Sunday 27 October 2013

PERKHEMAHAN PERDANA SKTPP 2013


Seramai 6 dari 9 murid PPKI telah hadir menyertai perkhemahan bersama aliran perdana di sekolah pada 26-29 Oktober 2013.

Diharap mereka dapat meraih sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman sepanjang perkhemahan ini.

Sunday 22 September 2013

AKTIVITI TERAPI RENANG PPKI

   Pada 5 September 2013 (Khamis) dan 19 September 2013 (Khamis), antara jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari, murid-murid PPKI seramai 23 orang telah menjalani aktiviti terapi renang yang bertempat di Kolam renang,Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya.

Aktiviti ini bertujuan untuk memenuhi aktiviti terapi di bilik darjah bagi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Taman Putra Perdana yang telah dirancang di samping dapat meningkatkan kemahiran individu dan psikomotor kasar dan halus murid-murid khas. Melalui aktiviti ini juga ia dapat memberi keyakinan murid untuk bersosial dengan masyarakat.

Objektif aktiviti ialah bagi membolehkan murid-murid memperolehi pengetahuan dan pengalaman di luar bilik darjah, membolehkan murid-murid bersosial dan bergaul sesama mereka di persekitaran di luar bilik darjah, memberi pendedahan kepada murid-murid untuk melibatkan diri dengan aktiviti luar dan juga membolehkan murid menjalani sesi terapi yang dapat meningkatkan perkembangan kemahiran motor kasar, motor halus dan perkembangan kecerdasan fizikal mengikut keutamaan.

Ringkasan perjalanan aktiviti terapi pada kedua-dua hari adalah seperti berikut:

Masa
Perkara
7.30 pagi

8.00 pagi
-Murid berkumpul di sekolah
-Taklimat mengenai keselamatan/terapi renang
-Sarapan pagi
8.30 pagi
-Bertolak ke kolam renang Kompleks Kejiranan Presint 16
9.00 pagi
-Tiba di Kompleks Kejiranan Presint 16
-Penerangan keselamatan
-Aktiviti Terapi Renang
11.30 pagi
-Pengurusan murid
-Bertolak pulang ke sekolah

Di bawah adalah rakaman gambar sepanjang aktiviti ini berlangsung.

Semua murid beratur terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk ke kawasan kolam renang.

Sesi regangan badan di dalam air.

Membantu murid membina keyakinan diri semasa berada di dalam air.

Aktiviti pemanasan badan terlebih dahulu pada sesi terapi renang kali kedua.

Membasahkan bahagian kaki terlebih dahulu.

Guru-guru PPKI turut menyertai aktiviti air.

Murid-murid PPKI meregangkan otot kaki masing-masing. Mana-mana murid yang tidak berupaya melakukan aktiviti ini  dibantu oleh guru dan PPM.


Aktiviti 'water confidence' bagi murid-murid PPKI yang berupaya melakukannya.

Masing-masing menunjukkan gaya dan kemahiran yang ada di bawah pemerhatian guru.


Disediakan oleh, 
Rozaitul Ikhma binti Ab Razak.

Friday 30 August 2013

BENGKEL ASAS KEMAHIRAN BERTUKANG

KHAMIS, 29 OGOS - Murid-murid PPKI pada hari ini menjalani latihan amali bertukang untuk mengenal kemahiran asas bertukang. Aktiviti yang berjalan selama sejam bermula 11.50 pagi hingga 12.50 tengah hari diikuti seramai 21 orang murid, 6 orang guru dan dibantu oleh semua PPM. Guru-guru menjadi fasilitator dan murid-murid dibimbing sepanjang masa sehingga aktiviti asas bertukang dipelajari.

Antara aktiviti yang dijalankan:

a) Pengenalan alatan bertukang
b) Kemahiran menggunakan alatan
c) Penerapan langkah-langkah keselamatan
d) Demo bertukang

Alatan untuk bertukang

Guru sebagai fasilitator

Murid dibantu oleh PPM

Murid yang dapat menjalankan aktiviti selepas demo guru

Pn Roslina membimbing murid untuk menggunakan alatan dengan betul

Murid dibantu guru untuk menyiapkan hasil kerja masing-masing

* Aktiviti berjalan lancar sepanjang proses PdP dan akan diteruskan lagi pada masa-masa yang akan datang.

