... SELAMAT DATANG KE BLOG PPKI SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG PPKI SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG PPKI SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG PPKI SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, 25 June 2014

Aktiviti Lawatan Sambil Belajar Murid PPKI

RABU, 25 Jun - Murid-murid PPKI telah mengikuti satu lawatan sambil belajar anjuran Unit Pendidikan Khas SK Taman Putra Perdana. Seramai 21 orang murid dan 13 orang guru berserta PPM telah ikut bersama dalam lawatan ini. Antara tempat-tempat yang telah dilawati pada hari tersebut ialah Kilang Biskut Berly's Serdang, Akuaria dan Petrosains di KLCC.

Antara aksi dan gelagat murid bersama guru pada hari tersebut...

Wajah-wajah ceria selepas bertolak dari sekolah
"Kami Benci Dadah"
Logo Kilang Biskut "Berly's"
Murid mengendali mesin jengkaut mini
Di pintu masuk "Petrosains"
Guru dan murid di dalam "Petrosains"
Semasa menaiki "tren" di Petrosains
Aquaria KLCC
Aksi bebas murid
Antara hidupan di Aquaria
Penyu paling besar di Aquaria
Semua murid dan guru tiba di sekolah pada pukul 5.00 petang dengan selamat. Diharap aktiviti sebegini dapat dijalankan lagi pada masa yang akan datang.

Wednesday, 18 June 2014

Lawatan Sambil belajar

Makluman untuk semua ibu bapa / penjaga,

Satu program Lawatan Sambil Belajar akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh    : 25 Jun 2014
Masa     : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat  : Sekitar Kuala Lumpur (Kilang Cookie's, Aquaria dan Petrosains KLCC)

Adalah diharapkan semua ibu bapa / penjaga memberi kebenaran kepada murid dan terlibat dalam aktiviti yang akan dijalankan ini. Bayaran tambahan sebanyak RM15.00 akan dikenakan bagi setiap murid yang ingin mengikuti aktiviti lawatan dan dijelaskan selewat-lewatnya 23 Jun 2014 (Isnin).

Sebarang pertanyaan berkaitan lawatan ini boleh berhubung dengan
Pn. Noor Hayati Bt Yusof (Guru PPKI).