... SELAMAT DATANG KE BLOG PPKI SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG PPKI SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG PPKI SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG PPKI SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, 29 November 2016

Majlis Jamuan Akhir Tahun & Sambutan Hari Lahir

Isnin, 21 Nov - Majlis Jamuan Akhir Tahun dan Sambutan Hari Lahir murid PPKI telah dijalankan dengan jayanya bertempat di Restoran D'Empangan Udang Galah, Presint 5 Putrajaya. Program seumpama ini diadakan bertujuan mengeratkan hubungan yang sedia terjalin di antara ibu bapa, guru, PPM dan juga pentadbir sekolah. Di samping itu, majlis ini turut dapat memberi penghargaan dan meraikan murid-murid PPKI selain meningkatkan interaksi sosial dan komunikasi murid.

Antara agenda semasa jamuan adalah:

  • Ucapan PK Pendidikan Khas, YDP PIBG dan Guru Besar
  • Sambutan dan penyampaian hadiah hari lahir kepada murid yang lahir dari bulan Julai hingga Disember
  • Majlis Lambaian Kasih murid Tahun 6
  • Cabutan bertuah 
Gambar-gambar sewaktu sambutan hari jadi dan jamuan :
Ucapan PK Pendidikan Khas, YDP PIBG dan Guru Besar

Sambutan hari lahir 







Penghargaan kepada murid Tahun 6

Barisan PPKI SKTPP

Majlis tamat pada pukul 3.00 petang. Setinggi-tinggi penghargaan kepada para ibu bapa dan pihak yang tampil memberi sumbangan bagi menjayakan majlis ini.


Friday, 11 November 2016

Program Pendidikan Alam Semulajadi Bersama Murid-Murid Pendidikan Khas Intergrasi (PPAS - PPKI)


Tarikh: 9 November 2016
Tempat : Pusat Pendidikan Perhutanan Sultan Idris Shah (SISFEC) Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong.
Bilangan Guru/PPM: 9 guru ,  2 PPM
Bilangan Murid: 25 orang

Murid-murid PPKI dari SKTPP merupakan murid-murid pertama dan perintis  dalam Daerah Sepang yang telah dijemput menyertai program  anjuran Fakulti Perhutanan dari UPM ini. Tujuan aktiviti ini adalah untuk mendedahkan murid-murid PPKI kepada persekitaran dan kepelbagaian sumber hutan di samping membantu meningkatkan keyakinan diri, kerjasama dan kemahiran berkomunikasi dalam kerja berkumpulan.

Matlamat program adalah:
  • membangunkan modul pendidikan alam semulajadi untuk murid sekolah di PPKI kategori masalah pembelajaran
  • Membentuk sekolah-sekolah di PPKI di Daerah Sepang menjadi contoh dalam pendidikan alam semula jadi untuk PPKI di sekolah-sekolah yang lain di selangor
  • Membentuk jaringan dalam kalangan sekolah-sekolah PPKI yang peka dan aktif dalam aktiviti pendidikan alam sekitar

Berikut adalah aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program:-

1. Aktiviti di dalam denai
Sepanjang perjalanan di denai murid-murid telah dapat mengenali dan mempelajari perkara-perkara seperti 

  • Biji benih yang pelbagai bentuk, saiz dan cara penyebaran
  • Daun-daun yang pelbagai bentuk dan saiz 
  • Saiz pokok di mana murid telah diperkenalkan dengan akar banir pokok yang penting dalam menyokong pertumbuhan pokok hutan
  • Kepentingan dan keperluan cahaya matahari, air dan nutrien kepada tumbuhan dan haiwan
  • Haiwan liar yang boleh didapati di dalam hutan seperti serangga, semut hutan, kelawar dan burung.
  • Murid-murid turut diperkenalkan dengan kulat dan kepentingan kulat sebagai bahan pereput untuk mengembalikan nutrien ke dalam tanah.

2. Aktiviti Trust Fall
  • Peserta telah dijatuhkan pada ketinggian yang berbeza dan disambut oleh ahli-ahli kumpulan masing-masing 
3. Aktiviti menanam pokok
  • Murid-murid telah menanam pokok dan dibantu oleh fasilitator
1. Aktiviti mengenal biji benih  2. Aktiviti mengenal kulat  3. Aktiviti mengenal haiwan liar  4. Aktiviti mengenal habitat haiwan 

1. Aktiviti mengenal bentuk dan saiz daun  2. Aktiviti menanam pokok  3. Aktiviti Trust Fall 

Aktiviti pendidikan mengenai hutan dan alam sekitar adalah sangat penting dan seharusnya melibatkan pelbagai golongan lapisan masyarakat termasuklah golongan kelainan upaya. 

