Friday 26 August 2016

Karnival Jualan Bayam

PENGENALAN


Karnival ini adalah merupakan sebahagian daripada tugasan yang perlu dilaksanakan oleh murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Taman Putra Perdana yang menduduki Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) pada tahun ini. Projek yang perlu dijalankan adalah PROJEK TANAMAN BAYAM dan mempromosikan hasil tanaman melalui konsep karnival keusahawanan.




JUSTIFIKASI

Melalui projek ini, murid-murid akan kenal konsep jual beli yang diamalkan dengan menggunakan wang ringgit. Di samping itu, karnival ini akan memupuk nilai keusahawanan dan memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dengan orang lain semasa mengendalikan aktiviti jual beli dalam kalangan orang ramai.


TARIKH : 26 OGOS 2016
MASA    : 8.00 - 11.00 PAGI
LOKASI  : BLOK PPKI SKTPP
PERASMIAN : 
Dirasmikan oleh Pn. Rohaidah binti Mohd Ali 
 Guru Besar SK Taman Putra Perdana 

Ucapan perasmian oleh Pn. Rohaidah bt Mohd Ali
Guru Besar SK Taman Putra Perdana


Gimik perasmian memotong reben gerai bayam oleh Pn. Rohaidah dan Tuan Haji Khairul Azhar b. Mohammad Sufian YDP PIBG SKTPP


SELAMAT MAJU JAYA
DIUCAPKAN KEPADA MURID-MURID PASR
PPKI SK TAMAN PUTRA PERDANA 2016

Friday 19 August 2016

Hari Sukan Sindrom Down Peringkat Daerah Sepang

Hari Sukan Down Syndrome Peringkat Daerah Sepang adalah anjuran bersama PPD Sepang dan Persatuan Pendidikan Khas Daerah Sepang. SKTPP telah menghantar 8 orang murid untuk menyertai hari sukan tersebut.

Senarai nama murid yang menyertai;
1. Nur Amalia Aisyah Bt Hasni
2. Muhammad Haziq Azri Bin Nazaruddin
3. Nur Aimy Batrisyia Binti Mohd Azuan
4. Muhammad Harish Hafiy Bin Khairul Anuar
5. Nur Alyssa El-Emin Bt. Muhammad Fakhri El-Emin
6. Muhammad Adam Haiqal Bin Mat Noor
7. Muhammad Arsyad Bin Masril
8.Muhammad Hasif Shah Bin Hazan

Tarikh     : 19 Ogos 2016 (Jumaat)
Masa      : 7.30 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat   : Dewan Orang Ramai Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi

Tema  : Badan Sihat Otak Cerdas
Objektif  :
  • Membentuk murid yang berdaya saing dan mempunyai keyakinan pada diri sendiri.
  • Menggabungjalin kemahiran motor kasar , berkomunikasi, kecekapan fizikal dan mental.
  • Merapatkan hubungan silaturrahim antara semua pihak.
  • Menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, tolong-menolong dan peka terhadap keadaan sekeliling.

Atur cara program;

7.30 - 8.30 pagi   :  Pendaftaran Peserta
8.30 - 9.00 pagi   :  Senaman 1 Malaysia
9.00 - 11.00 pagi :  Telematch
  • Stesen 1 - Kick Challenge
  • Stesen 2 - Dragon Ball
  • Stesen 3 - Ninja Warrior
  • Stesen 4 - Rubber Google
  • Stesen 5 - Magic Flying
11.00 - 11.30 pagi          - Majlis penutup
12.00 tengah hari          - Majlis bersurai

Banting Sukan Down Syndrome


Murid tiba di Dewan Dahlia dan sarapan pagi.




Senaman 1 Malaysia





 Pembahagian Kumpulan



Aktiviti yang dijalankan



Murid makan tengah hari sebelum pulang 

Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...