... SELAMAT DATANG KE BLOG PPKI SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG PPKI SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG PPKI SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG PPKI SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, 7 November 2014

Sumbangan jus Memoreen Plus Al Aqwa

Sempena program perkhemahan dan Jamuan Akhir Tahun PPKI minggu hadapan, Syarikat Al Aqwa telah bermurah hati menderma jus kesihatan yang boleh merangsang sel dan minda kepada semua murid dan guru serta PPM PPKI. Syarikat tersebut juga telah menyumbang kewangan bagi mengadakan jamuan tersebut. Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pengurus Al Aqwa; Pn. Norlina Mohamed atas sumbangan yang sangat bermakna tersebut. Semoga murah rezeki syarikat pada masa depan...












 Terima kasih Al Aqwa - jasamu dikenang
Tumpuan fokus cerdas minda

Thursday, 6 November 2014

Program Terapi Floor Time


Pada Rabu, 5  November  -  Murid-murid PPKI telah mengikuti terapi Floor Time di Berjaya Times Square anjuran Unit Pendidikan Khas SK Taman Putra Perdana.  Aktiviti ini disertai oleh murid PPKI seramai 22 orang dan 6 orang guru beserta 2 orang pembantu pengurusan murid. Terapi Floor Time ini merupakan satu usaha bagi merangsang perkembangan emosional, membina sikap positif serta akhlak yang baik, meningkatkan kecerdasan dan memupuk sikap berdikari dalam diri setiap murid.

Antara aksi dan gelagat murid bersama guru pada hari tersebut….










Semua murid dan guru tiba di sekolah dengan selamat pada jam 4.00 petang. Terima kasih diucapkan kepada semua murid dan ibu bapa. Jumpa lagi dalam sesi terapi yang akan datang..


Tuesday, 14 October 2014

Sambutan Hari Kanak-Kanak

14 Oktober, Selasa - Pada hari ini, sekolah telah menyambut Hari Kanak-Kanak bagi tahun ini. Dalam aktiviti ini murid-murid PPKI juga telah membuat persembahan acara "Mini Senamrobik". Acara berjalan dengan lancar dan murid-murid berasa begitu teruja melalui persembahan ini.

Sedutan ragam murid dan guru sebelum serta semasa aktiviti:










Setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru dan pembantu pengurusan murid bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar.

Wednesday, 24 September 2014

Majlis Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia 1 Malaysia Peringkat Kebangsaan 2014

24  September, Rabu - Pada hari ini, murid-murid PPKI menyertai Majlis Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia 1 Malaysia Peringkat Kebangsaan 2014. Aktiviti ini disertai oleh semua murid PPKI dan murid-murid RMT serta diselia oleh guru-guru serta pembantu pengurusan murid. Majlis dimulakan dengan penerangan secara ringkas oleh GPK HEM Pn. Jamilah binti Ariffin, dan diikuti oleh aktiviti  minum susu secara serentak pada jam 10.30 pagi.

Suasana sewaktu majlis sambutan...
 




Wednesday, 20 August 2014

Terapi Berkuda

Program ini telah dijalankan dengan jayanya bertempat di padang Sekolah Kebangsaan Putra Perdana. Seramai 22 orang murid beserta 8 orang guru dan 3 orang Pembantu Pengurusan Murid  turut serta dalam aktiviti ini. Program bermula pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 11.00 pagi. Sepanjang aktiviti murid telah dikendalikan sepenuhnya oleh  fasilitator. Tiada kecederaan atau kemalangan semasa aktiviti ini dijalankan.

 Aktiviti sebelum menunggang kuda

Senaman ringan untuk memanaskan badan

Sesi bergambar sebelum aktiviti menunggang kuda  

Murid sedang menunggu giliran.

 Aktiviti semasa.













Selepas aktiviti berkuda
Kegembiraan terpancar di wajah murid-murid selepas selesai aktiviti menunggang kuda

Pihak PPKI SKTPP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak iaitu fasilitator-fasilitator berkuda, pentadbir sekolah, ibubapa / penjaga, guru-guru dan pembantu pengurusan murid serta semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung bagi memastikan aktiviti ini dapat dijalankan dengan lancar

 Disediakan oleh Siti Masra