Tuesday 30 May 2017

Kem Bestari Solat PPKI

Pada 25 Mei 2017 bersamaan hari Khamis, PPKI SK Taman Putra Perdana telah mengadakan Kem Bestari Solat (KBS) yang bertujuan mendidik murid-murid untuk mendirikan solat dengan baik. Program ini melibatkan semua murid PPKI beragama Islam sebagai peserta dan semua guru PPKI sebagai fasilitator. 

KBS terbahagi kepada empat LDK yang bermula dengan LDK 1 iaitu berkaitan niat wuduk serta anggota wuduk. Dalam LDK 2, murid dibawa untuk amali wuduk mengikut kelas. Murid dibimbing untuk menghafal niat solat dalam LDK 3. Akhir sekali, murid melakukan amali solat Zohor dalam LDK 4 dengan bimbingan fasilitator dan juga penggunaan video interaktif. Alhamdulillah, semua murid terlibat secara aktif dalam program ini. Semoga murid-murid memperoleh manfaat daripada program ini dan mengamalkan solat dengan baik. In sha Allah.


















Wednesday 17 May 2017

Sambutan Hari Guru PPKI dan Majlis Hari Jadi

RABU, 17 Mei - Sambutan hari guru SKTPP bagi peringkat kelas PPKI telah diadakan bersama dengan Majlis Hari Jadi murid. Aktiviti sambutan dimulakan dengan acara sukaneka bersama guru dan murid pada pagi ini. Seterusnya majlis diteruskan dengan aktiviti sambutan hari jadi kepada murid yang lahir dari bulan Januari hingga Mei. Majlis sambutan dihadiri oleh guru besar, barisan guru pentadbir dan YDP PIBG Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian.

Acara sukaneka:






Majlis Sambutan Hari Guru dan Hari Jadi:








Majlis tamat pada pukul 12.00 tengah hari

Wednesday 10 May 2017

Demonstrasi Memanah

Kelab Memanah Saad bin Abi Waqas (Team SASAr) dari SAM Bandar Baru Salak Tinggi yang diwakili oleh Cikgu Firdaus dengan kerjasama Encik Zaimi iaitu bapa kepada Puteri Memanah SKTPP, Niqa Abyana telah mengadakan satu demonstrasi memanah di padang sekolah. Seorang daripada murid PPKI, iaitu Hafiz dari kelas Archery merupakan salah seorang peserta yang menyertai demonstrasi ini. Alhamdulillah, sepanjang penglibatannya dalam demonstrasi ini, Hafiz menunjukkan minat dan semangat yang tinggi dalam sukan memanah.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Firdaus dan Encik Zaimi yang sudi hadir dan memberikan penjelasan dan demonstrasi yang bermanfaat kepada warga SKTPP. Tidak lupa juga kepada semua waris, murid serta para guru yang turut sama menyertai demonstrasi memanah ini. Semoga sukan memanah dapat mencungkil bakat terpendam yang ada dalam diri murid, terutamanya murid PPKI dan dapat mengharumkan nama negara suatu hari nanti. In sha Allah..





Tuesday 9 May 2017

Mesyuarat PPKI Bil. 2 / 2017

Mesyuarat PPKI kali ke-2 telah diadakan pada hari Selasa 9.5.2017 jam 12.50 tengah hari di Bilik Mesyuarat. Mesyuarat kali ini dihadiri oleh guru-guru dan PPM PPKI serta pentadbir Guru Besar dan PK Kokurikulum; En. Shahrizal. Turut hadir buat kali pertama ialah guru baru PPKI yang baru posting di SKTPP iaitu Cikgu Afiq b. Alias. Selamat Datang buat Cikgu Afiq. Semoga PPKI akan semakin mantap dengan kehadiran En. Afiq yang muda lagi bersemangat.
   Semoga hasil mesyuarat ini dapat mengemaskinikan perancangan yang telah dibuat, menghuraikan permasalahan yang timbul dan seterusnya melancarkan perjalanan pengurusan dan pentadbiran PPKI...



Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...