Monday 23 November 2015

Jamuan Akhir Tahun Dan Sambutan Hari Lahir Murid 2015

KHAMIS 19/11/2015 –Pada hari ini Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah menganjurkan Majlis Jamuan Akhir Tahun Dan Sambutan Hari Lahir Murid bertempat di Restoran Nyonya Valley Cyberjaya. Majlis ini turut disertai oleh ibubapa dan barisan pentadbir sekolah.
Berikut adalah aturcara majlis
12.00 tgh              : Pendaftaran
12.30 tgh              : Bacaan doa
12.45 tgh              : Ucapan alu-aluan
                                  Ucapan Guru Penolong Kanan
                                  Ucapan Guru Besar
                                  Ucapan YDP PIBG
1.30 ptg                : Sambutan hari lahir dan jamuan makan
2.30 ptg                : Cabutan bertuan
3.30 ptg                : Sesi bergambar
4.00 ptg                : Bersurai

Gelagat hadirin yang hadir memeriahkan majlis:-
Pendaftaran




Ucapan PK Pendidikan Khas




Penyampaian cenderahati kepada Pn. Siti Asmida yang menamatkan perkhimatannya sebagai pembantu pengurusan murid (PPM) pada 14/11/2015


Sambutan hari lahir

Cabutan bertuah


Friday 18 September 2015

Program Kem Bestari Solat (KBS) 2015

Jumaat, 18 Sept. - PPKI SK Taman Putra Perdana telah mengadakan aktiviti Kem Bestari Solat Fasa Pertama di bawah program Panitia Agama Islam. Ia melibatkan semua guru PPKI yang beragama Islam dan murid PPKI yang beragama Islam. Buat pertama kalinya aktiviti ini diadakan dan ianya mendapat sambutan yang menggalakkan dari pihak murid dan ibubapa.
Tujuan utama diadakan program ini adalah bagi memberi pendedahan kepada murid tentang ibadah solat yang wajib dilaksanakan bagi menunaikan rukun Islam yang lima. Murid sekurang-kurangnya boleh melakukan aktiviti wuduk yang wajib dan perlakuan solat yang betul.

Atur cara program :

Masa :
7.30 - 8.00 pagi :  Pengurusan diri
8.00 - 8.15 pagi :  Pembahagian Kumpulan
8.15 - 9.00 pagi :  Taklimat wuduk ( Niat, Anggota wuduk )
9.00 - 10.00 pagi :  LDK 1 (Amali Wuduk)
10.00 - 10.20 pagi : Rehat
10.30 - 11.00 pagi : Taklimat amali solat Niat solat, Takbiratul Ihram, Bacaan Al-Fatihah)
11.00 - 11.50 pagi : Amali solat

Berikut antara gambar sepanjang aktiviti yang dijalankan:


Murid mendengar penerangan guru tentang wuduk
LDK Amali wuduk
Simulasi wuduk oleh ustaz dan guru
Murid melakukan amali wuduk dengan bimbingan ustaz dan guru

Amali Solat diketuai oleh Adik Hafiz menjadi imam

Murid mempraktikkan amali solat dengan baik dengan bimbingan guru

Thursday 3 September 2015

Terapi Pasir di Bagan Lalang

Rabu, 3 September - PPKI SK Taman Putra Perdana menjalankan aktiviti terapi pasir di Bagan Lalang. Aktiviti ini disertai oleh  28 orang termasuk guru, murid dan pembantu pengurusan murid.  Tujuan terapi ini diadakan adalah untuk membantu meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan murid. Selain itu, terapi pasir membantu meningkatkan pertuturan dan komunikasi. Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat  merangsang pemikiran murid  serta mengurangkan tekanan emosi. Ini juga dapat membantu meningkatkan kemahiran sosial dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Selain daripada itu, dengan melaksanakan terapi ini secara tidak langsung  membantu meningkatkan keupayaan motor halus melalui aktiviti dalam terapi pasir.

Sarapan pagi sebelum bertolak.



Melakukan senaman ringan sebelum memulakan aktiviti terapi


Permainan kecil
 a) pingpong dalam sudu
 b) isi pasir dalam botol



Terapi pasir





Makan tengah hari di KFC






Wednesday 5 August 2015

Lawatan Sambil Belajar ke Melaka

Rabu, 5 Ogos - PPKI SK Taman Putra Perdana telah menganjurkan program lawatan sambil belajar ke Melaka pada hari ini. Aktiviti lawatan yang pertama kali diadakan jauh daripada Negeri Selangor ini adalah program yang julung-julung kali dianjurkan oleh Unit Pendidikan Khas SKTPP. Program lawatan ini disertai oleh seramai 44 orang termasuk guru, murid, pembantu pengurusan murid dan ibu bapa.

Atur cara program lawatan:

   8.00 pagi - Menaiki bas dan bergerak ke Melaka.
 10.00 pagi - Tiba di Zoo Melaka.
                     Murid-murid menaiki tram untuk melihat haiwan di zoo.
                     Menonton persembahan burung kakak tua.
12.00 t/hari - Bergerak makan di Mini Malaysia.
   1.30  ptg  - Melawat taman burung Melaka.
                     Semua guru dan murid-murid dapat bergambar serta berpeluang memberi makan kepada burung (burung nuri dan burung kakak tua)
   3.00  ptg  - Sampai di taman lebah.
                     Semua murid dapat melihat dan merasa madu asli dari sarang lebah.
   4.00  ptg  - Bergerak ke Bandar Hilir.
   4.30  ptg  - Menaiki bot (Cruise) untuk mengelilingi sekitar Bandar Bersejarah Melaka.
                     Sepanjang sungai terdapat banyak bangunan yang dicat berkonsep Sejarah Malaysia.
   5.30  ptg  - Sampai di Menara Taming Sari.
                     Menaiki Taming Sari dan melihat sekitar Bandar Melaka dari puncak yang tinggi.
   6.30  ptg  -Hentian terakhir di Kompleks Bandar Hilir untuk membeli-belah.
   7.00  ptg  - Bergerak balik ke sekolah.
   9.30 mlm  - Selamat sampai di sekolah dan murid-murid pulang dengan hati yang gembira.

Nostalgia sepanjang aktiviti lawatan:

Ketua rombongan; Pn Yati memberi taklimat sebelum bergerak ke Melaka
Tiba di kaunter tiket Zoo Melaka
Bergambar sebelum masuk ke Zoo
Di stesen tram
Tram untuk mengelilingi zoo
Antara haiwan di zoo

Aktiviti memberi makanan kepada gajah
Berhenti makan di Mini Malaysia
Guru cuba berjinak-jinak dengan burung kakak tua



Sebelum menaiki cruise bersama ibu bapa dan guru
Semasa di bot cruise
Bangunan sekeliling sungai
Dalam Menara Taming Sari

Murid dapat meneropong objek yang jauh dari puncak Menara Taming Sari

Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...