Tahniah kepada para pemenang. Semoga objektif program untuk merapatkan silaturrahim antara guru dan ibu bapa akan tercapai. Terima kasih semua...
Saturday, 14 May 2016
Santai Boling Hari Guru SKTPP 2016
Sempena Hari Guru tahun ini, pihak PIBG dengan kerjasama KKGK & PPKI SKTPP telah menganjurkan program Santai Bowling di DPulze, Cyberjaya. Terima masih kepada ibu bapa, guru-guru dan tetamu jemputan yang telah mengorbankan masa memeriahkan program ini. Terima kasih banyak buat Exco PIBG 1Selangor yang turut serta dalam program ini iaitu Pn. Ana; YDP PIBG SK Methodist Klang, Pn. Jun; YDP PIBG SK Taman Sri Andalas Klang dan En. Fadzli; YDP PIBG SK Padang Jawa Klang.
Tahniah kepada para pemenang. Semoga objektif program untuk merapatkan silaturrahim antara guru dan ibu bapa akan tercapai. Terima kasih semua...
Tahniah kepada para pemenang. Semoga objektif program untuk merapatkan silaturrahim antara guru dan ibu bapa akan tercapai. Terima kasih semua...
Thursday, 28 April 2016
Terapi Floortime (Bouncing Castle) & Sambutan Majlis Hari Jadi
Khamis, 28 April - Sempena menyambut majlis hari jadi murid-murid PPKI yang lahir dari bulan Januari hingga Jun, Unit Pendidikan Khas SKTPP telah mengadakan aktiviti Terapi Floortime (Bouncing Castle). Peralatan untuk aktiviti Bouncing Castle atau lebih dikenali Istana Belon ini telah ditaja penuh oleh syarikat luar "Moms Diamond Ent." dari Shah Alam. Program yang julung kali dijalankan ini turut dihadiri oleh ibu bapa dan penjaga telah menambahkan lagi kemeriahan dalam suasana menyambut hari jadi murid.
Objektif program ini adalah bagi:
a) Meningkatkan kemahiran lokomotor murid.
b) Memperbaiki kemahiran bersosial dan komunikasi sesama murid dan masyarakat.
c) Membina suasana belajar sambil bermain.
Objektif program ini adalah bagi:
a) Meningkatkan kemahiran lokomotor murid.
b) Memperbaiki kemahiran bersosial dan komunikasi sesama murid dan masyarakat.
c) Membina suasana belajar sambil bermain.
| Bouncing Castle sedia untuk murid-murid |
| Penghargaan kepada penyumbang peralatan Bouncing Castle |
| Antara ibu bapa yang hadir |
| Senaman regangan sebelum bermula aktiviti |
| Senaman dipimpin oleh adik Hafiz |
| Aktiviti pembahagian kumpulan |
| Wajah-wajah ceria murid sepanjang majlis |
| Antara kek yang disumbang oleh ibu bapa |
| Penyampaian hadiah cabutan bertuah |
| Aktiviti sukaneka |
| Penyampaian hadiah hari jadi |
Saturday, 9 April 2016
Karnival Dakwah Sekolah Sekolah Daerah Sepang (KPM) Acara PPKI
Sabtu, 9 April 2016 - Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Taman Putra Perdana telah menyertai Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah Daerah Sepang (KPM) acara PPKI di bawah anjuran Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Sepang yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rawang. Program ini bermula pada pukul 7.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari.
Program ini bertemakan 'Perpaduan Transformasi Negara'
Antara acara yang dipertandingkan ialah:
1. Hafazan lelaki dan perempuan
2. Tilawah lelaki dan perempuan
3. Bercerita
4. Tulisan Khat
5. Azan Subuh
6. Nasyid
SK Taman Putra Perdana telah menyertai pertandingan Tulisan Khat, Azan Subuh dan Nasyid. Alhamdulillah SK Taman Putra Perdana mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Nasyid dan Azan Subuh dan tempat kelima dalam pertandingan khat.
Berikut antara gambar-gambar kejayaan murid PPKI SK Taman Putra Perdana dalam Karnival Dakwah tersebut:
![]() |
| Bergambar bersama Puan Pegawai PPD Unit Pendidikan khas dan Pemulihan Khas; Pn Zalifah bt Reduan |

![]() |
| Amir mengalunkan azan subuh |
Subscribe to:
Posts (Atom)
Gotong Royong Madani 2024
Bertarikh 11 Mei 2024 (Sabtu), telah berlangsungnya gotong royong madani peringkat SK Taman Putra Perdana. PPKI juga turut membentuk sebua...
-
Bertarikh 11 Mei 2024 (Sabtu), telah berlangsungnya gotong royong madani peringkat SK Taman Putra Perdana. PPKI juga turut membentuk sebua...
-
Program Minggu Matematik PPKI telah diadakan pada 20 September hingga 1 Oktober 2021 iaitu selama 2 minggu bagi setiap hari Rabu. Program in...
-
Pengajaran & Pembelajaran dari Rumah (PdPR) Penularan Covid-19 telah mengubah pelbagai perkara dalam kehidupan kita termasuk sesi pembe...



































