Thursday 26 February 2015

Aktiviti Lapangan - Terapi Berkuda

Khamis, 26 Feb 2015  -  Aktiviti Lapangan - Terapi Berkuda telah diadakan bertempat di padang sekolah. Aktiviti ini bertujuan untuk memenuhi aktiviti terapi di samping meningkatkan kemahiran individu, psikomotor kasar dan halus. 

Sebelum terapi berkuda dijalankan, murid - murid melakukan regangan bagi memanaskan badan. Penerangan tentang aspek keselamatan sebelum dan semasa menunggang kuda juga diberikan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

2 ekor kuda digunakan secara bergilir-gilir membawa murid mengeliling kawasan padang sekolah. Sepanjang aktiviti berlangsung, murid kelihatan sangat seronok dan teruja. 





disediakan oleh : Pn Nurul Iman binti Illyas

Thursday 12 February 2015

Aktiviti Pengurusan Diri (Kerja Lapangan Terapi Air)

Khamis, 12 Feb - Murid-murid PPKI kelas Compaq dan Apple hari ini dibimbing bagi aktiviti pengurusan diri. Seramai 12 orang murid dari 2 kelas ini terlibat dalam latihan terapi lapangan air sebagai salah satu aktiviti luar bilik darjah kepada mereka. Sepanjang aktiviti berjalan, murid-murid begitu teruja dan seronok dalam kolam renang. Para Pembantu Pengurusan Murid (PPM) turut serta dan membantu mengurus murid semasa aktiviti dijalankan.

Sebelum aktiviti dijalankan:







Semasa aktiviti dijalankan:








Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...