Friday 21 June 2019

Hari Jalinan Mesra 1/2019

Tarikh : 21 Jun 2019
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 - 11.50 Pagi
Tempat : Kelas PPKI

Hari Jalinan Mesra buat pertama kalinya untuk tahun 2019 telah diadakan di SK Taman Putra Perdana. Begitu juga dengan murid-murid di Program Pendidikan Khas Integrasi SK Taman Putra Perdana turut tidak ketinggalan mengadakan perjumpaan diantara ibubapa/ penjaga dan guru kelas di dalam membincangkan berkenaan pencapaian anak masing-masing. Perjumpaan yang diadakan setiap tahun ini merupakan salah satu peluang dimana ibubapa dan penjaga dapat bertukar-tukar pandangan dan idea baru dalam meningkatkan pencapaian akademik murid-murid PPKI secara menyeluruh samada dibidang kurikulum mahupun kokurikulum.







Hari Jalinan Mesra yang bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga pukul 11.50 pagi ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pihak ibubapa dan penjaga murid-murid PPKI. Komitmen yang tidak berbelah bahagi dari pihak ibubapa/ penjaga murid-murid PPKI diharapkan dapat berterusan demi memastikan peningkatan pencapaian yang memberangsangkan. Kesemua murid yang hadir pada hari tersebut pulang bersama ibubapa dan penjaga masing-masing.



Tuesday 18 June 2019

Aktiviti Terapi Floortime PPKI di AEON Mall Nilai

Pada 18 Jun 2019, PPKI SKTPP telah menjalankan aktiviti terapi floortime di Mini Science Technology and Discovery Center di AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan. Objektif utama terapi ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid melakukan aktiviti luar bilik darjah. Selain dapat menimba ilmu, murid juga berpeluang untuk melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan.

Rombongan PPKI bertolak ke AEON Mall Nilai seawal jam 8.00 pagi dan tiba sekitar jam 9.00 pagi. Memandangkan aktiviti terapi kali ini dijalankan di pusat membeli belah yang baharu beroperasi, guru-guru dan murid-murid berasa sangat teruja untuk belajar sambil bermain.

Di sana, kami disambut oleh kakitangan Pusat Sains tersebut dan diberi penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan. Guru dan murid dibahagikan mengikut kumpulan dan mengikut staf yang ditugaskan untuk membawa kami stesen permainan.

Antara aktiviti dan permainan menarik yang dijalankan ialah eksperimen sains, permainan interaktif secara maya, aktiviti bermain LEGO gergasi, permainan suaikan model serangga pada gambar, permainan catur gergasi dan banyak lagi. Antara tarikan utama pusat sains ini adalah sebuah robot gergasi yang setinggi 5 meter dan juga sesi pengenalan kepada dinosaur menggunakan model dinosaur yang bergerak dikendalikan oleh staf dari luar negara. Murid-murid berasa sangat seronok kerana mereka dapat pengalaman baharu melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Selesai bermain di pusat sains tersebut kami semua makan tengah hari di medan selera. Walaupun penat bermain, kami tetap berselera menjamah makanan yang disediakan. Kami bertolak pulang pada jam 12.30 tengah hari. Diharapkan aktiviti terapi floortime ini dapat memberi manfaat dan input berguna kepada murid-murid di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli keluarga PPKI SKTPP.










Friday 14 June 2019

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah

Tarikh : 14. Jun.2019
Hari: Jumaat
Masa: 8.00-11.00 pagi


"Selamat hari raya, hari untuk kita bersuka ria,
selamat kami ucapkan untuk kita sampai ke tahun depan"

Begitulah antara lagu hari raya yang di dendangkan sewaktu sambutan hari raya peringkat sekolah yang diadakan pada hari ini, murid-murid PPKI serta guru-guru PPKI sungguh gembira meraikan hari raya sama-sama, kemeriahan sangat terasa apabila semuanya berpakaian segak dan  cantik . Antara juadah yang terhidang adalah seperti ketupat, lemang, nasi impit, nasi minyak,sate, mee sup dan pelbagai kuih muih yang dapat di pilih oleh semua murid untuk di nikmati. Murid-murid sungguh gembira dapat menyambut hari raya bersama rakan-rakan serta guru- guru. Sambutan ini bertujuan menzahirkan rasa syukur dalam diri menyambut kedatangan syawal yang mulia. Tradisi menyambut hari raya perlu di teruskan untuk merapatkan lagi tali persaudaraan antara sesama  kita.

Dibawah disertakan gambar sepanjang sambutan berlangsung


Pelbagai juadah kuih muih  dan makanan yang dapat di pilih  dan dinikmati oleh murid-murid 










Antara pakaian hari raya yang di gayakan  oleh  murid-murid dan guru-guru:











Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...