Thursday 23 May 2013

LATIHAN PERMAINAN SOFBOL

Khamis, 23 MEI - Murid-murid PPKI hari ini telah berpeluang mendapat asas latihan permainan softol sewaktu aktiviti Pendidikan Jasmani. Aktiviti yang berjalan selama sejam itu bermula jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi memuatkan latihan asas yang dikendalikan oleh En Hazim dan dibantu oleh En Srimahathevan. Seramai 20 orang murid terlibat dalam latihan asas ini dan turut dibimbing oleh pembantu murid.

Antara aktiviti yang dilaksanakan:

a) Aktiviti regangan dan pemanasan badan.
b) Pengenalan alatan sofbol dan peraturan permainan.
c) Demo latihan asas mengikut teknik yang sesuai kepada murid.
d) Latihan "Pitching" dan memukul bola.

Latihan pemanasan menggunakan alatan sofbol

Aktiviti belajar cara membaling dan menangkap bola


Praktis "Pitching" mengikut pasangan

Panduan demo latihan daripada En Hazim

Murid mempraktikkan tunjuk ajar guru

Murid menunggu giliran untuk melakukan pukulan.













AKTIVITI MUZIK MINGGU KE 20

Khamis 23 Mei 2013 - Pada minggu ini aktiviti muzik yang dijalankan ialah menari bebas mengikut irama. Pada hari ini kehadiran murid seramai 22/32. Objektif pengajaran muzik pada hari ini ialah :

  • Membolehkan murid bergerak secara bebas mengikut muzik lagu "HIPPO"
  • Membolehkan murid menyanyi mengikut muzik
Antara aktiviti ialah :
  • Murid mendengar lagu yang dipasang pada hari ini
  • Murid diajar bergerak mengikut pergerakan di dalam video yang dipasang
  • Murid menari mengikut kelas
  • Murid menari secara berpasangan
        Guru membimbing murid menari mengikut muzik


Wednesday 22 May 2013

TAKLIMAT INKLUSIF PPKI

Pada 21/5/2013 (Selasa), bertempat di Bilik Mesyuarat SKTPP, Panitia Pendidikan Khas telah mengadakan satu taklimat inklusif kepada semua guru pendidikan khas dan juga guru-guru aliran perdana yang mengajar kelas 6 Merpati dan 4 Alza. Taklimat ini juga telah dibuka kepada mana-mana guru yang berminat untuk menyertai.

Taklimat ini juga diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru aliran perdana tentang program inklusif yang dijalankan. Serta sebagai ruang untuk guru-guru aliran perdana lebih memahami ciri-ciri murid yang menjalani program inklusif ini. Di samping itu, taklimat ini juga dapat memberi peluang kepada semua guru yang terlibat untuk membincangkan masalah yang dihadapi dan mencari jalan penyelesaian bersama. 

Sekilas perjalanan taklimat.

Sesi Pendaftaran Peserta

Sesi taklimat dimulakan dengan bacaan doa

Sepanjang sesi taklimat berlangsung
 
Sesi perbincangan
 

Tuesday 21 May 2013

AKTIVITI KEMAHIRAN MANIPULATIF- MEMBUAT BEG KERTAS

Selasa , 21 Mei 2013. Pada minggu ini aktiviti kemahiran manipulatif yang dijalankan oleh PPKI ialah membuat beg kertas. Aktiviti ini dijalankan selama 1 jam dan berjaya mencapai objektifnya. Aktiviti ini bermula dengan aktiviti melipat kertas, menampal dan menggunting.

Objektif aktiviti ialah membolehkan murid : 
- Meningkatkan kemahiran motor halus iaitu melipat kertas
-Menghasilkan corak dan rekaan kreativiti sendiri

Guru menunjukkan cara melipat kertas kepada murid

Guru membimbing murid melipat kertas untuk membuat beg kertas.

 Murid berjaya menghasilkan beg kertas dengan kreativiti sendiri.


 

AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI - BOLA TAMPAR

Selasa, 21.Mei.2013- Aktiviti Pendidikan Jasmani pada hari ini ialah permainan bola tampar. Aktiviti ini bermula pada pukul 7.30 - 8.30 pagi. Kehadiran murid pada hari ini, 25 orang murid. Guru-guru PPKI dan pembantu pengurusan murid membimbing murid sepanjang aktiviti dijalankan.

Objektif aktiviti ialah :
  1. Meningkatkan psikomotor kasar
  2. Membolehkan murid menggunakan bola tampar dengan betul
  3. Meningkatkan kecerdasan anggota badan
Aktiviti - aktiviti yang dijalankan seperti berikut :


Aktiviti memanaskan badan

Guru memperkenalkan alat iaitu bola tampar yang akan digunakan.
 

Aktiviti menampar bola mengikut kelas


Pertandingan bola tampar antara kelas Inovatif dan Kreatif.

