... SELAMAT DATANG KE BLOG PPKI SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG PPKI SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG PPKI SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG PPKI SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, 7 November 2014

Sumbangan jus Memoreen Plus Al Aqwa

Sempena program perkhemahan dan Jamuan Akhir Tahun PPKI minggu hadapan, Syarikat Al Aqwa telah bermurah hati menderma jus kesihatan yang boleh merangsang sel dan minda kepada semua murid dan guru serta PPM PPKI. Syarikat tersebut juga telah menyumbang kewangan bagi mengadakan jamuan tersebut. Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pengurus Al Aqwa; Pn. Norlina Mohamed atas sumbangan yang sangat bermakna tersebut. Semoga murah rezeki syarikat pada masa depan...












 Terima kasih Al Aqwa - jasamu dikenang
Tumpuan fokus cerdas minda

Thursday, 6 November 2014

Program Terapi Floor Time


Pada Rabu, 5  November  -  Murid-murid PPKI telah mengikuti terapi Floor Time di Berjaya Times Square anjuran Unit Pendidikan Khas SK Taman Putra Perdana.  Aktiviti ini disertai oleh murid PPKI seramai 22 orang dan 6 orang guru beserta 2 orang pembantu pengurusan murid. Terapi Floor Time ini merupakan satu usaha bagi merangsang perkembangan emosional, membina sikap positif serta akhlak yang baik, meningkatkan kecerdasan dan memupuk sikap berdikari dalam diri setiap murid.

Antara aksi dan gelagat murid bersama guru pada hari tersebut….










Semua murid dan guru tiba di sekolah dengan selamat pada jam 4.00 petang. Terima kasih diucapkan kepada semua murid dan ibu bapa. Jumpa lagi dalam sesi terapi yang akan datang..