... SELAMAT DATANG KE BLOG PPKI SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG PPKI SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG PPKI SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG PPKI SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, 15 August 2017

Mesyuarat Guru PPKI kali ke-3 2017


Tarikh     :  15 Ogos 2017
Hari         :  Selasa
Masa       :  12.30 -3.30 petang
Tempat  :  Kelas Archery PPKI

Terima kasih kepada Pn. Rohaidah bt Mohd Ali, Guru Besar SKTPP kerana turut serta bermesyuarat bersama kami sehingga mesyuarat berakhir. 

Mesyuarat telah membincangkan pelbagai perkara, permasalahan yang ditimbulkan serta program-program yang dirancang demi anak-anak istimewa. Terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah kerana memberi sokongan terhadap program-program yang dirancangkan.

Semoga kerjasama dan permuafakatan yang terjalin di antara pentadbir, guru-guru di arus perdana, guru-guru PPKI serta Pembantu Pengurusan Murid (PPM) akan meningkatkan prestasi dan menjamin kebajikan anak-anak murid PPKI Insya Allah.




Tempat wuduk

Diucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru SK Taman Putra Perdana serta para ibubapa yang sudi menyumbang kos pembinaan tempat wuduk PPKI ini bagi memudahkan murid-murid muslim PPKI mengambil wuduk



Wednesday, 2 August 2017

Program Pendidikan Alam Semulajadi

Tarikh: 2 Ogos 2017
Tempat : Pusat Pendidikan Perhutanan Sultan Idris Shah (SISFEC) Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong.
Bilangan Guru/PPM:  5 guru,  2 PPM
Bilangan Murid: 25 orang


Murid-murid PPKI dari SK Taman Putra Perdana  dijemput buat kali kedua bagi menyertai program anjuran Fakulti Perhutanan dari UPM ini. Tujuan aktiviti ini adalah untuk mendedahkan murid-murid PPKI kepada persekitaran dan kepelbagaian sumber hutan di samping membantu meningkatkan keyakinan diri, kerjasama dan kemahiran berkomunikasi dalam kerja berkumpulan.

Matlamat program adalah:

·    ☆ Membangunkan modul pendidikan alam semulajadi untuk murid sekolah di PPKI kategori masalah pembelajaran

·     ☆ Membentuk sekolah-sekolah di PPKI Daerah Sepang menjadi contoh dalam pendidikan alam semula jadi untuk PPKI di sekolah-sekolah yang lain di Selangor

·      ☆Membentuk jaringan dalam kalangan sekolah-sekolah PPKI yang peka dan aktif dalam aktiviti pendidikan alam semula jadi

Berikut adalah aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program:-

1. Aktiviti ‘Pecah bendung’ -
Murid-murid dipecahkan mengikut kumpulan masing-masing bagi melakukan aktiviti ini. Aktiviti-aktiviti yang disediakan adalah untuk memberi persediaan dan keyakinan murid terhadap persekitaran hutan disekeliling mereka.

2. Aktiviti Keunikan Hutan kepada kita -
Setiap kumpulan akan melakukan aktiviti di setiap stesen mengikut modul yang disediakan. Murid-murid akan dibantu oleh fasilitator dari kalangan pelajar UPM

             Stesen 1 : Hutan dan Udara
        Stesen 2 : Hutan dan Air
        Stesen 3 : Hutan dan Hakisan
       Stesen 4 : Hutan dan Muzik
       Stesen 5 : Hutan dan Deria



Aktiviti Pecah Bendung



























Terima kasih... Jumpa lagi...

Wednesday, 19 July 2017

Aktiviti Lapangan – Pergerakan Bukan Lokomotor Secara Berpandu

Aktiviti Menunggang Kuda 'Horse Riding'

19 Julai 2017 (Rabu), PPKI SKTPP telah mengadakan aktiviti luar bilik darjah iaitu aktiviti menunggang kuda yang telah diadakan di padang sekolah SK Taman Putra Perdana. Semua murid PPKI telah terlibat yang terdiri daripada pelbagai masalah pembelajaran. Antaranya;
Autisme, Lembam, Dyslesia, Down Sindrom, ADHD, Lambat pertuturan, Cerebral Palsy, Attention Deficit Disorder dan Intelectual Impairment.


      Objektif utama aktiviti ini dijalankan ialah bagi meningkatkan perkembangan kemahiran motor kasar, motor halus dan perkembangan kecerdasan fizikal mengikut keutamaan murid-murid. Di samping itu, murid-murid dapat bersosial dan bergaul sesama rakan di persekitaran luar serta memperolehi pengetahuan dan pengalaman di luar bilik darjah.

     Terdapat 2 ekor kuda disewa untuk aktiviti menunggang kuda pada tahun ini. Setiap murid berpeluang menunggang kuda dan mendapat pengalaman baru bagi murid yang pertama kali menunggang kuda.  Pelbagai aksi dan karenah murid-murid dapat dilihat.  Antaranya ada yang kelihatan seronok, teruja dan tidak kurang juga yang takut sehingga menangis sebelum menunggang kuda.

     Antara gambar-gambar yang dapat dirakam pada hari tersebut.

                        

       

Friday, 16 June 2017

Hari Jalinan Mesra 1/2017

Program Hari Jalinan Mesra yang diadakan saban tahun ini, adalah bertujuan untuk menyediakan satu platform yang memberi peluang dan ruang kepada para ibu bapa / penjaga, untuk berinteraksi secara langsung dengan guru-guru, sama ada guru kelas mahupun guru mata pelajaran bagi membincangkan perkembangan dan kemajuan pembelajaran anak-anak mereka.
Hari Jalinan Mesra Siri 1/2017 telah berlangsung pada:-
Hari        : Jumaat
Tarikh     : 16 Jun 2017
Masa     :  8:00 a.m. – 12:00 p.m. (sesi pagi)
Tempat : Bilik darjah

     Semoga peluang ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh semua pihak dalam menjalin kerjasama erat dan berganding bahu dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah bagi menghadapi persekitaran yang mencabar pada masa hadapan.

Berikut adalah sebahagian gambar yang sempat dirakam sepanjang program berlangsung.