Saturday 21 July 2018

Tahniah Hafiz Atas Kejayaan Mewakili Negeri Selangor ke Kejohanan Kriket MSSM 2018

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Hafiz bin Suhaimi; murid Tahun 6 PPKI SKTPP yang telah terpilih mewakili Negeri Selangor ke Kejohanan Kriket MSSM yang akan diadakan di Kelantan pada 5 - 10 Ogos 2018. Semoga Hafiz dan 4 lagi rakan SKTPPnya bersama 10 orang lagi pemain dari daerah lain dapat membawa pulang piala kemenangan yang diidam-idamkan seterusnya mengulangi kejayaan tahun lepas. Buat Hafiz dan rakan-rakan; selamat berjuang.
   Didoakan agar Hafiz akan terus berjaya di bidang sukan ini pada masa depan seperti menjuarai Kejohanan Paralimpik dan seumpamanya. Tahniah juga buat coach Junaidi dan Izwan yang telah membimbing dan mengasah Hafiz hingga ke peringkat ini. Congrats & good luck!
*Lagi laporan yang sama dalam blog SKTPP di sini.

Hafiz yang segak


5 wira kriket SKTPP

Bersama idola kriket SKTPP tahun lepas - Muhammad Ashraf bin Azmi yang kini telah berada di Tingkatan 1 SMK Putra Perdana

Bersama PK PPKI; Pn. Norhamizah & Guru PJ PPKI; En. Srimahathevan

Hafiz bersama Guru Besar dan coach Izwan

Friday 20 July 2018

Hari Jalinan Mesra PPKI 1/2018

20 Julai, Jumaat - SK Taman Putra Perdana mengadakan Hari Jalinan Mesra kali ke-1 bagi tahun 2018. Kelas PPKI juga tidak ketinggalan untuk turut serta mengadakan perjumpaan bersama ibu bapa dan penjaga murid melalui Program Hari Jalinan Mesra. Ibu bapa dan penjaga murid hadir hari ini untuk berjumpa dengan guru kelas anak masing-masing dan mendapatkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun 2018. Ramai ibu bapa yang komited hadir berjumpa guru dan mendapatkan maklumat laporan pencapaian anak mereka.









Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi tamat tepat jam 12.10 tengah hari dan semua murid pulang bersama ibu bapa serta penjaga mereka.

Wednesday 18 July 2018

Program Pendidikan Alam Semulajadi Bersama Murid-Murid Pendidikan Khas Integrasi


Hutan merupakan khazanah alam semulajadi yang paling berharga dan mempunyai pelbagai fungsi termasuklah sebagai kawasan tadahan air, habitat kepada flora dan fauna, mengekalkan kestabilan alam sekitar melalui keseimbangan suhu, gas-gas dan udara, sumber ekonomi (rotan, buluh, balak), dan sebagai kawasan rekreasi, penyelidikan dan pendidikan.


Aktiviti pendidikan mengenai hutan dan alam semulajadi adalah sangat penting dan seharusnya melibatkan pelbagai golongan lapisan masyarakat termasuklah golongan kelainan upaya. Oleh yang demikian, Fakulti Perhutanan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan program ini untuk kanak-kanak kategori kelainan upaya masalah pembelajaran sekolah-sekolah daerah Sepang, Selangor dan PPKI SKTPP adalah sekolah yang terpilih untuk terlibat di dalam program ini.




Tujuan aktiviti ini adalah untuk mendedahkan murid-murid PPKI kepada alam semulajadi dan kepelbagaian sumber hutan di samping membantu meningkatkan keyakinan diri. Ia juga diharap sebagai suatu bentuk terapi di mana murid-murid kelainan upaya ini memperoleh pengalaman melakukan aktiviti pembelajaran di suasana hutan yang damai.




Program kali ini adalah siri ketiga kepada program pendidikan alam semula jadi yang berterusan khusus untuk PPKI SKTPP dan Daerah Sepang. Terima kasih banyak buat UPM.


Stesen 1 :  Makanan




Stesen 2 :  Buah-buahan




Stesen 3 :  Permainan


Stesen 4 :  Kraf





Foto-foto sepanjang program dijalankan












Ucapan oleh Guru Besar SKTPP; Pn. Rohaidah Mohd. Ali

Ucapan oleh Prof Madya Dr. Kamziah binti Abdul Kudus
Fakulti Perhutanan UPM


Thursday 12 July 2018

Majlis Sambutan Hari Jadi Murid & Perpisahan Pn. Siti Nurulhuda binti Mohd Ariff (PPM)

                     

Tarikh : 12 Julai 2018
Hari     : Khamis 
Masa   : 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari

Objektif Majlis

  1. Mewujudkan dan merapatkan silaturrahim antara murid-murid, guru-guru dan pembantu pengurusan murid (PPM).
  2. Membolehkan murid merasai kenangan manis (hari jadi) dan kenangan sedih (berpisah).
  3. Melahirkan murid-murid PPKI yang berkeperibadian mulia.
  4. Melatih murid dalam aspek pengurusan diri dan pengurusan tingkah laku.

Atur Cara Majlis


Gambar-gambar sepanjang program

Aktiviti Senamrobik


Ucapan Penolong Kanan PPKI
Pn. Norhamizah binti Hamzah

Ucapan YDP PIBG
Tuan Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian
Acara memotong kek hari jadi

Jamuan makan
Persembahan Badut






Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...