Wednesday 20 August 2014

Terapi Berkuda

Program ini telah dijalankan dengan jayanya bertempat di padang Sekolah Kebangsaan Putra Perdana. Seramai 22 orang murid beserta 8 orang guru dan 3 orang Pembantu Pengurusan Murid  turut serta dalam aktiviti ini. Program bermula pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 11.00 pagi. Sepanjang aktiviti murid telah dikendalikan sepenuhnya oleh  fasilitator. Tiada kecederaan atau kemalangan semasa aktiviti ini dijalankan.

 Aktiviti sebelum menunggang kuda

Senaman ringan untuk memanaskan badan

Sesi bergambar sebelum aktiviti menunggang kuda  

Murid sedang menunggu giliran.

 Aktiviti semasa.













Selepas aktiviti berkuda
Kegembiraan terpancar di wajah murid-murid selepas selesai aktiviti menunggang kuda

Pihak PPKI SKTPP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak iaitu fasilitator-fasilitator berkuda, pentadbir sekolah, ibubapa / penjaga, guru-guru dan pembantu pengurusan murid serta semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung bagi memastikan aktiviti ini dapat dijalankan dengan lancar

 Disediakan oleh Siti Masra

No comments:

Post a Comment

Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...