Thursday 25 July 2013

PROJEK AMALAN KITAR SEMULA

Pada 22 hingga 25 Julai 2013 yang lalu, guru pelatih dari IPG Kampus Ilmu Khas telah mengendalikan projek Amalan Kitar Semula di Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana.  Perlaksanaan projek ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid dan guru-guru Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) mengenai kepentingan menerapkan amalan mengitar semula bahan buangan untuk menjaga kebersihan dan keindahan alam sekitar.
Antara objektif projek Amalan Kitar Semula adalah:-
  1. memupuk nilai mencintai alam sekitar dan menghargai keindahan alam sekitar dalam diri murid PPKI
  2. Meningkatkan kesedaran dan kefahaman kepada murid-murid dan guru-guru PPKI pentingnya amalan kitar semula
  3. Memupuk semangat kerjasama menerapkan amalan kitar semula antara murid-murid dan guru-guru PPKI
  4. Memberi info kepada murid PPKI tentang bahan buangan yang boleh dikitar semula. 
  5. Melatih murid mempraktikan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian
Sekitar Perlaksanaan Aktiviti
Proses pengeringan tong kitar semula

Proses melabel dan membuat 'tagging'
Guru Besar merasmikan projek Amalan Kitar Semula



Demonstrasi mengitar semula bahan buangan oleh Guru Besar

Murid PPKI beratur untuk mengitar semula
 bahan buangan yang dibawa dari rumah

Proses mewarnakan tong kitar semula menggunakan 'spray paint'

Sekian terima kasih.


Disediakan oleh Louisa Rini Maren (Guru Praktikum PPKI)





PROJEK KECERIAAN MEMBINA TAPAK REFLEKSOLOGI



Khamis, 18 Julai 2013 - satu projek membina tapak refleksologi telah dilaksanakan oleh guru pelatih dari IPG Kampus Ilmu Khas. Projek yang dilaksanakan ini disertai oleh semua guru-guru PPKI, pembantu pengurusan murid dan juga murid-murid PPKI sendiri.

Dalam pelaksanaan aktiviti ini, murid-murid didedahkan dengan cara-cara untuk membina tapak refleksologi daripada peringkat mula sehingga akhir. Murid pada mulanya, ditunjukkan demonstrasi oleh guru berkaitan bagaimana cara untuk membancuh simen. Setelah selesai membancuh simen, guru bertanggungjawab menunjukkan terlebih dahulu demonstrasi bagaimana untuk melakukan tapak refleksologi ini. Langkah pertama adalah, letakkan bingkai tapak yang telah disediakan di atas permukaan rata dan dialas oleh alas yang tidak mudah koyak seperti plastik atau kotak. Kemudian letakkan sedikit simen ke dalam bingkai tersebut dan ratakan ke seluruh bingkai. Setelah itu, letakkan dawai yang telah dipotong mengikut ukuran bingkai di atas simen tersebut sebagai cerucuk untuk memegang simen agar tidak mudah pecah apabila sudah kering. Kemudian masukkan simen ke dalam bingkai sehingga penuh dan ratakan permukaan agar nampak kemas. setelah selesai membina tapak, guru bertanggunjawab kemudian membuat demonstrasi bagaimana meletakkan batu-batu refleksologi di atas permukaan simen tersebut. Batu-batu yang diletak haruslah membentuk nombor yang mana batu berwarna putih membentuk nombor dan batu warna hitam sebagai hiasan sekelilingnya.

Setelah selesai melihat demonstrasi, murid kemudian dibahagikan kepada kumpulan untuk aktiviti amali dan melakukan sendiri apa yang telah perhatikan. Hasil yang telah siap kemudiannya akan diletakkan di bilik PPKI sebagai keceriaan dan kegunaan urutan refleksologi.

proses membuat bingkai bagi tapak refleksologi
demonstrasi cara membancuh simen oleh guru
murid mencuba sendiri cara membuat bancuhan simen
demonstrasi memasukkan simen ke dalam bingkai
demonstrasi meletakkan batu refleksologi di atas tapak yang telah disemen
aktiviti amali yang dilaksanakan murid disamping guru sebagai fasilitator
antara hasil kerja yang telah siap dibuat.
hasil kerja yang telah siap dijemur untuk dikeringkan
Hasil kerja yang telah siap dicat menggunakan acrylic clear untuk memastikan simen tidak mudah rosak.

