Berita Program Terapi Alam Sekitar PPKI SKTPP telah keluar Utusan Malaysia bertarikh 28 November 2016

Hari Jalinan Mesra Sesi 2/2016 (Program Integrasi Pendidikan Khas)

Program Hari Jalinan Mesra yang diadakan saban tahun ini, adalah bertujuan untuk menyediakan satu platform yang memberi peluang dan ruang kepada para ibu bapa / penjaga, untuk berinteraksi secara langsung dengan guru-guru, sama ada guru kelas mahupun guru mata pelajaran bagi membincangkan perkembangan dan kemajuan pembelajaran anak-anak mereka.
Hari Jalinan Mesra Siri 2/2016 telah berlangsung pada:-
Hari        : Khamis
Tarikh     : 10 November 2016
Masa     :  8:00 a.m. – 12:00 p.m. (sesi pagi)
Tempat : Bilik darjah

     Semoga peluang ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh semua pihak dalam menjalin kerjasama erat dan berganding bahu dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah bagi menghadapi persekitaran yang mencabar pada masa hadapan.

       
Berikut adalah sebahagian gambar yang sempat dirakam sepanjang program berlangsung.


Thursday, 3 November 2016

Aktiviti Lapangan : Membeli-Belah

3 Nov, Khamis - Buat julung-julung kalinya murid-murid PPKI dibawa untuk aktiviti lapangan (membeli-belah) di Tesco Bukit Puchong. Aktiviti seumpama ini yang pertama kali dianjurkan oleh Unit Pendidikan Khas SK Taman Putra Perdana amat memberangsangkan kerana mendapat penyertaan murid yang agak ramai. Murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan dengan dibantu oleh guru dan pembantu pengurusan murid (PPM). Antara agenda yang dijalankan adalah murid-murid diminta untuk mencari barang-barang di dalam Tesco dengan menunjukkan gambar. Murid-murid sangat proaktif dan teruja semasa mencari barang-barang yang diperlukan.

Sedutan gambar-gambar sepanjang aktiviti..




Guru memberi arahan sebelum aktiviti bermula



Murid gigih mencari barang yang diperlukan

Murid membayar untuk barang yang dibelinya

Murid dibantu PPM untuk belajar cara membayar di kaunter



Murid makan dulu sebelum balik sekolah

Thursday, 13 October 2016

Aktiviti Kerja Lapangan - Terapi Boling

Pada 13 Oktober 2016 (Khamis), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)  telah mengadakan aktiviti Kerja Lapangan - Terapi Boling di ArlPower Bowl, Alamanda.  Seramai 34 orang murid, 11 orang guru dan 4 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) telah mengikuti aktiviti tersebut.Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti luar kelas yang terdapat dalam takwim tahunan PPKI SKTPP.

Terapi boling ini bertujuan untuk melatih pergerakan psikomotor kasar dan halus murid dengan lebih baik terutama bagi murid yang bermasalah kemahiran psikomotor.  Selain itu aktiviti ini dapat membina keyakinan diri murid dan melatih murid supaya fokus dan memberi perhatian dalam melakukan sesuatu tindakan. Contohnya, untuk membaling bola boling, murid perlu melihat ke arah pin boling dan perlu membaling bola tersebut dengan cara yang betul barulah pin tersebut akan jatuh.

Pembahagian kumpulan 

Penerangan tentang cara bermain dan aspek keselamatan oleh Cikgu Dzarfan


Aksi-aksi semasa aktiviti berjalan

Sesi bergambar kenangan di luar - Arlpower Bowl, Alamanda

Sesi soal jawab berkaitan hasil pembelajaran selepas habis aktiviti



Aktiviti makan selepas aktiviti di Mc Donald Alamanda

Murid tiba di perkarangan sekolah pada jam 1.45 petang.

Friday, 26 August 2016

Karnival Jualan Bayam

PENGENALAN


Karnival ini adalah merupakan sebahagian daripada tugasan yang perlu dilaksanakan oleh murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Taman Putra Perdana yang menduduki Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) pada tahun ini. Projek yang perlu dijalankan adalah PROJEK TANAMAN BAYAM dan mempromosikan hasil tanaman melalui konsep karnival keusahawanan.




JUSTIFIKASI

Melalui projek ini, murid-murid akan kenal konsep jual beli yang diamalkan dengan menggunakan wang ringgit. Di samping itu, karnival ini akan memupuk nilai keusahawanan dan memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dengan orang lain semasa mengendalikan aktiviti jual beli dalam kalangan orang ramai.


TARIKH : 26 OGOS 2016
MASA    : 8.00 - 11.00 PAGI
LOKASI  : BLOK PPKI SKTPP
PERASMIAN : 
Dirasmikan oleh Pn. Rohaidah binti Mohd Ali 
 Guru Besar SK Taman Putra Perdana 

Ucapan perasmian oleh Pn. Rohaidah bt Mohd Ali
Guru Besar SK Taman Putra Perdana


Gimik perasmian memotong reben gerai bayam oleh Pn. Rohaidah dan Tuan Haji Khairul Azhar b. Mohammad Sufian YDP PIBG SKTPP


SELAMAT MAJU JAYA
DIUCAPKAN KEPADA MURID-MURID PASR
PPKI SK TAMAN PUTRA PERDANA 2016