaftaran


Jamuan sarapan pagi

Gambar semasa mesyuarat berlansung










Kehadiran Ibu Bapa pada tahun ini kurang memberangsangkan.  Diharap pada perjumpaan ibu bapa akan datang akan ada peningkatan jumlah kehadiran ibu bapa. Kerjasama ibu bapa amat penting bagi memastikan kecemerlangan pendidikan anak-anak.  Pada perjumpaan inilah ibu bapa, guru dan pembantu pengurusan murid (PPM) dapat bersama-sama berbincang tentang keperluan, aktiviti dan masalah anak-anak istimewa. 

Berita di Majalah Naturalist

Berita program Pendidikan Alam Semulajadi anjuran Universiti Putra Malaysia tahun lepas (klik di sini) telah mendapat liputan Majalah Naturalist baru-baru ini. Terima kasih buat pihak UPM dan majalah tersebut. Berita tersebut diharap dapat memberi lebih pendedahan kepada masyarakat luar akan program seumpama itu di PPKI. Semoga program pendidikan alam semulajadi tahun ini dapat memberi lebih manfaat kepada anak-anak murid istimewa kami...



Tuesday, 29 November 2016

Majlis Jamuan Akhir Tahun & Sambutan Hari Lahir

Isnin, 21 Nov - Majlis Jamuan Akhir Tahun dan Sambutan Hari Lahir murid PPKI telah dijalankan dengan jayanya bertempat di Restoran D'Empangan Udang Galah, Presint 5 Putrajaya. Program seumpama ini diadakan bertujuan mengeratkan hubungan yang sedia terjalin di antara ibu bapa, guru, PPM dan juga pentadbir sekolah. Di samping itu, majlis ini turut dapat memberi penghargaan dan meraikan murid-murid PPKI selain meningkatkan interaksi sosial dan komunikasi murid.

Antara agenda semasa jamuan adalah:

  • Ucapan PK Pendidikan Khas, YDP PIBG dan Guru Besar
  • Sambutan dan penyampaian hadiah hari lahir kepada murid yang lahir dari bulan Julai hingga Disember
  • Majlis Lambaian Kasih murid Tahun 6
  • Cabutan bertuah 
Gambar-gambar sewaktu sambutan hari jadi dan jamuan :
Ucapan PK Pendidikan Khas, YDP PIBG dan Guru Besar

Sambutan hari lahir 







Penghargaan kepada murid Tahun 6

Barisan PPKI SKTPP

Majlis tamat pada pukul 3.00 petang. Setinggi-tinggi penghargaan kepada para ibu bapa dan pihak yang tampil memberi sumbangan bagi menjayakan majlis ini.


Gotong Royong Madani 2024

  Bertarikh 11 Mei 2024 (Sabtu), telah berlangsungnya gotong royong madani peringkat SK Taman Putra Perdana. PPKI juga turut membentuk sebua...