Friday 23 May 2014

Sambutan Hari Guru dan Majlis Hari Jadi Murid PPKI

JUMAAT, 23 Mei - Hari guru peringkat kelas pendidikan khas Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah disambut pada hari ini. Bersama aktiviti ini, majlis hari jadi murid PPKI yang lahir dari bulan Januari hingga Mei juga disambut serentak. Aktiviti ini turut disertai oleh pentadbir sekolah iaitu Guru Besar; Pn. Rohaidah Mohd Ali dan barisan guru penolong kanan. Antara acara yang dijalankan seperti memotong kek oleh murid yang menyambut hari jadi, pertukaran hadiah antara guru, staf PPM dan jamuan ringan.

Pelbagai hadiah daripada murid
Semua kek ditaja oleh ibu bapa dan guru
Murid sabar menunggu majlis untuk dimulakan
Guru Besar membuat ucapan perasmian
Ustazah Rozaitul Ikhma menerima hadiah sempena berjaya menamatkan
tempoh praktikum di SKTPP
Murid-murid yang menyambut hari lahir menunjukkan simbol "KAMI BENCI DADAH"
Pn. Roslina menerima hadiah cabutan bertuah daripada Pn. Rohaidah
Wajah-wajah ceria Pembantu Pengurusan Murid (PPM)
semasa bertukar hadiah

Majlis berlangsung dengan meriah walaupun diadakan secara sederhana. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini terutamanya ibu bapa murid PPKI.

Thursday 15 May 2014

Aktiviti Terapi Renang Kali Kedua 2014

KHAMIS, 15 Mei - Murid-murid PPKI seramai 14 orang telah mengikuti aktiviti terapi renang kali kedua pada tahun ini. Turut serta dalam aktiviti ini ialah guru-guru PPKI seramai 7 orang dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) seramai 4 orang. Terapi renang ini dijalankan di kolam renang Kompleks Kejiranan Putrajaya Presint 11.

Antara objektif aktiviti terapi renang dijalankan adalah bagi :

a)  Memenuhi kehendak kurikulum murid yang memerlukan terapi cara kerja
b)  Meningkatkan kemahiran individu dan psikomotor (motor kasar dan motor halus) murid pendidikan khas.
c)  Memupuk semangat keyakinan diri selepas menjalani terapi renang

Sedutan gambar-gambar sepanjang terapi renang pada tersebut...

Sebelum bertolak dari sekolah...
Aktiviti senaman sebelum memulakan terapi renang
Bersedia secara berbaris sebelum masuk ke kolam
Aktiviti keyakinan diri dalam kumpulan
Panduan guru asas cara berenang
Gelagat guru dan murid di kolam
Aktiviti terjun menjunam
Antara murid yang boleh berenang dengan sendiri
Diharap pada masa akan datang lebih ramai lagi murid dapat menyertai aktiviti yang berfaedah seperti ini.

Friday 9 May 2014

Perkhemahan Mini Pasukan Pengakap PPKI SKTPP 2014

Perkhemahan Mini PPKI telah diadakan seperti butiran berikut:

a)         Hari                 : Rabu

b)         Tarikh             : 30 April 2014

c)         Tempat           : Padang Sekolah SKTPP

d)         Sasaran         : 30 murid PPKI dan 9 orang guru PPKI

Matlamat Utama
Aktiviti perkhemahan ini adalah bertujuan untuk melahirkan generasi pelajar yang berwawasan, mempunyai imej kendiri positif, berakhlak mulia serta berfikiran matang sehingga mampu menangani masalah dan pancaroba hidup seterusnya. Melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah dihasratkan agar para peserta memupuk kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsip-prinsip berorganisasi ke arah mencapai matlamat diri dan organisasi, mencintai keindahan dan keceriaan alam sekitar, membina sahsiah yang berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya juang yang tinggi mengikut kemampuan murid.

Objektif Aktiviti Perkhemahan
i.          Meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap murid.

ii.         Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri.

iii.      Melatih murid-murid untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.

iv.       Memberikan ruang kepada murid dan guru-guru untuk melakukan aktiviti bersama dalam pengisian masa yang terluang.

v.     Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

vi.        Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan guru-guru dan murid.

PERJALANAN AKTIVITI

7.30 – 8.00     pagi
  
  Pengesahan Kehadiran,    
  Pembahagian Kumpulan

8.00 – 9.00     pagi
  Senamrobik

9.00 – 10.00   pagi
  Treasure Hunt
10.00 – 10.30 pagi

   Rehat
10.30 – 11.30 pagi
   Belajar Memasang
   Khemah

11.30 – 1.00 t/hari
   Aktiviti Memasak /
   Ikatan Pertolongan Cemas

1.00 – 2.00 petang
   Permainan Dalaman /   
   Penutup
















Di akhir aktiviti program ini, kesemua murid PPKI dilihat begitu gembira dan seronok dengan pelbagai acara yang telah dilaksanakan oleh guru dan juga PPM. Semua murid begitu bersemangat hingga ke akhir program. Kegembiraan setiap murid juga telah berganda apabila di akhir acara, setiap kumpulan murid telah dianugerahkan hadiah berupa hamper. Syabas dan tahniah diucapkan! Semoga aktiviti sebegini dapat diteruskan lagi di masa hadapan.

Berikut adalah gambar-gambar yang telah dirakam sepanjang aktiviti berlangsung:

Aktiviti regangan sebelum Senamrobik dimulakan.
Murid-murid sedang bersenam aerobik mengikut bimbingan guru. 
Aktiviti Treasure Hunt 
Bekerjasama menyelesaikan puzzle.

Semangat berpasukan.

Bersungguh-sungguh meniup tepung.
Belajar ikatan kain anduh untuk pertolongan cemas.
Disediakan oleh,
Pn. Salasiah binti Abdul Razak
Pn. Rozaitul Ikhma binti Ab Razak 
Pn. Noor Bahiriah binti Baharum

Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...