Laporan disediakan oleh Aziz Azwan Bin Karim ( Guru Praktikum PPKI)

Wednesday 24 July 2013

BENGKEL TERAPI CARA KERJA 2013


Sabtu, 20 Julai 2013 - Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Taman Putra Perdana telah mengadakan satu bengkel terapi cara kerja yang julung-julung kali diadakan dan telah disertai oleh 11 guru, 3 pembantu pengurusan murid (PPM), 15 murid dan 9 orang ibu bapa murid PPKI.Program ini berlangsung dari pukul 8 pagi hingga 1 petang dan telah dirasmikan oleh YDP PIBG SK Taman Putra Perdana, Tuan Hj Khairul Azhar.  Bengkel ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru, ibu bapa dan murid-murid PPKI mengenai terapi cara kerja dan cara pembelajaran yang sesuai untuk murid-murid ini. Terdapat 2 slot ceramah yang telah diberikan oleh 2 orang penceramah iaitu: 
(1) Ceramah dan bengkel terapi cara kerja "Sensori Integrasi dan Pembelajaran di dalam Kelas" oleh Cik Nazahiyah Abdullah
(2) Ceramah "Pengurusan Sikap dari Sudut Psikologi dan Nutrisi" oleh Encik Zamzuri Abdullah

Pelbagai pengetahuan dan kemahiran baru berkaitan sensori murid-murid Pendidikan Khas telah didedahkan oleh Cik Nazahiyah kepada peserta bengkel. Setiap murid ini mempunyai pelbagai tahap dan keupayan fizikal. Oleh itu, terapi cara kerja yang diberikan kepada murid-murid ini perlulah mengikut keupayaan dan keperluan mereka. 

Encik Zamzuri pula menekankan bahawa pemakanan yang diambil oleh murid-murid Pendidikan Khas ini dapat mempengaruhi sikap dan tingkah laku mereka. Murid-murid ini digalakkan untuk mengambil makanan yang berkhasiat dan perlu mengelakkan mengambil makanan ringan.

Diharapkan bengkel seumpama ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang sebagai satu usaha untuk membantu meningkatkan kemahiran fizikal murid-murid Pendidikan Khas yang amat berhubung kait dengan pembelajaran mereka seterusnya diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.

Banner Bengkel Terapi Cara Kerja

Pendaftaran ibu bapa

Murid-murid dan ibu bapa menunggu kehadiran penceramah

Ucapan penyelaras PPKI, Pn Roslina Jafar

Dirasmikan oleh YDP PIBG, Tn Hj Khairul Azhar

Ceramah terapi cara kerja oleh Cik Nazahiyah Abdullah

Aktiviti terapi cara kerja

Murid teruja melakukan aktiviti-aktiviti yang disediakan

Ibu bapa dan guru-guru memerhati aktiviti yang dilakukan oleh murid

Guru besar, En Sukimin B Juki mengemukakan soalan kepada penceramah, En Zamzuri Abdullah

Guru-guru PPKI bergambar bersama-sama guru besar, YDP PIBG dan penceramah

Laporan disediakan oleh: Cik Nur Hidayah Bt Taha (Guru praktikum PPKI)






Friday 19 July 2013

PENGAJARAN MULTIMEDIA


Tarikh                    : 19. Julai.2013
Nama guru            : Pn Nor Syifa Binti Khadir
Aktiviti                  : Menghasilkan kalendar menggunakan aplikasi Publisher.
Objektif                 : Murid dapat menghasilkan calendar dengan menggunakan aplikasi Publisher.
Aktiviti                  :
1.       Murid diberi penerangan tentang aktiviti pada hari ini
2.       Murid ditunjukkan kalendar
3.       Murid diperkenalkan dengan program Publisher yang akan digunakan pada hari ini.
4.       Murid ditunjukkan cara untuk meneroka program Publisher
5.       Murid menggunakan program Publisher untuk menghasilkan kalendar.
6.       Murid menaip bulan, tahun, tarikh menggunakan pamplet yang telah ada di Publisher
7.       Murid memasukkan gambar Hari Raya yang telah dimuat naik melalui google pada kalendar
       yang akan dihasilkan.
Antara aktiviti yang dijalankan :


Guru memberi penerangan tentang program publisher yang akan dijalankan pada hari ini.
Guru Besar turut serta membantu murid ketika proses p d p pada hari ini.





