Wednesday 22 May 2013

TAKLIMAT INKLUSIF PPKI

Pada 21/5/2013 (Selasa), bertempat di Bilik Mesyuarat SKTPP, Panitia Pendidikan Khas telah mengadakan satu taklimat inklusif kepada semua guru pendidikan khas dan juga guru-guru aliran perdana yang mengajar kelas 6 Merpati dan 4 Alza. Taklimat ini juga telah dibuka kepada mana-mana guru yang berminat untuk menyertai.

Taklimat ini juga diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru aliran perdana tentang program inklusif yang dijalankan. Serta sebagai ruang untuk guru-guru aliran perdana lebih memahami ciri-ciri murid yang menjalani program inklusif ini. Di samping itu, taklimat ini juga dapat memberi peluang kepada semua guru yang terlibat untuk membincangkan masalah yang dihadapi dan mencari jalan penyelesaian bersama. 

Sekilas perjalanan taklimat.

Sesi Pendaftaran Peserta

Sesi taklimat dimulakan dengan bacaan doa

Sepanjang sesi taklimat berlangsung
 
Sesi perbincangan
 

No comments:

Post a Comment

Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...