Thursday 23 May 2013

LATIHAN PERMAINAN SOFBOL

Khamis, 23 MEI - Murid-murid PPKI hari ini telah berpeluang mendapat asas latihan permainan softol sewaktu aktiviti Pendidikan Jasmani. Aktiviti yang berjalan selama sejam itu bermula jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi memuatkan latihan asas yang dikendalikan oleh En Hazim dan dibantu oleh En Srimahathevan. Seramai 20 orang murid terlibat dalam latihan asas ini dan turut dibimbing oleh pembantu murid.

Antara aktiviti yang dilaksanakan:

a) Aktiviti regangan dan pemanasan badan.
b) Pengenalan alatan sofbol dan peraturan permainan.
c) Demo latihan asas mengikut teknik yang sesuai kepada murid.
d) Latihan "Pitching" dan memukul bola.

Latihan pemanasan menggunakan alatan sofbol

Aktiviti belajar cara membaling dan menangkap bola


Praktis "Pitching" mengikut pasangan

Panduan demo latihan daripada En Hazim

Murid mempraktikkan tunjuk ajar guru

Murid menunggu giliran untuk melakukan pukulan.













No comments:

Post a Comment

Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...