... SELAMAT DATANG KE BLOG PPKI SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG PPKI SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG PPKI SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG PPKI SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Saturday, 22 June 2013

AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI (LATIHAN OLAHRAGA)

Khamis, 20 Jun - Murid-murid PPKI pada hari ini telah mengikuti aktiviti latihan olahraga sewaktu mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Latihan ini dijalankan sempena sebagai persediaan untuk acara olahraga (50m dan 100m) pada hari sukan sekolah yang akan diadakan tidak lama lagi. Murid-murid dibahagikan mengikut kumpulan selepas aktiviti saringan dan dilatih oleh guru-guru PPKI.

Latihan senaman sebelum aktiviti dijalankan

Larian 100m lelaki

Murid kumpulan KSSR

Larian 50m perempuan

Murid berlari ke garisan penamat

Kehadiran:

Guru   - 2 orang
PPM  - 3 orang
Murid  -  29 orang

Friday, 14 June 2013

AKTIVITI KEMAHIRAN HIDUP PPKI


Khamis, 13.Jun.2013. Aktiviti kemahiran hidup PPKI pada minggu ini ialah asas jahitan.
Objektif pengajaran dan pembelajaran ialah :
  • mengenal alat jahitan
  • memasukkan benang ke dalam lubang  jarum
  • menjahit jahitan jelujur kasar
Antara gambar aktiviti yang dijalankan pada hari ini ialah :
Alat yang digunakan pada hari ini.

 


Murid ditunjuk cara memasukkan benang ke dalam lubang jarum




 
 
 
 
 Murid memasukkan benang ke dalam lubang jarum



Kelas Inovatif
Kelas Kreatif

Kelas Proaktif
Kelas Bestari

    AKTIVITI LATIHAN BESBOL

    Khamis, 13 Jun - Pada hari ini murid-murid PPKI mendapat latihan mengenai permainan besbol. Latihan jasmani mingguan pada kali ini disertai seramai 27 orang murid dan dikendalikan oleh En Hazim bersama En Srimahathevan. Besbol (Bahasa Inggeris - baseball) merupakan sukan jenis "pukul dan bola"  yang dimainkan oleh dua pasukan. Setiap pasukan perlu dianggotai oleh seramai sembilan pemain. 

    Latihan senaman pemanasan badan


    Contoh alatan permainan besbol
    Topi keselamatan dan sarung tangan 

    Latihan membaling

    En Hazim memberikan penerangan kepada murid

    Murid melakukan pukulan


    Aktiviti dapat dijalankan dengan baik dan tamat pada pukul 8.30 pagi.

    Wednesday, 12 June 2013

    AKTIVITI KOKURIKULUM PPKI BADAN BERUNIFORM PENGAKAP

    Rabu, 12 Jun 2013. Pada minggu ini, murid-murid PPKI menjalani aktiviti asas berkawad. Aktiviti ini dimulakan dengan tayangan video dan slide show asas berkawad pengakap yang betul. Murid di tunjukkan cara asas berkawad iaitu sedia, rehatkan diri, senang diri, ke kanan lurus dan ke kiri pusing. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk aktiviti pada hari ini. Di dalam kumpulan murid mempraktikkan asas berkawad dengan bimbingan guru.
    Gambar -gambar sepanjang aktiviti dijalankan.

     Guru memberi penerangan tentang asas berkawad dan tayangan 'slide ' ditunjukkan kepada murid.

    Kumpulan kelas K1 dan K2 dilatih cara asas berkawad.


    Kumpulan K3 dan K4 dilatih cara asas berkawad.

    KEMAHIRAN MANIPULATIF
    Selasa 11 Jun 2013, murid pendidikan khas menjalani aktiviti origami bagi subjek kemahiran manipulatif.  Objektif dari aktiviti ini, diharap murid-murid dapat melakukan pergerakan motor halus bagi menghasilkan bentuk iaitu sebuah rumah daripada kertas.
    Aktiviti dimulakan dengan penerangan oleh guru tentang cara lipatan mengikut langkah-langkah yang ditunjukkan oleh guru.

    Murid-murid dibahagikan mengikut kelas masing-masing sambil dibantu oleh guru dan pembantu pengurusan murid (PPM) semasa aktiviti dijalankan.










    Murid-murid dengan gembira menunjukkan hasil masing-masing yang telah disiapkan.