Saturday 24 August 2013

PERKHEMAHAN PENDIDIKAN LUAR 1MALAYSIA

Pada 21 dan 22 Ogos 2013 yang lalu, murid-murid PPKI telah menyertai Perkhemahan Pendidikan Luar 1Malaysia di Pusat Kokurikulum Hulu Selangor. Kem ini disertai seramai 4 orang murid dan diiringi bersama 2 orang guru. Walaupun keadaan hujan sekali-sekala, murid-murid tetap bersemangat untuk mengharungi cabaran yang ada. Selama dua hari di pusat kokurikulum ini,  pelbagai aktiviti telah dijalankan dan murid-murid PPKI telah berjaya mengikut ke semua latihan yang diadakan.

Perkhemahan Pendidikan Luar

Aktiviti keyakinan diri dalam air

Aktiviti mengharungi air 


Murid (Azhar dan Dev) bersedia untuk latihan "Paint Ball"


Murid dan guru PPKI yang mengikut kem


Gambar bersama peserta dan jurulatih perkhemahan

Thursday 25 July 2013

PROJEK AMALAN KITAR SEMULA

Pada 22 hingga 25 Julai 2013 yang lalu, guru pelatih dari IPG Kampus Ilmu Khas telah mengendalikan projek Amalan Kitar Semula di Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana.  Perlaksanaan projek ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid dan guru-guru Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) mengenai kepentingan menerapkan amalan mengitar semula bahan buangan untuk menjaga kebersihan dan keindahan alam sekitar.
Antara objektif projek Amalan Kitar Semula adalah:-
  1. memupuk nilai mencintai alam sekitar dan menghargai keindahan alam sekitar dalam diri murid PPKI
  2. Meningkatkan kesedaran dan kefahaman kepada murid-murid dan guru-guru PPKI pentingnya amalan kitar semula
  3. Memupuk semangat kerjasama menerapkan amalan kitar semula antara murid-murid dan guru-guru PPKI
  4. Memberi info kepada murid PPKI tentang bahan buangan yang boleh dikitar semula. 
  5. Melatih murid mempraktikan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian
Sekitar Perlaksanaan Aktiviti
Proses pengeringan tong kitar semula

Proses melabel dan membuat 'tagging'
Guru Besar merasmikan projek Amalan Kitar Semula



Demonstrasi mengitar semula bahan buangan oleh Guru Besar

Murid PPKI beratur untuk mengitar semula
 bahan buangan yang dibawa dari rumah

Proses mewarnakan tong kitar semula menggunakan 'spray paint'

Sekian terima kasih.


Disediakan oleh Louisa Rini Maren (Guru Praktikum PPKI)





PROJEK KECERIAAN MEMBINA TAPAK REFLEKSOLOGI



Khamis, 18 Julai 2013 - satu projek membina tapak refleksologi telah dilaksanakan oleh guru pelatih dari IPG Kampus Ilmu Khas. Projek yang dilaksanakan ini disertai oleh semua guru-guru PPKI, pembantu pengurusan murid dan juga murid-murid PPKI sendiri.

Dalam pelaksanaan aktiviti ini, murid-murid didedahkan dengan cara-cara untuk membina tapak refleksologi daripada peringkat mula sehingga akhir. Murid pada mulanya, ditunjukkan demonstrasi oleh guru berkaitan bagaimana cara untuk membancuh simen. Setelah selesai membancuh simen, guru bertanggungjawab menunjukkan terlebih dahulu demonstrasi bagaimana untuk melakukan tapak refleksologi ini. Langkah pertama adalah, letakkan bingkai tapak yang telah disediakan di atas permukaan rata dan dialas oleh alas yang tidak mudah koyak seperti plastik atau kotak. Kemudian letakkan sedikit simen ke dalam bingkai tersebut dan ratakan ke seluruh bingkai. Setelah itu, letakkan dawai yang telah dipotong mengikut ukuran bingkai di atas simen tersebut sebagai cerucuk untuk memegang simen agar tidak mudah pecah apabila sudah kering. Kemudian masukkan simen ke dalam bingkai sehingga penuh dan ratakan permukaan agar nampak kemas. setelah selesai membina tapak, guru bertanggunjawab kemudian membuat demonstrasi bagaimana meletakkan batu-batu refleksologi di atas permukaan simen tersebut. Batu-batu yang diletak haruslah membentuk nombor yang mana batu berwarna putih membentuk nombor dan batu warna hitam sebagai hiasan sekelilingnya.

