Thursday 28 July 2016

Jamuan Riang Ria Aidilfitri PPKI Bersama Ibu Bapa 2016

PENGENALAN

Jamuan Riang Ria Aidilfitri PPKI ini merupakan program yang ditunggu-tunggu oleh muridurid PPKI, guru-guru, Pembantu Pengurusan Murid, para pentadbir malah ditunggu-tunggu juga oleh para ibu bapa murid-murid PPKI SK Taman Putra Perdana.


OBJEKTIF
  • Menyambut Hari Raya bersama-sama warga PPKI SK Taman Putra Perdana
  • Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara warga sekolah dengan para ibu bapa murid-murid PPKI
  • Meraikan dan menggembirakan hati anak-anak istimewa  
ATUR CARA PROGRAM 


Tarikh   : 28 JULAI 2016
Masa     : 9.00 PAGI HINGGA 1.30 PETANG
Tempat : RIO GRILL HOUSE PUTRA PERDANA



SENARIO JAMUAN RIANG RIA AIDILFITRI


Ucapan Pn.Rohaidah bt Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana













Tetamu VIP dan para pentadbir yang turut hadir

Thursday 21 July 2016

Aktiviti Lapangan: Menonton Wayang di Golden Screen Cinema (GSC) Alamanda, Putrajaya.

Khamis, 21 Julai 2016 - Unit Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Taman Putra Perdana telah menganjurkan satu aktiviti lapangan menonton wayang gambar 'IceAge' di Golden Screen Cinema (GSC) Alamanda, Putrajaya. Aktiviti lapangan yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid PPKI tentang suasana pembelajaran di luar kelas dan secara tidak langsung menanamkan keyakinan diri kepada murid-murid PPKI untuk membina kemahiran komunikasi dan keyakinan diri murid itu sendiri. Aktiviti lapangan yang dijalankan ini telah disertai oleh 30 orang murid dan 12 orang guru serta Pembantu Pengurusan Murid (PPM).

- 8.30 pagi, semua guru dan murid berkumpul dan bergerak  mengikut kumpulan  kecil masing -masing yang     telah ditetapkan.

- 9.30 pagi, semua murid dan guru  makan tengahari di Wendy's, d'Pulze, Cyberjaya.

-10.30 pagi, semua murid berkumpul dan bergerak ke Golden Screen Cinema (GSC),
 Alamanda, Putrajaya untuk menonton filem 'IceAge'.

- 12.30 tengah hari, semua murid berkumpul dan bertolak pulang ke SK Taman Putra Perdana.


Semua murid berkumpul di kantin mengikut kumpulan masing-masing


Semua murid beratur dan menaiki kenderaan yang telah ditetapkan oleh guru


Murid sedang menikmati makanan di Wendy's d'Pulze, Cyberjaya


wajah ceria murid-murid yang tidak sabar untuk menonton tayangan gambar 'IceAge'


   Murid - murid beratur untuk masuk ke dalam panggung wayang


 Suasana di dalam panggung wayang setelah selesai tayangan gambar 'IceAge'


Murid-murid kelihatan ceria dan gembira setelah selesai menonton tayangan gambar 'IceAge'



























Tuesday 19 July 2016

Selamat Datang PPM Baru

Selamat datang diucapkan kepada Pembantu Pengurusan Murid (PPM) baru; Pn. Rohasniza binti Abdul Majid ke SKTPP. Pn. Rohasniza akan memulakan tugas pada hari Jumaat 22 Julai 2016 ini. Semoga kehadiran beliau akan meringankan lagi beban tugas PPM yang ada dalam mengurus anak-anak PPKI kita serta dapat memantapkan lagi pendidikan khas sekolah ini..


Monday 18 July 2016

Taklimat PASR Bersama Ibu Bapa

Isnin, 18 Julai 2016 (9.00 pagi-10.00 pagi) - Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) telah mengadakan satu taklimat berkaitan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) kepada  pentadbir dan ibubapa murid-murid yang terlibat. Taklimat yang diadakan ini adalah bertujuan untuk memaklumkan serta memberi sedikit pendedahan dan maklumat kepada ibu bapa murid yang terlibat berkenaan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) yang sedang berlangsung pada 4 Julai 2016 - 2 September 2016 bagi ProKhas 1 dan 5 September 2016 - 7 Oktober 2016 bagi ProKhas 2. Melalui taklimat yang disampaikan ini juga, ibubapa diberi pendedahan bagaimana sesuatu pentaksiran itu dijalankan ke atas murid yang terlibat serta sistem pemarkahan yang dibuat dalam Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) ini. Calon yang layak menduduki PASR seramai 4 orang murid  iaitu Muhammad Alif Hakimi Bin Mazlan, Thereen Kumar A/L Kumar Ravi, Nurvindhran A/L Muralitharan dan Nur Athirah Safiya Binti AidilHad. Manakala guru yang terlibat sebagai pentaksir adalah En. Srimahathevan A/L Vadivelu (Pentaksir Kemahiran Hidup), Pn. Rafidah Binti Salleh (Setiusaha PASR dan Pentaksir Bahasa Melayu) serta Pn. Nurul Iman Binti Illyas (Pentaksir Matematik). 

Taklimat yang dipengerusikan oleh Puan Norhamizah Binti Hamzah yang juga merupakan Penolong Kanan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) ini telah dihadiri oleh Puan Rohaidah Binti Mohd Ali (Guru Besar SK Taman Putra Perdana), Puan Azizah Binti Mokhlas (Penolong Kanan 1 SK Taman Putra Perdana), Puan Rosmah Binti Jamat (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Taman Putra Perdana). Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada ibubapa yang hadir iaitu En. Aidilhad Bin Md. Natar, En. Ahmad Hafizuddin Bin Mohamed, En. Ravi Kumar, Puan Suguna Muralitharan dan Puan Mazita Binti Mamat.

Semoga kerjasama yang erat di antara pentadbir, guru dan ibubapa dapat memberikan impak yang positif ke atas kejayaan murid-murid kita dengan lebih cemerlang lagi pada masa hadapan.
Sekian, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat di dalam taklimat PASR ini.










Ibubapa juga dibawa untuk melawat tapak semaian bagi projek tanaman bayam yang sedang diusahakan

Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...