Program ini telah dijalankan dengan jayanya bertempat di Kompleks Sukan Air, Presint 5, Putrajaya. Seramai 21 orang murid berserta 7 orang guru dan Pembantu Pengurusan Murid turut serta dalam aktiviti ini. Program bermula pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 12.30 tengah hari. Tiada kecederaan atau kemalangan semasa aktiviti ini dijalankan.
Di antara aktiviti yang dijalankan sepanjang aktiviti terapi ini adalah seperti berikut:
Senaman ringan dilakukan sebelum aktiviti terapi dijalankan bagi meregangkan otot dan mengelakkan kecederaan.
Aktiviti diketuai oleh Cikgu Norhayati dan murid segala arahan yang diberikan oleh beliau.
Aktiviti ini amat berguna untuk meningkatkan keupayaan motor kasar individu
Aktiviti ini dapat meningkatkan keupayaan murid berkenaan motor kasar seperti memegang benda, menulis dan lain-lain
Aktiviti sukaneka dijalankan bagi menanam semangat bersaing di antara murid-murid di samping meningkatkan keupayaan motor kasar dan motor halus
Membuat binaan menggunakan pasir mengikut kumpulan yang telah diberikan.
Pihak PPKI SKTPP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak iaitu PPD Sepang, pentadbir sekolah, ibubapa / penjaga, guru-guru dan pembantu pengurusan murid serta semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung bagi memastikan aktiviti ini dapat dijalankan dengan lancar.
Tuesday, 12 August 2014
Tuesday, 22 July 2014
Pertandingan Mewarna Sempena Hari Raya Aidilfitri
22 Julai, Selasa - Pada hari ini, murid-murid PPKI menyertai pertandingan mewarna sempena menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi. Aktiviti ini disertai oleh semua murid PPKI dan diselia oleh guru-guru serta pembantu penguruan murid. Seramai 5 orang murid dipilih untuk kategori mewarna terbaik dan disampaikan hadiah kepada pemenang-pemenangnya.
Suasana sewaktu aktiviti mewarna...
Penyampaian hadiah kepada pemenang...
Monday, 7 July 2014
Friday, 4 July 2014
Majlis Perpisahan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) PPKI
Pada hari Jumaat 4 Julai 2014,
sekolah telah membuat majlis perpisahan ringkas di tapak perhimpunan selepas
sesi bacaan yassin. Majlis meraikan 2 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM)
PPKI dan seorang PPM Prasekolah yang telah berpindah. 2 orang PPM PPKI tersebut ialah Pn. Khatijah
Bt Kuchi Mohamud dan Pn. Saidatul Akma Bt Shapiai yang telah bertukar ke
sekolah lain mulai hari ini. Pn.
Khatijah Bt Kuchi Mohamud bertukar ke SK Presint 18, Putrajaya, manakala Pn.
Saidatul Akma Bt Shapiai bertukar ke SK Desa Jasmin, Nilai, Negeri Sembilan.
Sumbangan dari KKGK kepada Pn. Khatijah Bt Kuchi
Mohamud.
Sumbangan dari KKGK kepada Pn. Saidatul Akma Bt Shapiai
PPKI juga telah membuat majlis perpisahan ringkas
di kelas PPKI pada hari tersebut. Majlis
dimulakan dengan ucapan penyelaras iaitu Pn Roslina Bt Jafar. Diikuti oleh ucapan dari PPM yang berpindah
iaitu Pn. Khatijah Bt Kuchi Mohamud dan Pn. Saidatul Akma Bt Shapiai.
Majlis berakhir dengan sesi bergambar
beramai-ramai dan sesi bersalam-salaman.
Thursday, 3 July 2014
Elaun Murid Khas Fasa 1
Pihak JPNS telah memaklumkan bahawa Elaun Murid Khas Fasa 1 telah dimasukkan ke dalam akaun murid sebanyak RM900. Pihak ibubapa diminta untuk menghantar buku akaun tersebut kepada pihak sekolah untuk dikemaskini dan disemak mengikut SOP (Standard Of Procedur) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kemasukan baki elaun tahun semasa iaitu sebanyak RM900 akan terganggu.
