Friday 27 October 2017

Program Keyakinan Diri di Air

        Pada 26 Oktober 2017, satu program keyakinan di air telah dijalankan di Kolam Renang Kompleks Kejiranan Presint 11 Putrajaya. Seramai 45 orang murid, 11 orang guru dan 4 pembantu pengurusan murid serta 5 orang ibu bapa telah mengikuti program ini. Aktiviti ini bertujuan untuk memenuhi aktiviti terapi di bilik darjah bagi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Taman Putra Perdana yang telah dirancang di samping dapat meningkatkan kemahiran individu dan psikomotor kasar dan halus murid-murid khas. 


                   Objektif


                1. Membolehkan murid-murid memperolehi pengetahuan dan pengalaman di luar                      bilik darjah.
2.Menyemai sifat berani mencuba dan meningkatkan keyakinan dalam kalangan
   murid Pendidikan Khas.
3.Membolehkan murid menjalani sesi terapi yang dapat meningkatkan
  perkembangan kemahiran motor kasar, motor halus dan perkembangan kecerdasan
  fizikal mengikut keutamaan.
4.Memberi pendedahan kepada murid-murid untuk melibatkan diri dengan aktiviti
   luar.


Pelaksanaan Program

7.30 pagi - 8.00 pagi
- Murid berkumpul di sekolah
- Taklimat mengenai keselamatan untuk sepanjang program dan keselamatan 
  di kolam renang
- Sarapan pagi

8.30 pagi
-Bertolak ke kolam renang Kompleks Kejiranan Presint 11

9.00 pagi
-Tiba di Kompleks Kejiranan Presint 11
- Penerangan keselamatan
- Aktiviti Program Keyakinan Diri di Air

11.30 pagi
- Pengurusan murid
- Makan tengah hari
- Bertolak pulang ke sekolah


Gambar sepanjang aktiviti

















Thursday 12 October 2017

Aktiviti Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor di Dreamworld Indoor Playcentre

Pada 12 Oktober 2017 bersamaan hari Khamis,  telah diadakan satu Aktiviti Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor di Dreamworld Indoor Playcentre IOI City Mall Putrajaya. Bilangan ahli rombongan adalah seramai 67 orang terdiri daripada 51 orang murid, 12 orang guru dan 4 orang PPM.

Seiring dengan keperluan murid-murid khas, Dreamworld Indoor Playcentre menyediakan pelbagai kemudahan serta permainan yang mampu meningkatkan daya pengamatan dan merangsang murid-murid tersebut untuk bertindakbalas secara positif terhadap sesuatu selain menyediakan ruang untuk mereka bersosial.

Seawal jam 7.30 pagi, murid telah dikumpulkan untuk bersarapan pagi. Murid kemudiannya dibahagikan kepada 2 bahagian kerana rombongan akan bergerak ke IOI City Mall menaiki 2 buah bas.

Sekitar pukul 10.00 pagi, rombongan tiba di IOI City Mall. Murid diberi peluang untuk bermain sepuas-puasya selama hampir 2 jam.

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat diambil sepanjang aktiviti berjalan:

















Murid begitu teruja dan gembira dengan segala permainan yang disediakan. Jelas kelihatan keterujaan dan keseronokan di riak muka mereka.


Anggaran pukul 12.00 tengah hari, murid-murid dikumpulkan semula untuk makan tengah hari sebelum bertolak pulang ke sekolah. 



Rombongan tiba di perkarangan sekolah sekitar jam 1.30 petang.

Thursday 5 October 2017

Jelajah Ilmu PPKI SK Taman Putra Perdana Ke Pulau Pinang

Tarikh aktiviti  : 5-7 Oktober 2017
Hari                  : Khamis - Sabtu
Tempoh Masa : 3 Hari

Matlamat         : Meningkatkan kemahiran sosial murid dengan berhadapan bersama 
                           masyarakat dan dunia luar.

Objektif           : 1. Memperoleh pengalaman baru ketika murid berhadapan dengan
                               komuniti masyarakat luar.
                           2. Murid mendapat pendedahan ilmu baru dari segi pembelajaran di luar 
                               bilik darjah.
                           3. Memupuk semangat perpaduan melalui penglibatan semua murid
                               pelbagai kaum, bahasa dan agama.
                           4. Mengamal sikap berdikari dengan menyertai lawatan bersama rakan-
                               rakan dan guru. 

Kekuatan program : 1.Sokongan pentadbir untuk kelulusan penggunaan kewangan
                                   2.Kerjasama AJK pelaksana.
                                   3.Sokongan kewangan dari ibu bapa/penjaga.
                                   4.Sumbangan kewangan dari pihak PIBG.

Kelemahan programTidak dapat melibatkan semua murid kerana tiada kebenaran ibu 
                                      bapa dan disebabkan kekangan kewangan ibu bapa.  

Keberhasilan aktiviti 1. Murid yang menyertai program lebih berpengetahuan tentang 
                                          pelbagai tempat menarik di Pulau Pinang.
                                      2. Murid lebih yakin untuk bercerita tentang sekitar tempat-tempat
                                          yang dilawat di Pulau Pinang.
                                      3. Murid memupuk semangat bermasyarakat apabila berhadapan
                                          dengan dunia luar.

Gambar-gambar sekitar program dijalankan:

Menaiki bas ke KL Sentral
Perjalanan dalam ETS (pergi dan balik) dari KL Sentral ke Pulau Pinang
              
Murid-murid kelihatan teruja dan seronok menaiki feri.
            
            
Menaiki kereta kabel ke Bukit Bendera.

Taklimat lawatan penanda aras dan sesi bergambar di SK Bandar Tasek Mutiara.

Kelas PPKI abad ke-21 di SK Bandar Tasek Mutiara

Singgah sebentar di Kompleks Jeruk Madu Pak Ali

  
Lawatan ke Akuarium Tunku Abdul Rahman

Lawatan ke Muzium Perang

3D Penang Trick Art Museum

Singgah di Pantai Miami

Melawat kilang kopi sambil minum air percuma.

Murid-murid, ibu bapa, guru-guru dan pembantu pengurusan murid selamat sampai di sekolah pada pukul 7.00 malam 7.10.2017 (Sabtu).












Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...