Thursday 16 May 2013

AKTIVITI PENGAKAP PPKI

RABU, 15 Mei 2013 - Minggu ini, murid-murid PPKI menjalani aktiviti menyanyi lagu pengakap iaitu 'Di sini Kita Berkumpul '.  Aktiviti dimulakan dengan nyanyian lagu 'Negaraku'. Kemudian, murid diperdengarkan lagu terlebih dahulu melalui youtube. Selepas itu, dikuti demo nyanyian dan gerakan oleh guru-guru PPKI. Lagu ini menunjukkan di Malaysia terdapat berbilang kaum dengan bahasa masing-masing. Di harap melalui pembelajaran lagu ini, murid-murid memahami betapa pentingnya perpaduan kaum dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.


Lirik lagu

DI SINI KITA BERKUMPUL
Di sini di sini kita berkumpul
Salam salam salam salam salam ….. hoi
Here we are here we are here we are again    } 2 x
Hello hello hello hello hello ….. hoi
Chai che li chai chi li wo men chai chi li    } 2 x
How ma how ma how ma how ma how ma ….. hoi
ENGAPO, ENGAPO, ENGAPO RING GHE
ENGAPO, ENGAPO, ENGAPO RING GHE
MANIKAM, MANIKAM, MANIKAM, MANIKAM, MANIKAM, HOI…

Nang kene nang kene ketemu lagi    } 2 x
Kabare kabare kabare kabare kabare ….. hei

Demo nyanyian dan gerakan oleh guru-guru PPKI



Murid-murid menyanyi sambil membuat pergerakan mengikut kelas masing-masing


Kelas Inovatif


Kelas Kreatif


Kelas Proaktif


Kelas Bestari


Disediakan oleh,
Roslina Jafar

AKTIVITI LATIHAN PERMAINAN HOKI

Khamis, 16 Mei - Aktiviti Pendidikan Jasmani pada hari ini dijalankan dengan latihan permainan hoki bagi murid-murid PPKI. Latihan ini bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 8.30 pagi selama satu jam. Guru-guru PPKI dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) telah membimbing murid sepanjang aktiviti dijalankan.

Antara agenda latihan pada hari ini:

1.0 Senaman pagi "Warming Up"
2.0 Larian mengelilingi padang sejauh dua pusingan.
3.0 Cara-cara memegang dan menggunakan kayu hoki.
4.0 Cara-cara memukul dan menahan bola hoki
5.0 Latihan berkumpulan dalam bentuk pertandingan mudah.

Gambar-gambar sepanjang aktiviti dijalankan.

Aktiviti senaman (warming up)

Latihan cara menggunakan kayu hoki

Aktiviti berkumpulan

Latihan permainan hoki

Wednesday 15 May 2013

AKTIVITI PENDIDIKAN SENI KELAS BESTARI

Rabu (15 Mei 2013) -  Murid Kelas Bestari menjalankan aktiviti Pendidikan Seni dengan membuat kad Hari Guru. Murid diajar oleh Cikgu Roslina dan dibantu oleh PPM.

Gambar sepanjang aktiviti dijalankan:

Murid mencari bahan di dalam surat khabar

Murid menggunting huruf

Hasil kerja murid. Kad Hari Guru.




AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI


Selasa (14 Mei 2013) - Murid-murid PPKI menjalani aktiviti Pendidikan Jasmani bermula jam 7.30-8.30 pagi. Murid-murid didedahkan dengan permainan Badminton. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:

murid menjalani aktiviti memanaskan badan sebelum bermain



 
Penerangan oleh guru tentang peralatan permainan dan cara menggunakan peralatan permainan badminton




Aktiviti bermain dijalankan mengikut kelas sambil dibimbing oleh guru dan dibantu oleh PPM (Pembantu Pengurusan Murid)

 
 
Kelas Inovatif
 
 
Kelas Kreatif
 
 
 
Kelas Bestari
 
 

Kelas Proaktif


Semua murid kelihatan seronok bermain dan belajar cara bermain badminton dengan betul.

Disediakan oleh;

Roslina Jafar

Tuesday 14 May 2013

Aktiviti Mencipta Kad Ucapan "Hari Ibu"

Selasa, 14 Mei 2013 - Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di bawah mata pelajaran Kemahiran Manipulatif telah menjalankan aktiviti mereka kad ucapan "Hari Ibu". Aktiviti ini dijalankan dalam tempoh masa yang singkat dan berjaya mencapai matlamatnya dengan susunan aktiviti yang terancang.

Program ini bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 10.00 pagi bertempat di Kelas Pendidikan Khas SKTPP. Murid-murid dibahagikan mengikut kelas masing-masing supaya arahan aktiviti mudah disampaikan. Semua murid PPKI seramai 26 orang murid terlibat dalam program yang dijalankan serta dibantu oleh guru-guru PPKI dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM).

Gambar-gambar sepanjang aktiviti dijalankan.

Murid Kumpulan 2 (Kreatif)

Murid Kumpulan 1 (Inovatif)

Murid Kumpulan 4 (Bestari)

Hasil aktiviti murid

Friday 10 May 2013

BLOG RASMI SPEED SKTPP (SPECIAL EDUCATION)

Bermula dari hari ini blog ini akan menjadi lidah rasmi PPKI SKTPP untuk memaklumkan segala makluman atau laporan aktiviti yang kami dilakukan. Ia akan dapat memudahkan semua pihak termasuk guru-guru, ibu bapa /penjaga dan pihak luar untuk mendapatkan maklumat tentang aktiviti yang kami lakukan.

"KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...