Setelah selesai melihat demonstrasi, murid kemudian dibahagikan kepada kumpulan untuk aktiviti amali dan melakukan sendiri apa yang telah perhatikan. Hasil yang telah siap kemudiannya akan diletakkan di bilik PPKI sebagai keceriaan dan kegunaan urutan refleksologi.

proses membuat bingkai bagi tapak refleksologi
demonstrasi cara membancuh simen oleh guru
murid mencuba sendiri cara membuat bancuhan simen
demonstrasi memasukkan simen ke dalam bingkai
demonstrasi meletakkan batu refleksologi di atas tapak yang telah disemen
aktiviti amali yang dilaksanakan murid disamping guru sebagai fasilitator
antara hasil kerja yang telah siap dibuat.
hasil kerja yang telah siap dijemur untuk dikeringkan
Hasil kerja yang telah siap dicat menggunakan acrylic clear untuk memastikan simen tidak mudah rosak.

















Laporan disediakan oleh Aziz Azwan Bin Karim ( Guru Praktikum PPKI)

Wednesday 24 July 2013

BENGKEL TERAPI CARA KERJA 2013


Sabtu, 20 Julai 2013 - Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Taman Putra Perdana telah mengadakan satu bengkel terapi cara kerja yang julung-julung kali diadakan dan telah disertai oleh 11 guru, 3 pembantu pengurusan murid (PPM), 15 murid dan 9 orang ibu bapa murid PPKI.Program ini berlangsung dari pukul 8 pagi hingga 1 petang dan telah dirasmikan oleh YDP PIBG SK Taman Putra Perdana, Tuan Hj Khairul Azhar.  Bengkel ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru, ibu bapa dan murid-murid PPKI mengenai terapi cara kerja dan cara pembelajaran yang sesuai untuk murid-murid ini. Terdapat 2 slot ceramah yang telah diberikan oleh 2 orang penceramah iaitu: 
(1) Ceramah dan bengkel terapi cara kerja "Sensori Integrasi dan Pembelajaran di dalam Kelas" oleh Cik Nazahiyah Abdullah
(2) Ceramah "Pengurusan Sikap dari Sudut Psikologi dan Nutrisi" oleh Encik Zamzuri Abdullah

Pelbagai pengetahuan dan kemahiran baru berkaitan sensori murid-murid Pendidikan Khas telah didedahkan oleh Cik Nazahiyah kepada peserta bengkel. Setiap murid ini mempunyai pelbagai tahap dan keupayan fizikal. Oleh itu, terapi cara kerja yang diberikan kepada murid-murid ini perlulah mengikut keupayaan dan keperluan mereka. 

Encik Zamzuri pula menekankan bahawa pemakanan yang diambil oleh murid-murid Pendidikan Khas ini dapat mempengaruhi sikap dan tingkah laku mereka. Murid-murid ini digalakkan untuk mengambil makanan yang berkhasiat dan perlu mengelakkan mengambil makanan ringan.

Diharapkan bengkel seumpama ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang sebagai satu usaha untuk membantu meningkatkan kemahiran fizikal murid-murid Pendidikan Khas yang amat berhubung kait dengan pembelajaran mereka seterusnya diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.

Banner Bengkel Terapi Cara Kerja

Pendaftaran ibu bapa

Murid-murid dan ibu bapa menunggu kehadiran penceramah

Ucapan penyelaras PPKI, Pn Roslina Jafar

Dirasmikan oleh YDP PIBG, Tn Hj Khairul Azhar

Ceramah terapi cara kerja oleh Cik Nazahiyah Abdullah

Aktiviti terapi cara kerja

Murid teruja melakukan aktiviti-aktiviti yang disediakan

Ibu bapa dan guru-guru memerhati aktiviti yang dilakukan oleh murid

Guru besar, En Sukimin B Juki mengemukakan soalan kepada penceramah, En Zamzuri Abdullah

Guru-guru PPKI bergambar bersama-sama guru besar, YDP PIBG dan penceramah

Laporan disediakan oleh: Cik Nur Hidayah Bt Taha (Guru praktikum PPKI)






Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...