Guru dan Pembantu Pengurusan Murid membantu murid menggunakan program Publisher  untuk menghasilkan kalendar

sila klik disini

Wednesday 17 July 2013

PERTANDINGAN EJAAN SEMPENA BULAN BAHASA

Rabu, 17 Julai - Sempena sambutan bulan bahasa 2013, murid-murid PPKI kelas Kumpulan 1 (Kreatif) telah menyertai permainan bahasa iaitu aktiviti ejaan. Seramai 6 orang murid daripada kelas ini telah diberi bimbingan dan diuji melalui pertandingan pada hari ini. Permainan ini telah diadakan serentak dengan pertandingan syair Tahun 5 iaitu salah satu aktiviti pada bulan bahasa di Dewan Perdana SKTPP.

Paparan gambar sepanjang program berjalan:


Semua murid sedang menunggu pertandingan dimulakan

Pertandingan syair Tahun 5

En Musrizuan dan En Zainuddin giat membaiki
sistem pembesar suara untuk pertandingan

Pn Salasiah sedang membaca perkataan untuk pertandingan
ejaan kepada murid

Barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana

Murid sedang mengeja perkataan yang dibaca oleh guru

Penyelaras PPKI (Pn Roslina) sedang memerhatikan murid
yang menyertai pertandingan
Soalan untuk pertandingan ejaan
Jawapan daripada murid (Neil) selepas pertandingan

Aktiviti ini telah bermula pada pukul 7.40 pagi dan tamat pada pukul 9.00 pagi.

Aktiviti Kemahiran Hidup: Menyemai Benih Terung, Cili dan Bendi

Pada 9 Julai 2013 (Selasa), murid-murid PPKI telah mejalankan aktiviti menyemai anak benih sayur-sayuran seperti terung, bendi dan cili. Kesemua murid melakukan aktiviti ini secara individu dengan bantuan guru-guru PPKI. Murid-murid memulakan aktiviti dengan menggemburkan tanah baja yang telah dimasukkan ke dalam polybag dan kemudian mereka belajar menyemai anak benih dengan tunjuk ajar guru. Antara peralatan yang terlibat adalah seperti polybag, sudip tangan, tanah baja, anak benih dan air.


Berikut adalah gambar-gambar yang telah dirakamkan sepanjang aktiviti tersebut berlangsung:

Anak benih yang telah direndam semalaman terlebih dahulu sebelum disemai

Murid-murid memasukkan tanah baja ke dalam polybag yang telah disediakan

Murid melakukan aktiviti memasukkan tanah baja ke dalam polybag secara individu  

Cikgu Srimahathevan sedang menunjukkan cara menyemai anak benih

Guru membantu murid menyemai anak benih

Murid mengambil anak benih untuk disemaikan ke alam polybag

Hasil semaian murid-murid

Disediakan oleh,
Rozaitul Ikhma Ab Razak


Tuesday 9 July 2013

KEMAHIRAN MANIPULATIF (AKTIVITI KOLAJ)

Selasa, 9 Julai - Pada hari ini semasa waktu Kemahiran Manipulatif, kelas PPKI telah menjalankan aktiviti kemahiran yang menggunakan teknik "Kolaj". Murid diajar asas ilmu berkaitan teknik kolaj dan cara mengaplikasi aktiviti ini. Kolaj bermaksud memotong dan menampal kertas di atas sesuatu permukaan. Ia juga boleh dilakukan dengan mengoyak dan menampal kertas tersebut. Tujuan aktiviti ini sebagai latihan asas terapi untuk menguatkan penguasaan kemahiran motor halus dan motor kasar. Aktiviti pada hari ini turut dibantu dengan teknik yang pelbagai daripada guru-guru praktikum yang menjalani Program Internship selama empat minggu di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi SKTPP.


Murid Kumpulan 3 (Proaktif) dengan aktiviti menceriakan hasil seni  masing-masing


Murid mengoyak dan menampal kertas warna

Guru memberikan tunjuk ajar kepada murid Kumpulan 2 (Kreatif)

Aktiviti turut dibantu oleh guru praktikum

Murid (Danial) giat menampal kertas yang siap dikoyak

Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...