Tuesday 22 July 2014

Pertandingan Mewarna Sempena Hari Raya Aidilfitri


22 Julai, Selasa - Pada hari ini, murid-murid PPKI menyertai pertandingan mewarna sempena menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi. Aktiviti ini disertai oleh semua murid PPKI dan diselia oleh guru-guru serta pembantu penguruan murid. Seramai 5 orang murid dipilih untuk kategori mewarna terbaik dan disampaikan hadiah kepada pemenang-pemenangnya.

Suasana sewaktu aktiviti mewarna...



 
Penyampaian hadiah kepada pemenang...


Friday 4 July 2014

Majlis Perpisahan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) PPKI

Pada hari Jumaat 4 Julai 2014, sekolah telah membuat majlis perpisahan ringkas di tapak perhimpunan selepas sesi bacaan yassin. Majlis meraikan 2 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) PPKI dan seorang PPM Prasekolah yang telah berpindah.  2 orang PPM PPKI tersebut ialah Pn. Khatijah Bt Kuchi Mohamud dan Pn. Saidatul Akma Bt Shapiai yang telah bertukar ke sekolah lain mulai hari ini.  Pn. Khatijah Bt Kuchi Mohamud bertukar ke SK Presint 18, Putrajaya, manakala Pn. Saidatul Akma Bt Shapiai bertukar ke SK Desa Jasmin, Nilai, Negeri Sembilan.


Sumbangan dari KKGK kepada Pn. Khatijah Bt Kuchi Mohamud.

Sumbangan dari KKGK kepada Pn. Saidatul Akma Bt Shapiai

PPKI juga telah membuat majlis perpisahan ringkas di kelas PPKI pada hari tersebut.  Majlis dimulakan dengan ucapan penyelaras iaitu Pn Roslina Bt Jafar.  Diikuti oleh ucapan dari PPM yang berpindah iaitu Pn. Khatijah Bt Kuchi Mohamud dan Pn. Saidatul Akma Bt Shapiai.   

Majlis berakhir dengan sesi bergambar beramai-ramai dan sesi bersalam-salaman.

Gambar kenang-kenangan bersama semua murid, guru dan PPM selepas majlis perpisahan Pn. Khatijah Bt Kuchi Mohamud dan Pn. Saidatul Akma Bt Shapiai.


Hadiah kenang-kenangan dari warga PPKI, SKTPP

Thursday 3 July 2014

Elaun Murid Khas Fasa 1

Pihak JPNS telah memaklumkan bahawa Elaun Murid Khas Fasa 1 telah dimasukkan ke dalam akaun murid sebanyak RM900. Pihak ibubapa diminta untuk menghantar buku akaun tersebut kepada pihak sekolah untuk dikemaskini dan disemak  mengikut SOP (Standard Of Procedur) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kemasukan baki elaun tahun semasa iaitu sebanyak RM900 akan terganggu.

Sebarang masalah atau pertanyaan boleh menghubungi Cikgu Hazim Bin Harun.

Sekian dimaklumkan.

Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...