Sebarang masalah atau pertanyaan boleh menghubungi Cikgu Hazim Bin Harun.
Sekian dimaklumkan.
Wednesday, 25 June 2014
Aktiviti Lawatan Sambil Belajar Murid PPKI
RABU, 25 Jun - Murid-murid PPKI telah mengikuti satu lawatan sambil belajar anjuran Unit Pendidikan Khas SK Taman Putra Perdana. Seramai 21 orang murid dan 13 orang guru berserta PPM telah ikut bersama dalam lawatan ini. Antara tempat-tempat yang telah dilawati pada hari tersebut ialah Kilang Biskut Berly's Serdang, Akuaria dan Petrosains di KLCC.
Antara aksi dan gelagat murid bersama guru pada hari tersebut...
Semua murid dan guru tiba di sekolah pada pukul 5.00 petang dengan selamat. Diharap aktiviti sebegini dapat dijalankan lagi pada masa yang akan datang.
Antara aksi dan gelagat murid bersama guru pada hari tersebut...
![]() |
| Wajah-wajah ceria selepas bertolak dari sekolah |
![]() |
| "Kami Benci Dadah" |
![]() |
| Logo Kilang Biskut "Berly's" |
![]() |
| Murid mengendali mesin jengkaut mini |
![]() |
| Di pintu masuk "Petrosains" |
![]() |
| Guru dan murid di dalam "Petrosains" |
![]() |
| Semasa menaiki "tren" di Petrosains |
![]() |
| Aquaria KLCC |
![]() |
| Aksi bebas murid |
![]() |
| Antara hidupan di Aquaria |
![]() |
| Penyu paling besar di Aquaria |
Wednesday, 18 June 2014
Lawatan Sambil belajar
Makluman untuk semua ibu bapa / penjaga,
Satu program Lawatan Sambil Belajar akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 25 Jun 2014
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Sekitar Kuala Lumpur (Kilang Cookie's, Aquaria dan Petrosains KLCC)
Adalah diharapkan semua ibu bapa / penjaga memberi kebenaran kepada murid dan terlibat dalam aktiviti yang akan dijalankan ini. Bayaran tambahan sebanyak RM15.00 akan dikenakan bagi setiap murid yang ingin mengikuti aktiviti lawatan dan dijelaskan selewat-lewatnya 23 Jun 2014 (Isnin).
Sebarang pertanyaan berkaitan lawatan ini boleh berhubung dengan
Pn. Noor Hayati Bt Yusof (Guru PPKI).
Satu program Lawatan Sambil Belajar akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 25 Jun 2014
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Sekitar Kuala Lumpur (Kilang Cookie's, Aquaria dan Petrosains KLCC)
Adalah diharapkan semua ibu bapa / penjaga memberi kebenaran kepada murid dan terlibat dalam aktiviti yang akan dijalankan ini. Bayaran tambahan sebanyak RM15.00 akan dikenakan bagi setiap murid yang ingin mengikuti aktiviti lawatan dan dijelaskan selewat-lewatnya 23 Jun 2014 (Isnin).
Sebarang pertanyaan berkaitan lawatan ini boleh berhubung dengan
Pn. Noor Hayati Bt Yusof (Guru PPKI).
Subscribe to:
Posts (Atom)
Gotong Royong Madani 2024
Bertarikh 11 Mei 2024 (Sabtu), telah berlangsungnya gotong royong madani peringkat SK Taman Putra Perdana. PPKI juga turut membentuk sebua...
-
Bertarikh 11 Mei 2024 (Sabtu), telah berlangsungnya gotong royong madani peringkat SK Taman Putra Perdana. PPKI juga turut membentuk sebua...
-
Program Minggu Matematik PPKI telah diadakan pada 20 September hingga 1 Oktober 2021 iaitu selama 2 minggu bagi setiap hari Rabu. Program in...
-
Pengajaran & Pembelajaran dari Rumah (PdPR) Penularan Covid-19 telah mengubah pelbagai perkara dalam kehidupan kita termasuk sesi pembe...


























